Assalammualaikum.....Alhamdulillah .akhirnya dapat juga menyiapakan kek bertingkat sebagaimana yang dihajatkan pengantin, tak la dapat serupa 100 peratus sebagaimana yg digambarkan, tapi mungkin hampir sama, harap pengantin dan pasangan gembira dengan kek ni, dan semuga kehidupan kedua-duanya manis semanis gula selamanya. Nak siapkan ni tak berapa nak lena tidur...siang malam teringat-ingat...sampai terpaksa ke Sugarflour, ICCA cari barang....dan seronoknya pergi sampai beli barang yang tak tau nak guna pun ada....dan mungkin yang sebenarnya banyak lagi ilmu gula ni yang kena belajar. Bila intai2 kedai2 kek besar-besar kat sana terasa sikit sangat ilmu yang ada. Apa pun syukur pada Tuhan dianugerahkan sikit bakat dan kemahiran dalam ilmu gula ni. Terima kasih pada pengantin...kerana anda berdua SelagiAdaGula berjaya menyiapkan kek setinggi ini. Gambar ni diambil di Dewan SUK Perak dan yang berbunga pink tu..biasa le bergambar dulu di rumah dengan apa-apa bunga yang ada. Tk semua. |
No comments:
Post a Comment