Showing posts with label bukan hanya gula. Show all posts
Showing posts with label bukan hanya gula. Show all posts
Monday, August 11, 2014
Sunday, April 27, 2014
Tauhu Telur FB......Senang Dibuat Sedap Dimakan.
| Selepas dikukus dan disejukkan, keluarkan dr loyang ..teksturnya lembut tapi boleh dipotong cantik. Masa ni pun baunya dah sedap. |
| Bila dah dipotong ..celup dalam telur dan digoreng dalam minyak banyak. |
Sunday, October 13, 2013
Rempeyek mini...
Monday, July 9, 2012
Baru di Ipoh................Bake With Yen
Tuesday, October 25, 2011
rambutan dah menguning......
Monday, October 3, 2011
Paratha Gulung Telur..........sedappp
Apa yang perlu;
Plain Paratha (kita guna jenama Kawan)
Telur. Sebiji telur untuk sekeping paratha
Caranya; mudah je,
Kita guna kuali tak melekat tu...panaskan sikit butter..dan letakkan paratha sekeping . Balik-balikkan. Bila dah kuning sikit dan masak angkat. Dalam kuali yg sama panaskan sikit lg butter, pukul sebiji telur dan dadarkan , saiz sama ngan paratha tadi .... cepat-cepat letakkan paratha yg dah masak tadi sambil di tekan-tekan sikit, biar rata lekatnya.....bila telur masak angkat dan biar sejuk sikit, dan boleh le digulung, lepas tu boleh potong dan susun dalam piring.
Kat rumah tadi yg ada sardin je, jadi kita cicah ngan sardin. Sardin tu tadi tumis ngan bawang besar yang didadu...kalau dah elok rs asam garamnya bolehlah ngap....
Makan paratha gulung telur ni...teringat masa kat Mekah masa mengerjakan Haji (07) dan Umrah (Mac 2011), kat sana roti telurnya macam tu le lebih kurang....didadarnya telur dan diletak kat atasnya roti canai yg dah siap jadi le roti telur dan makannya tak perlu kari atau sardin,,,cukup dengan cili burung muda je...Kita ada le sekali dua menerainye...masa tu pergi ngan anak...semua pun dia nak rasa....Bila lagi nak ke sana....bakal jemaah haji Malaysia dah mula sampai kat Madinah skrag ni.....moga dpt haji mabrur.Amin.
Thursday, August 11, 2011
cara berlauk.....mmg tak de gula..
biskut-biskut raya, dan kek-kek raya.....nak biskut tunjuk-tunjuk juga ke...., boleh je bagi yang sentiasa sibuk, apa salahnya bg pulak rezeki kita yang lebih tu pada orang lain......., bagi yang berkesempatan boleh buat sendiri....sekarang ni banyak resepi kat blog kawan-kawan dan buku-buku resepi pun banyak...boleh cuba. Ini juadah berbuka kita petang semalam (11 Ramadhan), buat kuih yang mudah, dan cepat siap, Nak buat sikit tapi dapat banyak juga....3 kali bakar....21 biji.... ok kita tengok bahan-bahannya;
Bahan;
1 cawan tepung gandum
11/2 cawan santan (dah campur yang pekat ngan air)
sikit garam
setitik dua pewarna kuning
Semua ni di blend dan tapis- kalau nampak pekat tambau air sikit
Inti,
1/2 mangkuk serunding daging - potong pendek kalau bertali-tali panjang
cili merah ptong nipis, kecil untuk hiasan atasnya
daun bawang - potong pendek- untuk tabur- hiasan
Cara;
Panaskan acuan, masukkan adunan tepung dan masukkan inti di dalamnya, hias dengan cili merah dan daun bawang tadi, tutup acuan dan tunggu masak....
Selamat mencuba.
Tuesday, August 9, 2011
Mini mertabak......pasar ramadhan
Bahan
Kulit popia - saiz sederhana
Inti
1/2 paket daging kisar - keluarkan dr plastiknya jirus air dan biar tos
2 biji kentang -rebus, potong dadu
1 biji bawang besar - juga potong dadu
2 - 3 sudu besar rempah kari daging
2 biji bawang kecik da 2 ulas bawang putih, tumbuk untuk tumis
2 biji telur, garam
Cara;
tumis bawang putih,b/merah, masukkan rempah kari (bancuh ngan air dulu), bila naik bau masukkan daging kisar- kacau hingga masak, masukkan bawang besar, kacau hingga layu dan masukkan kentang, garam, juga sikit gula (kalau suka). Angkat dan sejukkan.
Bila nak mula...bolehlah masukkan telur yang telah dipukul sikit dalam inti yang sejuk tadi. Hamparkan kulit popia, letak inti agak-agak je banyak mana. nipiskan inti dan lipat kulit popia tu. Lekatkan dgn sikit bancuhan tepung gandum cair. Sedia untuk digoreng. Gunakan kuali nipis..minyak sikit je.
Maaf ye...tu je yang mampu dicatatkan untuk rujukan anak menantu dan sape-sape yang berminat.
Selamat mencuba....
Sunday, June 5, 2011
bukan hanya gula...
Tuesday, March 8, 2011
blossom pandan comey....
Sunday, January 16, 2011
bukan hanya gula
| Add caption |
Subscribe to:
Posts (Atom)