Showing posts with label ahad. Show all posts
Showing posts with label ahad. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

riuh sekejap je........sepi datang lagi

Assalammualikum semua........Ahad hari ni......belum pun jam 12 tengah hari satu-satu kereta dah keluar dari parking rumah ni........masing-masing ada kerja nak diselesaikan....ada arah yg nak dituju....macam biasa kita tinggal sorang...masak pagi tadi dan tak masak dah untuk tengah hari dan malam ni.....Pagi ni kita buat nasi lemak biar depa selesa dalam perjalanan,,,tak perlu cari tempat singgah nak makan....untuk anak-anak yg 14 org ni....(.semalam ada hal satu kereta balik awal...) ada bekalan tadi.....tambah ngan roti lagi......Kita yang tinggal ni....dah rasa rajin sikit nak mula buat bunga...tapi warna yg diminta tak berapa nak berkenan pulak.....,macam biasa kita akan buat yg terbaik.....insyaallah...
      Kepada En. suami, dik Lia dan kawan-kawan dik lia hati-hati memandu harap seronok di rumah Ain, Meru Heights.

Sunday, April 24, 2011

mee goreng....kek pisang n rojak buah.............






Assalammualaikum......tak sedar dah nak maghrib,  seawal selepas subuh  dah ke dapur. Lepas subuh dapat la juga                   siapkan satu dua kuntum bunga fondant. Jam tujuh pagi ke pasar, orang berjual pun baru nak letak barang kita dah sampai. Mula operasi beli barang untuk minum pagi n makan tengah hari. cadangannya nak buat mee goreng je dan masak makan tengah hari ikut menu abang ( Ayi)..tapi macam-macam pula jadi. Kek pisang tu hidangan spontan Mak Su Mok nak datang. Ada pisang 'yang tergolek malang' kata Chef Mat Gebu, kita pun buat kek pisang segera, senang sangat caranye...nanti kita bg resepi. Kak Ngah ni pulak bila balik semuanya nak makan....tapi dia rajin pegi kedai...apa-apa brg tak de suruh je beli dia nak je....tu la jadi juga kuah rojak...buah-buah tu ada yang dah ada kat rumah, dia tambah jambu batu ngan sengkuang je, nanas semalam ada sebelah, pelam epal n jambu air dr pokok tepi rumah, timun pun ada...apa lagi lengkap semuanya...Semua dah balik.....tunggu riuh Ahad minggu depan pulak.... 
kek pisang:
150 gm pisang tanpa kulit -picit-picit je , 160 gm gula caster
200 gm tepung gandum
1 tsp b/powder
1 tsp s/bicabonat
3 telur (B)
120 gm minyak jagung
20 gm ovallate
Cara: campur semua- putar 2 minit je.....dan bakar...insyaallah menjadi.

Sunday, January 9, 2011

hari ahad

salam semua.....
selalunya..hr sabtu hr ahad adalah hr yang paling sibuk kat dapur..anak-anak balik..hubby balik.
tapi tak untuk minggu ni..tempahan pun tak de.. Sebenarnya sabtu ada anak sorang tu balik tapi bawa kwn jadi masak sikit je..ptgnyanya bw budak2 tu jalan-jalan maklum bukan org ipoh. Malamnya bw makan kat mee rebus ramli..
Hari ahad pagi2 buat nasi lemak, sambal udang, ikan bilis goreng, telor rebus dan buat juga cekodok pisang (jiran bg pisang yg dah masak ramun) , anak n rakannya nak balik UM pagi...suruh bw bekal tak nak...
Hubby pun nak cepat, nak ke Kangar..ktnya .
Bila semua org dah pegi, kita pun mula operasi...kemas dapur...tak masak tengahari dah, makan je nasi lemak pagi tadi...Sampai jam 5 ptg, orang mesen rumput datang...mula lah cerita suspen...cari kunci kereta bagai nak rak..nak alehkan krt....baru teringat hubby pinjam kereta ptg sabtu tu... terus call...rupanya mmg betul, kunci jazz  sy di bw bersama ke Kangar..........alahai..........esok kerja cam mana..
kenalah anak sedara, hantar esok pagi...adik ipar tak pasal2 kena tunggu bas dr kangar kat medan gopeng pkl 12 mlm ni....terima kasih kpd yang membantu... .kepada en hubby.... kalau dah guna kereta kita tu, kunci jgn simpan dalam poket ye....
Ok.. nak nonton anugerah juara lagu....