Wednesday, January 29, 2014

Pulut Lemak Masin Kelapa Manis

Assalammualaikum.....bersiaran lagi hari ni...tengah ada masa dan masih ada benda yang nak diceritakan..dari duduk menung tak buat apa...kita taipkan lagi entry untuk kali kelima  hari ni. Pulut inti je..tapi diberi nama Pulut Lemak Masin Kelapa Manis...kan best nama tu. Yang ni projek pagi Ahad 26.1.2014 yang lepas. Entry sebelum ni SAG dah bagi tau tak de siapa balik..yang ada kat rumah hanya bonda dan bibik je...sekali lagi pagi-pagi mereka nak makan apa....dan sebenarnya bonda pernah bersuara minta belikan pulut inti. Tak sampai hati nak beli...kadang-kadang tu tak berapa lemak...tak berapa nak rasa manisnya...

Alhamdulillah...pagi tu siap pulut inti ni....buat tak banyak pun..sebanyak yang dalam gambar tu je...jadi le buat sarapan pagi untuk bonda...dan SAG tak pulak berapa suka nak makan..macam biasa kita buat roti telur..secawan susu campur nestum untuk sarapan sendiri hari tu...

Tapi tak sangka pulak...bila ditayang kat fb ..rupa-rupanya pulut inti ni ramai peminatnya.... Kepada yang teringin tu maaf lah ye...kita bagi tengok gambar je...tapi nak buat tak susah mana..Cuba le..makanan orang tua-tua ni, sekali sekala memang sedap.

Tart Nanas Coklat Berbunga Gula

Tart Nanas Coklat Berbunga Gula...

Assalammualaikum ...jumpa lagi hari ni....banyak nya masa boleh upload banyak gambar dan boleh menaip banyak cerita pulak. Yang ni kisah 26.1 yang lepas...dah habis semua kek tempahan orang ambik...rasa lapang le pulak nak tunggu hujung minggu berikutnya nak sibuk balik semula...biasalah sibuk hujung minggu je....kadang-kadang hujung minggu sibuk nye berganda sebab anak menantu semua balik...tapi tak begitu pula minggu lepas..tu yang boleh selongkar resepi ...ubah suai resepi sampai la jadi tart nanas coklat berbunga ni.....tayang je kat fb dah ada orang nak order..Alhamdulliah, macam tu juga dah ada yang tanya resepi dah masuk blog SAG ke belum..

Hari ni tak rancang nak masuk entry ni...tak lah kita bawa resepi sama, tapi bagi yang biasa buat tart apa-apa tart pun tak pe...cheese tart ke...fruits tartles ke...guna je resepi tu...yg ni pun kulitnya resepi kulit fruits tartlet..bakar..sejukkan macam biasa. masukkan inti nanas (jem nanas buat tart gulung)- penuhkan dan ratakan...cairkan coklat masakan dengan campurkan sikit butter, bila dah cair tuang perlahan-lahan atas nanas dalam kulit tart tadi...hias dengan bunga gula....Nak bagi tau...semua bahan-bahan tu sentiasa ada je kat dapur SAG...jem nanas..sebab selalu buat tart tulip, coklat...sll juga buat kek coklat...dan sugar paste pun sentiasa ada lebihan bila SAG selalu buat bunga gula untuk kek fondant...jadi tak de bahan yg dibeli untuk buat tart Nanas coklat ni...Selamat mencuba bagi yang nak cuba.

Biru lagi....Butterceam yang masih ada peminat.

Assalammualaikum semua...sekali lagi hujung minggu lepas mendeco kek dengan bunga biru...musim biru agaknya..tapi yang ni ros biru buttercream...dah lama juga tak buat ros buttercream ni..selalu buat drop flowers je...sebabnya kalau buat bunga ni dengan keknya yang dah 4 inci lebih...tambah dengan ketinggian bunga ros..takut pulak bunga tu rosak kena tutup kotak tu...tapi entah kenapa..nak juga buat bunga ros...

Kek ni diambil pada 25.1 malam untuk majlis pada 26.1 siangnya, kek kawin dua tingkat. Tk Yati. Yang ni bahagian bawah ..guna tin 11in dan bahagian atas acuan bulat 7 in. Walaupun sekarang ni ada mcam-macam bancuhan krim, tapi SAG masih suka gunakan krim ni untuk lapisan tengah..untuk badan dan untuk bunga sekali...orang kata nanti cair..tapi in sya Allah tak mencair selagi tak diletak lama bawah panas matahari. Untuk lebih rasa perisa selalunya SAG akan tambah blueberry dalam lapisan tengah kek.

Yang ni bahagian atas..dihias tiga kuntum bunga ros besar..dan jadi kebiasaan SAG tak suka warna yang kuat-kuat sangat..tu yang nampak sikit malap...atau gambarnya yang tak cantik...

Malam tu diambil oleh anak bujang Yati ...banyaknya pesan pada anak ni...bawa baik-baik, jangan tekan tutup kotak tu ..takut bunga rosak...nanti simpan dalm peti ais.....bawa kereta jangan laju...kaki kek dan pisau tu jangan lupa...hai pening kepala dia...apa pun terima kasih Yati, terima kasih menyokong saya...moga masing-masing sukses.

Sky Blue...bunga putih

Assalammualaikum semua......nak cerita pasal  entry yg tertangguh, kek biru putih ni sebenarnya siap pada 25.1. yg lepas..hari ni baru ada masa nak menaip sebaris dua.... 

Masa orang yang menempah datang nak buat tempahan hanya cakap nak kek warna biru je...dan anaknya perempuan..yang lain-lain katanya terpulanglah pada puan nak buat macam mana....kalau tengah masa ada idea tu tak pe lah...dan kita mmg suka nak mendeko kek...sbb tak nak ada macam dua kek yang serupa...tapi hari tu letih agaknya..tak bersedia nak buat bunga...so kena minta izin dari Naz Hashim nak meng 'copy' ideanya...tk Naz.

Ini lah hasilnya kek biru bunga putih...seakan-akan sama tapi tak serupa. copy idea bunga dan susunannya saja...yang lain-lain rasanya tak sama. Tk pada Naz Hashim sekali lagi dan tk pada yang menempah dari SAG.

'nga ku' yang bermusim

Assalammualaikum ...lamanya tak meng upload gambar dan bercerita sebaris dua dalam blog kesayangan ni....sayang blog ni..sebab kat sini le kita mencatat serba sikit aktiviti dapur untuk kenangan dan tatapan sendiri..kalau nak dikongsi rakan-rakan pun tak pe ..tak jadi masalah...Lama tak bercerita ..bukannya sibuk banyak kerja tapi masalah tak pandai teknologi semasa...memori kad kamera kena virus ..ambik la gambar guna tab..tapi tak pandai pulak nak transfer ke blog..sampai satu hari Dik Lia bagi tau "mak e-mail la kat e-mail mak sendiri...kemudian save buat folder baru dan ambik la gambar tu macam biasa mak tulis kat blog mak tu...." ooooo  nganga dengar dik Lia ajar..tapi lambat juga nak faham sebenarnya selagi tak dibuat sendiri...sampai pejabat kena juga dibantu Anis...tk Anis.

Hari ni nak berkongsi cerita 'nga ku'....sejenis ubi yang selalu ada masa dah nak dekat CNY, hari tu beli sbb Dik Lia kata tak pernah rasa..kebetulan nampak nyonya n bibik dia tekun memilih kat Mydin, kita pun tumpang pilih juga...sambil-sambil tu tanya macam mana yang baik dan elok...nyonya ni tak kedekut ramah dia bagi tau ..pilih yg masih ada tampuk di bawahnya..katanya boleh tahan lama..memang betul pun...tk nyonya.

Balik rumah terus simpan..dua tiga hari lepas tu baru pulak teringat..mmg betul ubi ni tak jejas sikit pun..masih elok. Sebelum Dik Lia bertolak ke KL kita gorengkan untuk dia rasa...tapi dik Lia tak berapa suka..mak nya juga yang habiskan....bila dihiris nipis dan digoreng memang rangup dan tambah sedap kalau ditabur sikit garam harus, sebalang pun tak cukup...cuma malas sikit nak kupas dan nak hiris nipis. 

Friday, January 17, 2014

tiffany blue...cantik

Assalammualaikum semua.....apa khabar...ada pergi kenduri kawin ke hari ni. Selain dari menikmati hidangan makan tengahari, mengucapkan tahniah pada tuan rumah yang menerima menantu....mata juga kadang-kadang mencuri pandang ke meja utama...kalau SAG mesti mencari kek perkahwinan..dan pagi ni SAG dah siapkan satu set kek kawin dua tingkat, yang diminta tuan rumah ..warna sedondon dengan khemagh dan baju pengantin..

Mencari Mr.Google juga nak campur warna supaya jadi tiffany blue...dan Alhamdulliah warna yg diminta menjadi akhirnya. Design pula nak moden-moden gitu...SAG intai juga blog kengkawan nak cari idea..., kalau diminta macam ni..jadi kena berfikir sikit...dan sebenarnya kerja jadi mudah kalau design ditunjukkan sendiri oleh customer...ini juga satu cabaran untuk disiapkan..

Lebih mencabar lagi ..sebab apa-apa pun tak siap lebih awal..dengan anggapan kek yang nak dibuat nampak mudah..tapi sehari sebelum tu teringat pula nak bawa kek ke majlis perjumpaan kawan-kawan lama...akibatnya balik dr majlis malam tu rasa tak boleh tido menyiapkan tempahan ni.....dua biji kek dan dua puluh lima biji cup cakes....Pagi ni Alhamdulillah siap semua dan jam 10pagi tadi dihantar ke rumah pengantin. Terima kasih kak Ani..Selamat Pengantin Baru Dr. Izzati dan pasangan.


Tuesday, January 14, 2014

kuning lagi...

Assalammualaikum......malam-malam macam ni dah selesai kerja rasa lapang sangat pulak..nak tidur belum masa lagi...nak up load gambar kek, tak de pulak kek terbaru...cumanya kelmarin dah siapkan bunga-bunga kuning kecik ni untuk cupcake hujung minggu...

Sebelum ni pun warna kuning...tu yang cepat je buat bunga bila ada yang nak warna yang sama....bunga pun bunga yang senang je...katanya tak nak banyak bunga dan nak yang simple tapi nampak moden....boleh ke ni...

In Sya Allah akan diusahakan....kita tunggu keknya siap nanti.

Saturday, January 11, 2014

Mcam-macam warna...cantik

Assalammualaikum....satu lagi kek yang disiapkan hari Sabtu kelmarin..kek span vanila dan pandan dan dilapiskan dengan butter cream dan blueberry..bau harum wangi dan masam manis blueberry ...harap sesuai denga selera pengantin dan tetamu..terima kasih mencari SAG.

SAG nak minta maaf sbb tak dapat nak ikut 100 % macam gambar yg di postkan...tapi seboleh mungkin SAG cuba buatkan yang paling sweet dilihat..dan paling sedap dirasa.

Keknya besar..jadi SAG ambik gambar bahagian bucu-bucu kek je..nak nampakkan bunga-bunganya, sekali lagi SAG suka buat bunga tak kira bunga gum paste atau bunga dari butter cream...

Disebabkan gambar kek yg dipostkan ada banyak jenis bunga..SAG ikutkan je...mmg meriah dengan bunga dan warna...tulisan tu..dibuat dari gum paste..lebihan dari gum paste kuning ..kek sebelum ni. Tu la untungnya bila buat dua kek yg berbeza pada hari yang sama....bahan-bahan tak membazir. Selamat Pengantin Baru Asyraf dan Asyikin , juga tk sekali lagi pada kakak pengantin yang mencari SAG.

Kuning dan Warna Krim/Ivory

Assalammualaikum....alhamdulillah siap..kek coklat moist ditutupi bak sehelai saprah warna krim yang dihias bunga kuning..ros dan carla lily. Permintaan customer SAG turutkan saja. yang penting SAG akan cuba buat yang terbaik..

Corak lama/tradisional tapi nampak sweet sangat.

Bab buat bunga ni tak de masalah  tapi tu la...walaupun cuba juga nak buat bunga lain...tapi ros juga jadi pilihan, nampaknya kena belajar lagi...Terima kasih pn. Noraini..

kuning...memang warna pilihan

Assalammualaikum....jumpa lagi...biasalah..bila sekolah dah buka..macam-macam hal..kalau tak di cari-cari masa untuk diri sendiri memang tak cukup masa 24 jam tu. Tapi Alhamdulillah, macam mana sibuk pun di sekolah..untuk bunga dan kek masih ada masa. Akan dicari masa itu. Hari Jumaat hari tu bangun jam 4.45 pagi nak cover 2 biji kek....punya nak cepat tak sempat snap gambar,,

Untuk bunga kuning ni....dah disiapkan sehari sebelum untuk kek hari Sabtu kelmarin.  Sebenarnya macam tu lah bila suka buat banyak kerja dalam satu masa...kena pandai bahagi masa dan mencari masa...

Tak boleh cerita panjang pasal bunga ni...sebab dah pun letak atas kek, dah pun di bawa ke KL diambil Sabtu pagi kelmarin.  Terima  kasih Pn. Noraini.

Thursday, January 2, 2014

Selamat tinggal 2013........Selamat Datang 2014

Assalammualaikm semua....hari ni dah 2 Januari 2014..baru sempat nak catat sepatah dua kata pasal 2013 yang telah ditinggalkan...365 hari telah dilalui...umur juga meningkat, maknanya semakin singkat pula masa yang tinggal...takut nak teruskan..apa pun itu semua Allah yang tentukan...cumanya nak mengimbas kembali peristiwa  manis peristiwa pahit sepanjang 2013...Secara peribadi...awal 2013 sehingga pertengahan 2013, semuanya indah-indah belaka....bermula dengan menerima menantu ke tiga..meriah majlisnya..,kemudian pegi jalan-jalan ke Cameron, JB sampai ke Singapura..sebulan lebih sikit lepas tu jalan lagi ke PD ....                                                                                                                                               Sehingga bulan Mei, seperti warga negara Malaysia yang lain kita sempat pula menunaikan tanggungjawab - mengundi..walaupun undi itu rahsia, tapi kita orang kerajaan..makan gaji dengan kerajaan..hidup dalam negara yang aman ini..tak susah nak teka kita undi siapa kan...itu cerita musim mengundi...tunggu  lima tahun lagi  kalau ada umur kita mengundi lagi in sya allah.                                                                                                                                                             Akhir bulan Mei..syukur sangat-sangat tanpa dirancang lama, berpeluang pula menjejakkan kaki buat kali ketiga ke Makkah Mukarramah, Madinah Munawwarah dan kali ini bertambah jauh sikit perjalanan berpeluang pula meneruskan lawatan ke Cairo..melawat Pyramid, SPINX dan tempat bersejarah yang lain. Melawat juga Alexandria ...menjejaki tempat-tempat sejarah permulaan Islam.                                                                                                                                                       Tapi keseronokan...kemeriahan ni semua sementara je...pertengahan Jun..sebaik balik dari umrah..kerja keras bermula ..berulang alik ke kampung..ayahanda sakit..agak teruk keadaannya..berusaha pula pindahkan ke Ipoh bagi memudahkan urusan penjagaan di hospital dan di rumah angah..sehinggalah akhirnya urusan mengambil pembantu rumah warga Indonesia terpaksa dibuat...Alhamdulillah dapat pembantu yang sehingga hari ini memang boleh diharapkan.                                     Walaupun nampak sibuk dengan diri sendiri, keluarga dan mak ayah...sekolah masih jadi keutamaan, anak-anak murid tetap jadi perhatian, akademik..kokurikulum dan sahsiah murid diberi pertimbangan yang sama berat...dan terima kasih kepada semua guru dan semua anak-anak pelajar, tahun 2013 telah mencatat sejarah tersendiri bila SMKRS berjaya muncul sebagai pemuisi terbaik Kebangsaan dan tempat ketiga Pertandingan Puisi dan Lagu Kebangsaan. Begitu juga berita gembira buat warga SMKRS di akhir-akhir sesi persekolahan 2013, bila kita muncul pula sebagai Naib Johan Kebangsaan pertandingan Klik Dengan Bijak anjuran KKMM (Kementerian Komunikasi Multimedia). Syabas semua.                                                        November datang....disambut juga dengan penuh meriah bila Mama pula menerima menantu pertama..biasa lah ..kitalah anak beranak yg sangat teruja dalam apa-apa majlis besar begini. Dalam majlis yg meriah ni kita sebenarnya tak cukup korum...bila mana Mak Su (arwah) tak de bersama.....Nana je yg datang bersama suami dan Mia anak kecilnya..rupa-rupanya tarikh mama dapat menantu...dah dua minggu Mak Su  (arwah) di hospital. Masa ni kita semua berharap Mak Su cepat sembuh macam sedia kala dan harapan kami semua cukup tinggi...Mak Su akan sihat.                                                                       Habis majlis besar ni...cuti sekolah akhir tahun pun bermula...dan macam biasa tak sah cuti kalau tak berjalan...juga tanpa perancangan yang lama  kami tiga beranak, bersama kak ngah sekeluarga ..akhirnya sampai ke Padang dan Bukit Tinggi...jalan-jalan..shopping..menarik juga percutian yg diatur kak ngah ni..mmg terbaik..boleh jadi tourist guide...walau berjalan tak jauh mana...tapi cukup lah untuk bercuti sekejap...jalan-jalan tengok tempat orang.                                                    Balik dari bercuti.. ke pejabat le kita hari-hari, buat kerja-kerja untuk persiapan sessi 2014..hadir mesyuarat, berbincang, menyemak kerja-kerja yg disediakan JK ..sampailah tarikh 19 Disember 2013...bila paginya kita ke PPD ambil keputusan PMR..keputusan biasa-biasa je...tapi gembira juga ada peningkatan dari segi peratus pelajar cemerlang. Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar PMR 2013 dan semua gurunya. Kita pula mata sampai berair-air meneliti keputusan setiap satu..buat perbandingan dengan sekolah sekeliling....buat perbandingan dengan keputusan tahun-tahun sebelum...sampai letih mata...akhirnya balik rumah...lepas maghrib tertidur....terkejut jam 2 pagi 20hb belum solat Isya'...teringat tak solat lagi cepat-cepat bangun ambik wuduk...solat.                                                                                                              Lepas solat...dalam keadaan mamai..jam tiga pagi dikejutkan dengan bunyi telepon...Zabidi suami arwah Mak Su telepon...katanya doktor dah panggil semua anak-anak dan adik beradik kalau nak tengok arwah...sedihnya masa ni..tau dah apa maksudnya.....cepat-cepat ambik wuduk lagi...solat hajat, baca Yassin..mohon segalanya dipermudahkan......belum habis Surah Yassin dibaca Nana call... kuat nangisnya..katanya doktor suruh keluar...tak bagi tengok maknya lagi...kita dari jauh hanya boleh minta Nana bersabar je...masa ni mata dah tak boleh nak lena....sampailah jam 4.20 pagi lebih kurang...Nana telepon lagi katanya maknya dah tak de....Innalillahiwainnailahirojiun....Sedihnya..kami semua kehilangan Mak Su yang sangat dekat di hati....sementara tunggu subuh habis semua adik beradik dan akan-anak kita hubungi..lepas subuh 20hb ..bertolak ke TI ziarah ......bantu urus jenazah....sampai hantar ke tanah perkuburan.....alhamdilillah semua berjalan lancar...sesuatu yang nak dikongsi...sesungguhnya Allah lebih sayangkan Mak Su, yang di jemputNya di subuh Jumaat...dikebumikan sebelum Solat Jumaat dalam keadaan yang sangat redup...tapi apa pun kita sangat terasa kehilangan Mak Su ...tak de lagi keenakan masakan Mak Su setiap kali kenduri keluarga...tak de lagi alunan suara Mak Su yg suka menyanyikan lagu-lagu dangdut Mas Idayu setiap kali karoke bersama-sama keluarga...                                                    Kepada Nana, Melan....sabar banyak-banyak, selalu sedekahkan al_fatihah untuk arwah abah dan emak...penghujung 2013 yang yang pilu....                                                                                                                                                           Beberapa hari lagi nak habis 2013...terima lagi berita yang juga mengejutkan.....Hier pula jatuh...lutut terpaksa dioperate ..menyambut tahun baru di katil hospital Prince Court, KL...mana tidaknya pancaran bunga api tahun baru jelas nampak dari atas katil biliknya....  

Selamat datang 2014.....kita berada di KL...urusan 2 dalam 1...hantar dik Im si bongsu ke asrama dan melawat abang ciknya di hospital. Sangat mengharapkan 2014 diwarnai  dengan berita gembira, sama ada di sekolah, urusan anak-anak, urusan SelagiAdaGula juga diharapkan diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan . Aminnnn.