Showing posts with label kek red velvet. Show all posts
Showing posts with label kek red velvet. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Red Velvet ...Ipoh

Assalamualaikum....dah lama tak update SAG...bukan tak masak, tapi kesempatan tak ada..pagi ni terasa lapang sikit..ingat nak ke tanah kosong tu..nak bersihkan bekas tebang tebas hari tu...tapi hujan pulak...kena tangguh ke hari lain la tu...minta maaf ye jiran..Yang ni kek minggu lepas..ada tempahan untuk hari lahir anaknya  tapi kek saiz 10in x 10in...masa tu ada pulak tamu kat rumah....jadi kena buat juga untuk tamu..dan biasa la untuk tetamu lebih mudah dibuat kek cawan ni.

Red velvet ni yang bestnya...guna adunan yg dua biji telur tu pun dapat banyak....memang berbaloi-baloi..puas makan.

Adunan yang sama juga dapat sebiji kek 6in bulat...yang ni pulak untuk dik Lia... saja makan-makan sambil minum teh malam..

Resepi dah pernah letak kat SAG ni....tak pernah tukar adunan sebab rasanya ni la sukatan dan bahan terbaik ...cuma nak pesan jangan tukar kepada tepung naik sendiri...sbb pernah sekali tepung kek tak de...tukar kepada tepung naik sendiri..akibatnya kek tu jadi pahit dan warnanya jadi gelap dari biasa...so...ingat ye...jangan tukar tepung. Tapi kalau takut nak buat..takut tak jadi..tempah aje...SAG memang sll ambil tempahan...harga sangat berpatutan. aduiiii promosi la pulak..

Tuesday, November 19, 2013

rv persaraan


Assalamualaikum....hari tu masa tayang gambar kek bersara....keknya tak dipotong lagi....ni la rupa sebenar bila kek RV persaraan tu dipotong dengan hiasan sekuntum bunga dan sekor rama-rama...
Masa Hari Guru dulu ada guru yang tak sempat merasa....dalam majlis ni pun ada juga yang tak sempat rupanya....In sya Allah lain masa ye cikgu-cikgu.
Alhamdulillah...komen guru-guru katanya kek sedap sesangat...

Friday, November 15, 2013

Red Velvet..cream cheese frosting n bunga fondant

Assalamualaikum....pagi tadi selesai sudah majlis persaraan dua orang guru dan seorang kakitangan sokongan di sekolah SAG. Alhamdulillah majlis berjalan lancar...cuaca redup....macam turut sedih dengan sekolah yg akan kehilangan 3 orang penjawat awam yang sangat berpengalaman ini. Tahniah kepada ketiga-tiganya..yg  berjaya  berkhidmat selama 35 tahun, 32 tahun dan 36 tahun...waaaa terasa lamanya nak sampai ke tahap itu....

Bersara tak semestinya bersedih....ianya perlu disambut dengan syukur...,bersyukur sbb kita bersara dengan keadaan yg sihat...dan antara lain dalam ucapan SAG tadi  SAG nyatakan sebenarnya hari ini kita cuma bersara dari jawatan yg kita sandang shja..tapi mungkin esok kita akan mula pula dengan kerjaya baru...umumnya...persaraan adalah pengakhiran bg sesuatu dan permulaan kepada sesuatu yg lain...dan kita akan benar-benar dibersarakan apabila kita dijemput Yang Maha Esa ke alam lain nanti...

Bagi mengujudkan suasana ceria...pagi tadi dan jamuan di petangnya...tema yang dipilih adalah warna-warna ceria dan meriah ...tu la banyaknya warna kat bunga-bunga fondant SAG...dan sememangnya SAG suka buat bunga yg warna warni ...tapi sebelum itu nak juga buat kek bersara selain dari letak bunga-bunga ni ...tapi bila di ajukan ...nak buat itu tak sesuai..nak buat macam ni tak boleh....jadi buat je la bunga-bunga ni...apa=apa pun tetap cantik.....meriah dan ceria...dan keknya SAG buatkan kek Red Velvet..

Bila sorang demi  orang rakan dan staff yang bersara, maknanya masa untuk SAG juga tak lama lagi...in sya Allah masa itu  akan sampai jua....doakan SAG juga sihat apabila tiba saat itu....tapi rasanya tak nak le potong kek bersara yang dibuat sendiri pulak.......kepada Pn. Lim, Pn. Ruziah dan Pn. Hazami...Selamat Bersara semua..biar hilang di mata tapi di hati jangan.....semoga kita dapat jumpa lagi.

Wednesday, May 22, 2013

Red Velvet....Hari Guru 2013 SMKRS, Ipoh.

Assalammualaikum.....terlaksana hajat nak buatkan RV untuk cikgu-cikgu SMKRS, dan minta maaf  hari ni baru berkesempatan nak tayang kek Hari Guru 2013 yang dibuat serba ringkas.

Guru Malaysia, 1 Aspirasi 1 Agenda...........kita warga guru, warga pendidik sememangnya menghayati tema ini sejak  mula bergelar guru, cuma bila dijadikan tema hari guru maknanya kita lebih ditekankan peranan kita untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti, Dengan 1 Agenda kita warga pendidikan perlu memastikan kejayaan apa juga hasrat KPM dengan pelbagai perubahan dan pembaharuan , kalau dulu ada PPSMI, PIPP dan hari ini kita ada PPPM.(Warga Guru perlu tahu makna semua ni).  Apa yang penting kita perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yg menpunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Macam bagi ucapan le pulak...ok , bunga ringkas je...sungguh tak sempat....tugas  guru hari ini  semakin  bertambah..duduk di pejabat rasa macam tak boleh nak keluar bilik, masuk ke kelas boleh naik darah tinggi atau silap-silap boleh naik darah....(kelas yang SAG ajar ye..)....

Tapi apa pun kekangan, SAG setiap tahun akan  sediakan kek Hari Guru untuk guru-guru sekolah di mana SAG berkhidmat....tahun ni berkesempatan sediakan kek Baldu Merah yang masih ramai peminatnya. Saiz kek ni..22 in x 18 in, dengan berat lebih 7 kg untuk sesi pagi dan saiz sebahagian dari itu untuk sesi petang.

Alhamdulillah.....semua dapat merasa kecuali guru yang bercuti bersalin, atau pun mungkin ada guru yg tak sudi nak merasa...dan ni je gambar yang dapat diambik nak tunjukkan teksture bila dah dipotong. Seperti biasa ramai juga guru nak resepi...ok kita semak resepi. apa yang SAG turunkan di sini adalah apa yg SAG gunakan. Resepi ambil dari angah, kata angah dia pun ambik dari Masam Manis..terima kasih penyumbang resepi.                                                                              
Bahan-bahan
A
370 gm tepung ros
1 sudu besar koko powder
11/2 sudu teh b/powder       -  semua ayak dan ketepikan
B
11/2 cawan susu segar
11/2 sudu besar cuka
1 sudu besar warna merah  -  campur letak tepi dulu
C
170 gm butter
400 gm gula caster
1 sudu teh vanila                 - putar -gebu
3 biji telur B                          - campur 1, 1
D
11/2 sudu teh cuka
11/2 sudu teh soda bicabonat - campurkan bila semua proses selesai

Cara;
Putar bahan C - gebu, campur telur satu, satu, selang selikan bahan A dan bahan B, gaul rata,
bila dah rata, campurkan bahan D, gaul rata. Sedia untuk dibakar.
Cadangan tin 9 in bulat. SAG selalu guna dua tin saiz yang sama , jadi tak perlu di belah dua.

Untuk frosting,
1 cawan whipping cream  - putar kental

125 gm cream cheese
50 gm butter
80 gm gula aising = boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 sudu teh lemon paste    - putar hingga gebu

Guna dua bekas putar yang berlainan - bila kedua-duanya dah elok kental dan gebu campurkan dan putar sekali lagi untuk ratakan saja.

Catatan:
kek Hari Guru SMKRS   tu, SAG gunakan 4 adunan di atas.
Mohon maaf tak pandai nak taip cantik-cantik. Selamat mencuba, hubungi SAG kalau nak bantuan.

Cawan dan sudu yang digunakan ialah sukatan metrik ye.

Friday, December 7, 2012

Si baldu merah.........red velvet 3 tingkat

Assalammualaikum.....lama tak update blog...hari tu ada masalah....tapi bila masalah dah selesai SAG sebok pulak ..hal pejabat ..dan bawa anak-anak ni berjalan sempena cuti sekolah.....hari ni ada free sikit ..rasa semuanya nak dimasukkan sekali....

Hari tu berkesempatan buat kek red velvet....3 tingkat sekali....alhamdullah...cantik kejadiannya..rasa pun sedap.

ni tumpang bergambar kat rumah pengantin....cantik hiasan pelamin dan meja keknya....terima kasih kepada Mahathir dan Nasya..dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai dari SelagiAdaGula.