Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Apam Beras/Fatt Koh...Menyambut Tahun Baru 2016

Assalamualaikum...selamat pagi...Selamat Tahun Baru. Dah sarapan ke. Kita dari malam tadi dah buat persiapan untuk buat kuih apam ni...lama sangat tapai nasi ni dah tersimpan dalam peti ais...tiap kali nak buat ada je yang menghalang...buat kek tempahan le...tak sempat le...sebab kuih ni perlu dikukus pagi setelah diperam malamnya. Ada tu kelapa muda parut pulak tak de ...tak lengkap kalau makan kuih apam kalau tak de kelapa muda masin-masin ni...oklah pagi tadi dah jadi kuih apam beras ni...bukan sekadar jadi tapi memang puas hati sangat...dah macam-macam jenis kuih apam dicuba tapi yang ni juga yang  paling memikat jiwa. .
Kuih apam ni ..orang Cina kata Fatt Koh atau Huat Kuih...yang maksudnya kaya...mewah...tu sebab kalau ada apa-apa perayaan masyarakat Cina kuih Fatt Koh ni mesti ada...senyum je...ada tu dibuat dengan bermacam bentuk dan rupa..

Dah lama sangat juga rasanya tak letak resepi kat blog kesayangan ni...bukannya apa sebab kuih-kuih tu resepinya ambil dari blog kawan-kawan juga...satu lagi ...sebab kita tak mahir sangat dengan aplikasi baru bila setiap kali gajet baru ditukar...oklah hari ni dah pandai sikit...esok lusa tak tau lagi...
Bagi yang nak cuba;
1. Kena buat tapai nasi dulu
    11/2 cawan nasi sejuk
    1/2  biji ragi (besar sikit dari syiling 10 sen tu...tak lebih pulak saiz 20 sen)
     -- peram dua malam atau lebih pun tak pe...sampai jadi tapai bau sedap rasanya manis.

2. bahan lain.
    1 cawan gula pasir
    2 cawan  air
    3 cawan tepung beras (untuk yg ni kita guna cap gajah je - seeloknya cap teratai)
    1 cawan tapai nasi
    ---blend semua..sampai halus dan tapis..Simpan semalaman.
3. Paginya -- campurkan dengan 1 paket eno (warna biru), gaul rata ...dan bolehlah dimasukkan dalam bekas-bekas kecil dan kukus dalam 8 ke 10 minit.
wahhhh.....nak makan apam beras bukan senang rupanya..kena plan awal-awal...sebab kena buat tapai dulu...
oklah ...selamat mencuba.

Sunday, January 11, 2015

Karipap Apam...ada yang sebut Apam Karipap

Assalamualaikum......buat apa petang ni untuk minum petang.....kita suka sangat sebab berjaya buat Apam Karipap ni...lama betul menyimpan resepi bertahun rasanya...tiba-tiba je teringat nak buat....dan kebetulan juga sbb ada inti kelapa buat kuih pau pagi tadi...jangan jeles juga ye..pagi kuih lain...petang kuih lain....bukan selalu...sekali sekala je..itu pun sbb tak buat apa.....hujan pulak..lapar je perut.

Kulitnya lembut ada sikit2 macam apam balik tapi lagi lembut agaknya...sbb bila adunan letak atas kuali tu...kita tak tunggu garing..tapi cukup masak je dah boleh angkat...tu la boleh dikelim tepinya...intinya juga sedap...inti kelapa kuih pau pagi tadi di tambah kacang goreng tumbuk..itu mmg resepi asal. 

Kita terus je la tengok resepi ye....terima kasih pada penyumbang asal resepi ni..Blog Mamamimi dan dah juga dicuba oleh ramai geng-geng masak...cuma kita je yg selalu tertinggal.
Bahan;
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar
2 sb gula
1/2 sudu teh yis kering
secubit garam
cara: kacau semua bahan ni guna whisk hingga sebati...tapis  dan perap 1 jam
        selepas sejam tambah 1 sudu teh eno biru
        kacau rata dan hingga buih2nya mengecil
        - panaskan non stick pan, tuang sesenduk kecil adunan dan tunggu masak...tak perlu garing..angkat
        - letakkan inti dan picit tepinya dan kelim macam karipap
ATAU ..kalau ikut cara asal adunan yg siap dimasak diletakkan atas alat buat karipap dan di lipatkan...akan jadi macam karipap. Tapi kita ada satu saiz saja yg besar...jadi tak comel pula kuih nya.
INTI;
       - buat macam inti ketayap dan dicampur dengan kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar.
ok...Selamat mencuba.
Catatan:
           Boleh letak warna apa yg disukai, SAG suka hijau sbb boleh letakkan pandan paste
ada juga yg buat warna kuning atau dibuat corak batik...
Nak pesan juga....eno tu ada resepi yg letak 1/2 sudu teh je...tapi SAG letak 1 sudu teh.

Wednesday, January 7, 2015

Apam Susu Warna Warni

Assalamualaikum....dah lama sesangat menyimpan resepi Apam Susu ni....malam tadi baru berkesempatan nak buatnya. Senang sangat rupenya......tapi yg sangat susah nak dapatkan mood ke dapur nak masak..itu je yg jadi masaalah....bahan pun mudah je...kepada yg mmg suka masak dan rajin masak..bahan2 semua ada kat dapur agaknya....

Macam mana nak corakkan apam ni...terpulang pada kreativiti orang yang membuatnya...yg dalam gambar ni cara orang tak sabar...dan nak cepat...adunan bahagi 4...warnakan dan tuang je dalam acuan...satu bahagian warna tuang je dalam acuan ratakan...buat sampai habis....bila dah masak...tak sabar juga nak potong..nak tengok hasilnya...sama tak macam komen2 orang terdahulu yg dah cuba....dan alhamdulillah...mmg lembut...sedap...dan best komen dari angah....tak bau telur pun....

Macam biasa...bila dah ditayang....tak lupa nak letak resepi...sebenarnya ni resepi lama dah ramai yg dah buat...tapi dah jadi kebiasaan resepi mesti letak juga..
Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada mereka yg letak resepi dengan jujur...sekali cuba dah jadi...dan resepi ni diambil dari blog Masam Manis Azlita Aziz...terima kasih puan. Izinkan saya kongsikan di SAG pula untuk dimanfaatkan oleh rakan-rakan.
Bahan:
4 biji telur B (buang tali pusat - nak elak hanyir telur)
1 cawan gula halus
1 sb ovallate
1 st vanila
----semua bahan ni putar laju hingga kembang pekat.
masukkan
4 sb susu pekat
4 sb minyak jagung
---sambil terus putar
offkan mesen masukkan...
2 cawan tepung gandum (tepung rose)
1 st baking powder------ayak bersama
gaul dengan spatula je

Bahagikan adunan ikut warna kesukaan...masukkan dalam acuan yg disapu sikit butter dan kukus , pengukus air dah mendidih....kukus 30 minit. In sya allah menjadi.
Selamat mencuba.


Saturday, November 1, 2014

Muffin Pisang Walnut

Assalamualaikum....lama sangat rasanya tak bersiaran kat blog kesayangan ni...gambarnya dah disave tapi cerita tak tertaipkan....cuma pagi ni tergerak pulak hati nak letak resepi mudah ni....sbb nanti mesti ada yg minta resepi bila ditayangkan 

Ni muffin pisang je...buat nye sangat senang...ditabur dengan walnut di atasnya...sedap rasa kacang..tekstur pun lembut. Sesuai untuk di kawankan dengan mee goreng sarapan pagi tadi.

Resepi nya dah disetengahkan dari resepi asal....dapatlah 9 biji..cukuplah makan anak beranak pagi ni...itu pun berbaki juga. ok..kita semak resepi...
Bahan;
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1/2 st baking powder
1/2 st soda bicarbonat
---ayak semua ni
Bahan B
1 biji telur
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung/masak
----gaul rata--biar bergaul rata

1/2 cawan pisang lecek.
Apa-apa untuk hiasan....badam boleh..., walnut boleh, coklat rice pun boleh
Cara;
Masukkan bahan A ke bahan B dan campur pisang lecek...gaul rata..masukkan dalam acuan taburkan apa-apa hiasan dan kukus 7--8 minit dah siap.
Terima kasih pada penyumbang resepi asal.
Selamat mencuba bagi yang sudi.

Wednesday, September 17, 2014

Kek Pisang Coklat Urai

Assalamualaikum.....tayangan ulangan...kek pisang dan dah pernah letak dalam SAG..tiba-tiba je buat kek pisang ni.Tak de rancangan pun sebenarnya...Petang semalam masa balik dari sekolah Pak Sabri (Pekerja Pembersihan Sekolah) beri sesikat pisang mas yang dah masak ranum...dan mulut ni secara spontan je cakap...nanti saya buatkan kek pisang ..dan pagi tadi sampai ke sekolah terus je ke tempat rehat pekerja ..bagi sebekas kek pisang yang dah siap dipotong... 

Abaikan warna kek pisang yang tergelap ni...masa tunggu kek ni masak, tiba-tiba je Pengawal Keselamatan sekolah telepon..maklum itu..ini pasal sekolah..terima kasih Pak guard....walaupun tergelap sikit tapi masih cantik lagi..

kek pisang ni senang sangat nak buatnya...tak perlu mixer..blender..guna senduk kayu pun dah ok. Mata letih malam ni...kita terus semak bahannya.
Bahan
5 biji pisang mas (155 gm)
2 cwn tepung gandum (ros)*
1 st baking powder*
1/2 st soda bicabonat*
tanda * diayak bersama
3 biji telur B
1/2 cawan minyak jagung (malam tadi tak cukup minyak..kita tambah buttercup yang dicairkan)
1/2 cawan susu segar
1 cawan gula caster
Tambahan - jika suka
Coklat rice
esen pisang

Cara:
Pisang dilenyekkan dan ketepikan dulu.
Telur, minyak, susu dan gula digaul rata - guna whisk, atau senduk kayu pun boleh
Masukkan tepung dan pisang lenyek tadi..gaul rata
letak setitik/dua esen pisang jika suka., boleh juga tambah coklat rice jika suka.- gaul rata
Masukkan dalam loyang pembakar yg disapu sikit shortening, dan boleh lah dibakar..
Selamat mencuba.

Friday, April 18, 2014

Apam Nasi......Memang Mudah

Assalamualaikum..selamat pagi semua..lama tak bersiaran dah nak lupa masukkan gambar dari tab ke lap top tua ni..maklum orang lama...bangun pagi tadi..dah dihidangkan dengan gambar-gambar apam nasi kat fb..teringin le pulak nak buat...teringat juga malam tadi tak makan nasi...(Anis hantar mee goreng)..dah tentu nasinya ada...jenguk juga kat dapur ...yis juga ada...alhamdulillah menjadilah apam senang ni...kuih-kuih macam ni sampingan je...untuk bonda... kita keluar juga belikan roti canai kuah dhall ...

Sebenarnya ini kali keempat dah buat apam nasi ni...dan setiap kali buat tak pernah jadi sama..tapi yg kali ni ada juga macam kali pertama mencuba dulu...kali kedua mencuba sebenarnya lagi cantik..merekah je...mungkin diperap lama, kali ketiga terus tak naik...sebab terlebih lama perap...bukan sengaja perap lama..tapi masa tu lepas dibancuh ke pasar pulak...dan yang ni sangat jadi...teksturnya lembut gebu je..rasanya kurang manis  sbb berhajat nak cicah ngan sambal tumis...sedap tau..tapi macam biasa sedap juga dimakan bersama kelapa parut yang digaul garam.

Kepada anak-anak dan adik=adik yang nak cuba apam nasi ni, mak cik Siti taipkan sekali lgi resepinya (telah ada dalam post terdahulu)..resepi ni pun ambik dari Kongsi Resepi lama dulu...terima kasih sekali lagi pada yang menyumbang resepi terawal..moga Allah beri ganjaran pahala padanya. ok kita semak bahannya...
Bahan;
2 cawan nasi
3 cawan air
(blend hingga halus dan tapis)

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras cap bunga teratai
13/4 cawan (kalau nak manis cukupkan 2 cawan)
1 paket yis (mauripan)
-ayak kedua-dua tepung.

Cara:
1. Masukkan tepung yg diayak, gula dan yis dalam mangkuk
2. tuangkan nasi yg diblend tadi
3. gaul rata dan diblend sekali lagi
4. tunagkan semula dalam mangkuk agak besar (bertutup), perap dalam 30 hingga 40 minit
5. sementara tu boleh sapu sikit minyak/shortening pada acuan merah kecik , atau boleh juga kukus guna pelengat je.
6. Panaskan air kukusan..kukus 10 minit.
Catatan.
boleh juga letak warna-warna pilihan masing-masing....selamat mencuba.



Friday, November 22, 2013

apam coklat pisang

Assalammualaikum.....apam pisang ni dah buat lama dah...tak silapnya hari Selasa lepas untuk tambahan breakfast hari tu. Sebelum pegi pejabat tinggalkan dik Im ngan kawan-kawannya kuey teow goreng , apam pisang coklat ni ngan kek coklat cheese yang masih berbaki...selera budak-budak ni makan, suka buat makanan kalau ada orang yang habiskan..
Apam pisang ni cantik kejadiannya...cuma nampak buruk sangat atasnya ...sebab ditaburkan coklat rice ..ingatkan coklat rice tu tenggelam..tapi kembang atasnya...apa pun apam ni mmg sedap...dik Im tu bukan senang nak makan kuih ke..kek ke....tapi yang ni dia boleh makan..maknanya sedap le tu...Resepinyanya dah pernah letak kat SAG ni tapi tak pe lah kita taipkan sekali lagi untuk rujukan...
Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1/2 st soda bicarbonat
1/2 st b/powder
----ayak semua bahan ni dan ketepikan

1/2 cawan pisang yg sudah di hancurkan
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
----satukan semua bahan ni ..gaul guna senduk kayu je
      bila dah rata campurkan adunan tepung yg dah diayak tadi
      dah siap...sudukan dalam paper cup dan bolehlah dikukus...
Catatan.
      Semua sukatan guna cawan metrik..dan adunan ni hanya dapat 9 biji je..kalau nak banyak boleh doublekan resepi.
 

Tuesday, September 17, 2013

Apam senang lagi....

Assalamualaikum...........sambung mengupdate  SAG....apam senang yang dibuat sebagai sarapan pagi Ahad lepas,  hari Ahad tu semua anak-anak ada, kawan-kawan Dik Lia juga ada termasuk juga bibik-bibik dua anak yg dah ada baby tu, jumlah semua isi rumah pagi tu 19 orang semuanya...alhamdulillah...seronok masak..menjamu anak menantu dan juga tamu...memang dari malamnya dah fikir nak buat apa agaknya  yang sekali buat tapi dapat banyak.....akhirnya dapat jawapan...buat kuih apam....dan yang utama pagi tu mee goreng...

Malam sebelum tidur dah cari bahan...tengok nasi lebihan makan malam habis....SAG masak nasi sikit...sebab dalam  resepi ni gunakan 2 cawan nasi sejuk.....jadinya apam ni guna nasi yg baru dimasak ...masa bangun pagi nasi masih panas dalam rice cooker.....lepas subuh terus adunkan bahan-bahannya....blendkan nasinya dan campur dengan tepung dan gula .....tinggal dulu sbb mauripan pulak tak de....ke pasar pulak, balik dari pasar masukkan mauripan dalam adunan ...nampak macam tak bergaul rata...sekali lagi bahan ni diblend dan perap pula dalam setengah jam....dan bila dikukus dalam bekas kecik-kecik ni cantikkk....kembang mekar jadinya....pernah buat dulu tak mekar macam ni...tapi tekstur masih lembut...dah ada kawan yg nak resepi SAG letakkan di sini sekali lagi;
Bahan,
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air
   diblend hingga halus nasi ni

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
11/2 cawan gula....kalau nak manis boleh tambah lagi...resepi asal 2 cawan
    ayak tepung, campur gula
1 paket mauripan
    campur semua bahan  ni dengan nasi yg diblend tadi.Perap 1/2 jam. Apa yg SAG buat ...bila dah campur cam ni ..di blend sekali lagi. kemudian baru perap .
Kukus dalam bekas kecik-kecik yg disapu sikit minyak, atau boleh je kukus dalam loyang .

Selamat mencuba...mesti puas hati dan kalau nak buat sikit bahagi dua sukatan tu...





Thursday, July 19, 2012

muffin pisang kukus........sebelum puasa



Assalammualaikum semua.....insyaallah seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan al Mubarak pada hari Sabtu ni.. Kesempatan sehari lagi ini masih ada kalangan kita nak menjamu rakan taulan minum pagi....sama ada di pejabat atau ajak kawan minum-minum di warung......Mulanya SAG tak bercadang nak buat muffin pisang ni....cuma nak beli je kuih dalam perjalanan ke sekolah pd waktu pagi nanti......tapi tak sampai hati pula......dah terbangun tidur jam sepuluh malam....mata dah segar.....intai-intai kat dapur...bahan nak buat muffin pisang ni semuanya ada....jadi mula la operasai jam 11 malam , kejap je kalau nak buat tak sampai satu jam siap......Resepi....dah pernah ada dalam SAG di bawah label apam...kalau  berminat boleh cuba nanti. 

Wednesday, June 13, 2012

apam puteri ayu........mmg ayu



Assalammualaikum.......lamanya tak buat kuih ni. Tapi alhamdulillah masih cantik kejadiannya.Dulu-dulu mmg rajin buatnya...lebih-lebih lagi masa tu ada bibik, dan hasilnya pun banyak...mmg berbaloi-baloi.  Resepinya ingat-ingat lupa....malas pulak nak cari dalam buku-buku resepi lama tu....Buat ni bukan apa...hari tu kita ke rumah anak...dia teringin nak buat kuih ni...katanya dah termimpi-mimpi pun....acuannya pun dah dibelinya...sebelum bagi resepi maknya kena cuba dulu...mana le tau nanti tak jadi pula....kepada yang berminat  boleh cuba: buatnya tak susah cuma remeh sikit nak masukkan intinya....ok  semak resepi:
Bahan:
2 cwn tepung gandum (kita guna tepung ros)*
2 sudu teh baking powder*
yg tanda * ayak sekali
2 biji telur B sejukkan dulu
1/2 cwn santan pekat
1/2 cwn air pandan
1cawan gula pasir
10 gm ovalette
Semua bahan ni diputar hingga kembang

1/2 biji kelapa parut putih
sikit garam
sesudu tepung jagung
semua ni gaul rata
Cara: sapu sikit minyak kelapa pada acuan, masukkan kelapa dan tekan sikit dengan jari, tuangkan adunan tadi...yg dlam gambar tu penuh sangat kot...dan kukus dengan api yg kuat...5 atau 6 minit dah siap. satu adunan ni boleh dapat 23 biji.
Selamat mencuba....Lin..... dah cuba bagi laporan

Thursday, February 16, 2012

blossom pandan lagi ...........ulangan




assalammualaikum semua....baru siap...panas lagi...ni dipesan oleh Datin Aida  untuk jamuan  kat tempat kerjanya esok. tk Datin. lama tak buat blossom ni, sekali buat wahhh......kembang mekar. Resepi...mungkin kena minta izin tuan punyanya dulu. takut pulak nak letak kat sini. Tapi tadi sempat juga intai-intai kat My Resepi...byk resepi blossom...tapi tak tau le jadi ke tak macam gambar kita ni....ada yg tanya sama ke dgn apam polka dot tu...jawapannya tak tau...sbb kita tak pernah buat apam polkadit tu....jamu mata je lah...

Sunday, October 30, 2011

apam pisang embun......sarapan pagi Ahad pula




Assalammualaikum semua..........apam ni pun senang juga nak buat. Biasa le kalau budak-budak ni balik, sarapan pagi mesti ada yang berat dan satu lagi ada yang ringan-ringan buat kudapannyer.., kebetulan pisang pun ada..tapi tak pernah pun try buat guna pisang embun...pisang embun je yg ada...kita layan je lah, sedap juga...dan dik im suka..jarang tengok dia nak makan kuih-kuih macam ni. Pagi tadi kita buat nasi goreng kampung je, dan buat juga roti paratha telur gulung...depa semua suka....
ok lah...bahan nak buat apam pisang;
1 cwn pisang yang sudah dilenyek (11/2 biji pisang embun je)
3 biji telur
3/4 cawan gula halus
telur dan gula ni digaul je dalam mangkuk (guna pemukul telur)
2 cawan tepung gandum ayak ngan 1 sudu teh baking powder, dan 1 sudu teh soda bicabonat)
3/4 cawan minyak., kita tambah juga 2 sudu besar coklat rice.
Gaul semua bahan ni sampai rata dan boleh lah dikukus, api sederhana, lebih kurang 1/2 jam.
Sedap makan ngan kelapa parut yang digaul garam.

Thursday, October 13, 2011

versi bakar pula.............mudah jer...




Assalammualaikum semua.....ini kesahnya nak menghabiskan pisang sesikat hari tu..tak habis-habis...dah buat ni pun berbaki lagi 3 biji....tak de rezeki le dia nak jadi kek ke, muffin ke....dan malam ni kita buat kek pisang yg resepinya ambik dr Azlita Masam Manis..mmg senang sangat nak buatnya, rasanya pun ok, teksturnya lembut...,kita semak bahan dan cara buatnya....
Bahan.
2 cawan tepung gandum - kita guna tepung ros
1 sudu teh b/powder
1/2 sudu teh soda bicabonate
Ayak semua ni dalam mangkuk dan ketepikan dulu
4 biji pisang , dilecek masukkan dalam tepung
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu sejat
3 biji telur
1 cawan gula castor
Semua ni pulak gaul sebati - guna pemukul telur, dan masukkan dalam bekas tepung, gaul sebatikan, bolehlah dibakar dalam acuan yg disapu margerin. Bakar pun tak lama...1/2 jam dah masak..atau kena ikut oven masing-masing. Selamat mencuba.....


Wednesday, October 12, 2011

muffin pisang coklat kukus.................untuk esokkk




Assalammualaikum semua.........apa hal agaknya SelagiAdaGula tak muncul-muncul dengan kek fondantnya..,
tu la pasal...order untuk kek hantaran, kek kawin lambat lagi...,jadi kita isi masa terluang ni dengan mencuba resepi-resepi mudah yg diambil dari blog masak-masak yg semakin banyak skrg ni....kita cari yg mudah dan bahan-bahan yg sedia ada kat rumah....tak payah susah-susah nak pi beli.....kat rumah ada pisang yg dah masak ranum.....yg beli masa balik dr kampung hujung minggu lepas...bahan-bahan lain ada je kat dapur tu.
Resepi ni kita ambik dr Umie @ Home Sweet Home...juga resepi yg sama ada kat Liza muffin Lover..kali ni kita pula nak cuba dan minta izin dr kalian untuk dikongsi kat SelagiAdaGula..., dah siap pun mmg gebu...lembut dan halus teksturnya......
Bahan-bahan yg perlu diayak
2 cwn tepung gandum - kita guna tepung ros
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh s/bicabonat
1 sudu teh b/powder
sikit garam
lepas ayak...ketepikan dulu
1cwn pisang yg dilecek - 3 biji pisang berangan
1cwn minyak jagung
1cwn gula perang
2 biji telur
gaul guna pemukul telur dan tuang dlam campuran tepung tadi....gaul rata. Bolehlah sudukan dalam bekas muffin 3/4 penuh dan kukus dengan api yg besar lebih kurang 10 minit.
Selamat mencuba.

Friday, July 29, 2011

apam mekar gula melaka..




Assalammualaikum.....sarapan apa pagi ni..., dan insyaallah tinggal sehari saja lagi untuk kita bersarapan, mungkin Isnin kita berpuasa. Pagi ni sambil-sambil goreng bihun sempat pula buat apam mekar ni... Sebenarnya rindu nak buat apam yang guna tapai nasi tu...Tapi bila nak buat tengok tapainya tak berapa nak elok ...jadi disbbkan teringin sangat nak buat apam...kita pun lawat-lawat le blog member-member masak ni dan jumpa resepi ni dr ....issh tak catat pula dari mana.. izinkan saya cuba dan kongsi-kongsi di sini ye....Caranye mudah je...bahan pun semua ada kat dapur...tapi masa mengadunnya tak berapa nak ikut cara yang diberi...ingatkan dah tak jadi tapi alhamdullilah jadi juga.. rasanya ok lah,,  cuma pada saya.... yang guna tapai nasi tu lagi sedap agaknya....nanti  kalau berkesempatan kta kongsi sama.....

bahan-bahan
120 gm pasir
120 gm gula melaka dihiris
150 ml air
semua tu masak, tapis dan sejukkan

1/2 sudu teh yis kering bancuh dgn 2 sudu ar suam dan ketepikan
250 gm tepung gandum         )
1/2 sudu teh bicabonatsoda   ) ayak sekali
1 biji telor - pukul sikit
100 ml minyak masak

cara;
masukkan tepong dalam air gula, gaul, masukkan yis, telur dan kacau sebati, tuangkan minyak sikit2 sambil dikacau rata. masukkan dalam acuan kecil dan kukus 20 minit. pastikan air kukusan mendidih. Sedap juga dmakan bersama kelapa parut masin sikit.
Selamat mencuba.