Sunday, April 24, 2011

mee goreng....kek pisang n rojak buah.............






Assalammualaikum......tak sedar dah nak maghrib,  seawal selepas subuh  dah ke dapur. Lepas subuh dapat la juga                   siapkan satu dua kuntum bunga fondant. Jam tujuh pagi ke pasar, orang berjual pun baru nak letak barang kita dah sampai. Mula operasi beli barang untuk minum pagi n makan tengah hari. cadangannya nak buat mee goreng je dan masak makan tengah hari ikut menu abang ( Ayi)..tapi macam-macam pula jadi. Kek pisang tu hidangan spontan Mak Su Mok nak datang. Ada pisang 'yang tergolek malang' kata Chef Mat Gebu, kita pun buat kek pisang segera, senang sangat caranye...nanti kita bg resepi. Kak Ngah ni pulak bila balik semuanya nak makan....tapi dia rajin pegi kedai...apa-apa brg tak de suruh je beli dia nak je....tu la jadi juga kuah rojak...buah-buah tu ada yang dah ada kat rumah, dia tambah jambu batu ngan sengkuang je, nanas semalam ada sebelah, pelam epal n jambu air dr pokok tepi rumah, timun pun ada...apa lagi lengkap semuanya...Semua dah balik.....tunggu riuh Ahad minggu depan pulak.... 
kek pisang:
150 gm pisang tanpa kulit -picit-picit je , 160 gm gula caster
200 gm tepung gandum
1 tsp b/powder
1 tsp s/bicabonat
3 telur (B)
120 gm minyak jagung
20 gm ovallate
Cara: campur semua- putar 2 minit je.....dan bakar...insyaallah menjadi.

No comments:

Post a Comment