Monday, January 17, 2011

sifu gula

Salam semua......inilah saya bersama sifu gula  cikgu Yun (pesara guru), sekarang dah berusia 72 th, masih gigih
buat kek, mendeco dan masih mengikuti trend2 baru dalam pembuatan kek ni. Cikgu Yun juga masih kuat untuk
mengajar sesiapa yang berminat nak mengikuti kelasnya. Mula mengenali cikgu Yun menerusi majalah SAJI Mei
1991, masa tu memang tercari-cari siapa yang blh ajar buat fondant kat Ipoh ni, sbb seblm tu pernah belajar dr
seseorang tapi tak menjadi, rugi duit ratus2, bila keluar je dalam majalah tu terus call cikgu Yun, cari kawan-kawan
yang berminat dan cikgu Yun pulak tu sudi nak ajar kami....Terima kasih cikgu. Malangnya sampai sekarang mungkin
saya sorang kot yang masih berhubungan dgn cikgu Yun, sbb tak dengar cerita kawan2 yang lain tu...masing2 ada
hal agaknya. sekali lg terima kasih cikgu. 

No comments:

Post a Comment