Resepi ni hanya guna adunan asas buat roti...dan ditabur gula di atas bun tu....sesuailah untuk dimakan cucu yg tak suka makan nasi ni. Resepi rasanya dah pernah letak ..tapi SAG letakkan sekali lagi....tapi gunakan bahan yg ada kat dapur pagi tadi Bahan, 250 gm tepung roti ( pagi tadi guna tepung ros je) 50 gm gula kasar 15 gm susu tepung 5 gm yis mauripan 1/2 st bread softener 1/2 st garam halus 40 gm shortening (shortening for bread n pau)- bukan shortening yg sapu dulang biskut ye... 125 gm air ( malas nak guna ml - timbang je) Cara; Campur semua bahan, mula-mula dengan speed yg perlahan...masa ni boleh nampak dah samaada airnya cukup ke tak... masa SAG adun ni nampak macam kering sangat, jadi kita tambah sesudu dua air lagi..mungkin sbb guna tepung gandum biasa ..atau sbb airnya ditimbang mungkin tak cukup agaknya....kat sinilah pengalaman tu penting... Selepas satu dua minit ni lajukan speednya dan adun hingga licin dan kenyal... Keluarkan dr mangkuk adunan dan rehatkan - tutup dengan kertas plastik, (20 minit) Kemudian keluarkan anginnya dan potong ikut berapa bahagian yg dikehendaki...bentukkan..rehatkan lagi sehingga naik dua kali ganda..sapu dengan susu cair campur sikit telur...tabur gula dan bolehlah dibakar.
Tak susahkan...Selamat Mencuba.
|
No comments:
Post a Comment