Tuesday, December 25, 2012

Biru... pilihan Pn Saniyah

Assalammualaikum semua.......tercapai sudah impian Pn. Saniyah nak buat kek  fondant. Perbincangan yang paling singkat. Hari Jumaat pagi telepon    berbincang sekejap...petangnya SAG confirmkan  dan  Isnin pagi terus datang dan terus mula operasi.

Bila ditanya warna pilihan.....spontan jawab nya ..biru, dan memang pilihan terbaik, hasilnya cantik manis je warnannya.

Pn. Saniyah bergambar dengan hasil yang dipelajari sehari setengan bersama-sama SAG. Pn. Saniyah nak belajar bunga yang kecik-kecik katanya....hanya nak buat cup cakes...tapi bila belajar dengan SAG semua ilmu pun diberi..mmg pakej SAG bermula dari A hingga Z.

.
Semua yang belajar dengan SAG akan membawa pulang satu set kek  kawin tiga tingkat, beserta cupcakes sekali..  SAG harap Pn. Saniyah gembira belajar di sini, nanti kalau ada apa-apa masaalh call saja ....SAG sedia beri tunjuk ajar. Tk puan.

Saturday, December 22, 2012

Cake of the year......2012, Tq Datin.

Assalammualaikum....dapat merealisasikan impian pengantin nak kek sebegini rupa. Selamat Pengantin Baru dari SAG.

Pentas yang dihias cantik, nampak lebih gah bila dilengkapkan dengan kek bertingkat warna sedondon.

Sentuhan terakhir dari SAG, bunga dilekatkan dengan penuh hati-hati, kalau boleh tak mau ada sikit pun kecacatan.
Kek ni ditingkatkan dengan gelas kristal..menambahkan lagi seri kek lima tingkat dari SAG.

Tiga tingkat teratas......komen dari kawan-kawan...canntikkkk,  memang rasa kepuasan di hati, lebih-lebih lagi semuanya sentuhan jejari sendiri.
Akhirnya, kek lima tingkat SAG berjaya menghiasi pentas perkahwinan puteri kesayangan Datin Saadiah dan Dato'. Terima kasih Datin yg memberi kepercayaan kepada SAG untuk turut sama memeriahkan hari bersejarah ini (22.12.2012). Secara peribadi SAG memang terasa gembira sangat bila moment indah saat pengantin memotong kek dan dipapar di layar besar tiga penjuru. Dewan Bankuet, SUK Perak , nampak memang gah kek sentuhan Selagiadagula. Terima kasih Datin.
,


Saturday, December 15, 2012

Durian crepe/pancake. Cantik dan sedap.







Assalammualaikum....hari ni anak sulung singgah bersama keluarga mertuanya..balik dari bercuti di P.Pinang, nak minum petang je katanya. SAG buatkan mee goreng udang..mmg faberetnya sejak dulu..desertnya SAG buatkan durian crepe ni..ada juga red velvet adunan lebih dari buat cupcake hari tu. SAG rasa semua orang pun dah pandai buat DC ni...cuma SAG tertinggal keretapi baru hr ni nak mencuba.. Alhamdulillah ...walaupun pertama kali mencuba tapi hasilnya tak mengecewakan. resepinya diolah dari dapur Citarasawan...tk ye. SAG gunakan bahan-bahan yang ada kat dapur je...yg tak de tu tak jadi masaalah. Ok..kita semak resepi: (didoublekan dr resepi asal)

Bahan-bahannya
  • 60 gm tepung super soft
  • 60 gm tepung castad
  • 40 gm tepung jagung
  • 40 gmtepung ubi
  • 1 biji telur
  • sikit garam
  • 200 ml santan pekat (kotak)
  • 200 ml air 
  • 1 sudu besar mentega cair  
Cara-caranya
  1. campurkan semua bahan di atas, guna garpu saja..dah rata tapis...lihat kepekatanya..kalau pekat tambah air lagi.
  2. Panaskan kuali (non-stick pan)...dan boleh le melenggang adunan macam buat ketayap tu. Buat sampai habis.
  3. Sementara tunggu kulit ni sejuk ..putar whipping cream anggaran 1 cawan..sehingga kental.
  4. Sediakan juga isi durian.dah boleh mula membungkus..Bahagian licin di luar...letakkan sesudu besar whipping cream..isi durian dan tutup semula dengan cream tadi, dan bungkus kemas-kemas. Buat sampai habis. itu sahaja. SUPER EASY! Hasilnya mmg cantik dan sedap. 
Tambahan: Setelah dibuat 2 kali cubaan, teksturnya lebih lembut bila ditambah 40gm tepung sagu dan sebiji lagi kuning telur. 
Selamat mencuba dari SAG dan terima kasih kepada Citarasawan Tk kasih juga kat Dik Im....tolong ambik gambar...cantikkk..                                                                                                                                                 
Catatan: kalau dibuat setengah dari adunan di atas kita boleh dapat 12 atau 13 kulit crepe durian ni.

Thursday, December 13, 2012

Peach............oren...memang cantik

Assalammualaikum......siap sudah bagai diminta

Sebahagian dari cup cakes hantaran...

Sentiasa cuba untuk beri yang terbaik....


Terima kasih dik Im yang rajin membantu. Terima kasih juga kepada Pn Azimah mencari SAG.


Wednesday, December 12, 2012

Pink meroon.....cantikkk



Assalammualaikum .....alhamdulillah siap...patern dulu-dulu..masih ada yg berminat...pilihan warna yg cantik...sementara cuti sekolah ni....adik Im tolong ambik gambar dan edit sikit...tk dik Im.....dan terima kasih   juga kpd yg menempahnya.....

Friday, December 7, 2012

pink lagi.......cupcakes doorgift





Tempahan tambahan dari Teluk Intan......sebelum ni dah buatkan 500 biji sebagai doorgift..minta tambah lagi untuk kawan-kawan yang tak dapat pada majlis tempoh hari. Tk dari SAG

pink purple....cup cakes






Gabungan warna yang cantik.....kredit untuk dik Im yang ambik gambar...tk dik Im,