Sunday, February 10, 2013

Tujuh tingkat dan tujuh pesanan dari emak...

 Assalammualaikum semua......9.2.13 tercatat satu lagi sejarah keluarga  bila  anak ketiga ni melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, bermakna tambah sorang lagi ahli keluarga. SAG buatkan kek kawinnya tujuh tingkat bagi memenuhi permintaannya sejak dulu lagi. Itulah yg selalu disebut bila abang dan kakaknya kawin dulu SAG buatkan kek kawin lima tingkat.

Ni dua biji kek bahagian bawah sekali..saiz 14 dan 13 inci...juga  seperti yang telah didesign nya. Cuma bunga tu dah layu..sbb majlis dah habis baru ambik gambarnya.

Ni pula 5 tingkat bahagian atas...SAG pisahkan dengan gelas kristal...tak boleh buat tujuh tingkat sekali..berat sangat. Keknya kek butter perisa oren je....dema kata sedap..

buat yang senang tapi kena pastikan nampak cantikk....Terima kasih semua....



Sunday, February 3, 2013

kek hantaran ....untuk Nana



Assalammualaikum semua....jumpa lagi. Dah selesai menghantar hantaran dan akad nikah juga resepsi perkahwinan anak baru berani nak letak kat blog maknya Selagi Ada Gula ni. Ni satu daripada hantaran hasil tangan SAG untuk anak lelaki SAG yang dah berlangsung pada 1.2.13 dan 2.2.13 kelmarin. Dik Hier (dah kawin pun masih panggil dik Hier lagi) sebenarnya nak yang simple je. Rasanya ni pun dah simple, ikut tema tapi cincin tu terpaksa juga letak atas kek sebab tak nak tambah dulang hantaran, dah janji pihak laki-laki bawa tujuh berbalas sembilan. Kek nya macam biasa kek buah SAG . Bunga ros tu..tak sempat juga nak buat macam yg dah belajar kat Chef Shahril dulu..jadi juga ros SAG...tak pe lah janji cantik dipandang ..dan tentu sekali sedap dirasa. Dah tiga anak-anak SAG ke jinjang pelamin dan alhamdulillah semua hantaran dan kek perkahwinan sentuhan maknya...tunggu dua lagi...yang sorang ni mungkin tak lama juga dan sorang lagi mungkin lambat lagi....kepada anak-anak mak dan anak-anak menantu juga keluarga  harap suka terima hantaran sentuhan mak...dan doakan mak sihat, dipanjangkan usia ...nanti mak boleh buatkan hantaran lagi.....

biskut butang.....cantikkk


Assalammualaikum semua.....lama tak de entry baru...kalau kata sibuk...ramai lagi orang yang sibuk tapi itulah hakikatnya.  Sebenarnya dalam apa pun yang kita buat perancangan mesti ada, tapi dalam masa yang sama macam mana pun kita merancang nak kan yang terbaik...Tuhan lebih mengetahui...perancangan Tuhan lebih baik pada kita semua, dan alhamdulillah sampai setakat ini SAG masih boleh memenuhi kehendak anak-anak....lebih-lebih lagi dalam memenuhi permintaan anak yang nak kawen ni. Gambar ni semua orang pun tahu..biskut butang..atau biskut gula..biskut yang ada cerita tersendiri...dan kekal lama sampai hari ini.  Cantik bewarna warni...ada yang hanya suka makan gulanya...ada juga yang suka makan biskutnya. Jangan tanya kenapa SAG letakkan dalam blog ni....nanti tau...ok. Terima kasih kerana sudi baca.

Thursday, January 17, 2013

kuih kaswi....masih ada peminatnya



Assalammualaikum semua....salam Jumaat....sarapan apa hari ni....ini kuih orang lama yang sentiasa tertangguh nak buat. Bukan susah sangat nak buatnya, tapi tak tau kenapa sentiasa tak sempat...teringinnya dah lama, dan alhamdulillah siap juga pagi Khamis kelmarin dan dapat pulak dikongsi dengan bonda yang datang ke rumah mama. Kuih ni juga dah ramai yang mencuba..terima kasih kepada penyumbang resepi. Izinkan SAG kongsikan di sini pulak.
Bahan.
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir (kurangkan sikit )
5 cawan air
sehelai daun pandan -- simpulkan.
semua bahan ini dimasak dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
  cara
        Panaskan kukusan.
         campurkan kedua-dua tepung ni dengan semua air gula tadi... gaul rata dan tapis.
         kukus 30 minit.
         biarkan betul-betul sejuk...potong kecik dan gaul dgn kelapa parut putih yg dicampur sikit garam.

        Selamat mencuba......

Sunday, January 13, 2013

pink n apple green.........13.1.13 cantikkkk



Assalammualaikum......cupcakes hantaran 13.1.13...cantik tarikh ni.. Tk Adilla mencari SAG untuk melengkapkan hantaran pertunangannya. SAG cuba untuk buat sebaik mungkin . Selamat bertunang Adila dan Adrin, semoga bahagia selalu.

Thursday, January 10, 2013

pink n baby blue....juga pembukaan 2013


Assalammualaikum....ni juga sempat disiapkan malam tadi bersama ngan kek hantaran tu...tema yang sama. Tk  mengorder dari SAG. tk Pn. Nora.

Pembukaan 2013.....pink yang ceria


Assalammualaikum...dua minggu tak update blog rasa lama sangat...tak de cerita baru. Tak de tempahan baru. Memang sebenarnya sibuk sikit... nak buat persediaan anak nak kahwin tu yang tak ambik tempahan, tapi yang ni buat juga sebab dah janji awal, dan alhamdulillah ros SAG masih  menjadi dengan warna yang ceria. Terima kasih Natrah dan tk Pn. Nora. Kali ni gambar-gambar dari SAG biasa saja...dik Im tak de...dah balik asrama...kalau dik im ada mesti gambarnya jadi lain ..dik im tak sempat nak ajar maknya mengedit gambar....gambar dr kamera maknya pun tak cantik mana...kamera murah je...