Wednesday, May 22, 2013

Red Velvet....Hari Guru 2013 SMKRS, Ipoh.

Assalammualaikum.....terlaksana hajat nak buatkan RV untuk cikgu-cikgu SMKRS, dan minta maaf  hari ni baru berkesempatan nak tayang kek Hari Guru 2013 yang dibuat serba ringkas.

Guru Malaysia, 1 Aspirasi 1 Agenda...........kita warga guru, warga pendidik sememangnya menghayati tema ini sejak  mula bergelar guru, cuma bila dijadikan tema hari guru maknanya kita lebih ditekankan peranan kita untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti, Dengan 1 Agenda kita warga pendidikan perlu memastikan kejayaan apa juga hasrat KPM dengan pelbagai perubahan dan pembaharuan , kalau dulu ada PPSMI, PIPP dan hari ini kita ada PPPM.(Warga Guru perlu tahu makna semua ni).  Apa yang penting kita perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yg menpunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Macam bagi ucapan le pulak...ok , bunga ringkas je...sungguh tak sempat....tugas  guru hari ini  semakin  bertambah..duduk di pejabat rasa macam tak boleh nak keluar bilik, masuk ke kelas boleh naik darah tinggi atau silap-silap boleh naik darah....(kelas yang SAG ajar ye..)....

Tapi apa pun kekangan, SAG setiap tahun akan  sediakan kek Hari Guru untuk guru-guru sekolah di mana SAG berkhidmat....tahun ni berkesempatan sediakan kek Baldu Merah yang masih ramai peminatnya. Saiz kek ni..22 in x 18 in, dengan berat lebih 7 kg untuk sesi pagi dan saiz sebahagian dari itu untuk sesi petang.

Alhamdulillah.....semua dapat merasa kecuali guru yang bercuti bersalin, atau pun mungkin ada guru yg tak sudi nak merasa...dan ni je gambar yang dapat diambik nak tunjukkan teksture bila dah dipotong. Seperti biasa ramai juga guru nak resepi...ok kita semak resepi. apa yang SAG turunkan di sini adalah apa yg SAG gunakan. Resepi ambil dari angah, kata angah dia pun ambik dari Masam Manis..terima kasih penyumbang resepi.                                                                              
Bahan-bahan
A
370 gm tepung ros
1 sudu besar koko powder
11/2 sudu teh b/powder       -  semua ayak dan ketepikan
B
11/2 cawan susu segar
11/2 sudu besar cuka
1 sudu besar warna merah  -  campur letak tepi dulu
C
170 gm butter
400 gm gula caster
1 sudu teh vanila                 - putar -gebu
3 biji telur B                          - campur 1, 1
D
11/2 sudu teh cuka
11/2 sudu teh soda bicabonat - campurkan bila semua proses selesai

Cara;
Putar bahan C - gebu, campur telur satu, satu, selang selikan bahan A dan bahan B, gaul rata,
bila dah rata, campurkan bahan D, gaul rata. Sedia untuk dibakar.
Cadangan tin 9 in bulat. SAG selalu guna dua tin saiz yang sama , jadi tak perlu di belah dua.

Untuk frosting,
1 cawan whipping cream  - putar kental

125 gm cream cheese
50 gm butter
80 gm gula aising = boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 sudu teh lemon paste    - putar hingga gebu

Guna dua bekas putar yang berlainan - bila kedua-duanya dah elok kental dan gebu campurkan dan putar sekali lagi untuk ratakan saja.

Catatan:
kek Hari Guru SMKRS   tu, SAG gunakan 4 adunan di atas.
Mohon maaf tak pandai nak taip cantik-cantik. Selamat mencuba, hubungi SAG kalau nak bantuan.

Cawan dan sudu yang digunakan ialah sukatan metrik ye.

Saturday, May 11, 2013

Putih mulus jadi pilihan..........hantaran 11.05.2013

Assalammualaikum......kek dua tingkat berlapis jadi pilihan ibu pengantin buat anak tersayang, warna putih bersih dan dipesan dari Butik Nasya Tambun.

Dapat pesanan dari Abg Det (panggilan dr anak-anak SAG),  pada 1 Mei menerusi whatsApp beserta gambar sekali, katanya nak bawa ke KL 11.5. . Jadi lebih berdebar bila katanya kek ni untuk anak Rosham Noor ..tak pasti nak kawin ke nak bertunang...SAG akan cuba buat yang terbaik...

Ni la hasilnya..dan biasanya....gambar yang dikirim dijadikan contoh saja, hasilnya tak sama, sbb SAG akan ubah suai sana sini ikut rasa sendiri, tapi Alhamdullilah bila gambar yg siap ni dihantar ...respon diterima sangat positif...cantik dan sangat puas hati katanya. Dan pagi 11.5.abg Det datang ambil....katanya hujung tahun ni kalau ada rezeki dia dan rezeki SAG, SAG akan buatkan kek perkahwinan untuk sorang lagi selebriti tanah air....Tk Butik Nasya Tambun.

kek fondant hantaran....................ungu jadi pilihan

Assalammualaikum......kek hantaran 11.05.2013, simple je. 

Tk kak Pouziah...sudi mencari SAG.

Selamat menerima menantu....

Kek hari mengundi.........5.5.2013

Assalammualaikum.....sebulan lebih tak ambil tempahan...ini tempahan pertama selepas Mac hari tu..dan kebetulan pulak majlisnya sama dengan seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi.

Bukan tak de tempahan ...tapi kekangan masa , terpaksa ditolak, diberi pada kawan yang lain.. Dan yg ni tak boleh ditolak sbb nak juga-juga SAG buatkan...

Alhamdulillah dapat juga disiapkan kek span oren dan coklat dengan butter cream, bunga simple je, maklum hari paling sibuk - rumah penuh anak menantu, dan SAG perlu juga balik kampung bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, mengundi bg menentukan pemerintah masa depan. Terima kasih Yati.

Monday, April 29, 2013

mufin vanila.....

Assalammualaikum.....mufin vanila..buat hari Ahad pagi, sebelum ke kelas masak hari tu. Saja-saje buat untuk kudapan kat rumah tempat belajar masak tu.

Buat dua saiz...yang saiz M ni..bagi kat mama, dapat le mama merasa sbb rumah tempat kelas belajar masak tu tak jauh dari rumah mama.....dah lalu kat situ...singgah je.
Yang ni saiz S, kalau semua buat saiz ni...mesti dapat banyak. Resepi guna resepi yang pertama pasal mufin (tak pandai nak link kan...sorry ye...)...yang ni lebihkan vanila...harum baunye....

Friday, April 19, 2013

banana cashew nut muffin.

Assalammualaikum semua....lama tak bersiaran...seminggu bekursus nun kat IAB Genting, balik  lepas tu persiapan untuk majlis sekolah pulak..., mmg tak berasap dapur...rindu sangat..

Semalam cuti hari keputeraan Sultan Perak....hari mencuci..memasak ..petangnya  baru sempat buat mufin ni., Teksturnya lembut..Harum bau pisangnya. Sedap makan masa panas-panas suam  untuk minum petang...dah sejuk pun masih lembut lagi.

Macam biasa...buat muffin ni tak susah....Pidah kata macam buat cekodok..mentang-mentang le sekali buat menjadi..happy sangat dia...hari-hari buat mufin bawa ke sekolah...tk Pidah selalu mencuba resepi dalam SAG ni. Nanti boleh cuba yang ni pulak. Minta maaf dah tak ingat dari mana ambik resepinya, minta izin kongsi kat SAG.
Bahan:
1 genggam gajus - panggang dan cincang kasar, lebih pun tak pe
70 gm butter - cairkan
1/2 cawan pisang - dilecek kasar
1 cawan tepung gandum *
1 sk b/powder *
1/4 sk s/bicabonat* - bahan * diayak 2 atau 3 kali
2 sudu makan susu segar (apa-apa susu pun tak pe)
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
Cara:
gula dan telur kacau rata, campurkan butter cair, kacau rata lagi, masukkan tepung yg dah diayak tadi, akhir sekali masukkan gajus , pisang dan dua sudu susu tadi.

ok...selamat mencuba. (mungkin lagi harum bau pisang kalau dititikkan setitik esen pisang).
Resepi ni hanya dapat 6 atau tujuh biji je ye...kalau nak banyak boleh doublekan resepinya. Tk mengikuti blog SAG.


Saturday, April 6, 2013

orange marmalade muffin.....sedap

Assalammualaikum......pagi ni sambil kemas-kemas dapur sempat lagi buat muffin yg mudah ni....semalam  jengok-jengok resepi muffin kat blog rakan-rakan masak....banyaknya resepi muffin....bahan semua ada kat dapur cuma SAG suaikan topping nye ....

pagi ni sebenarnya buat juga nasi goreng ikan rebus untuk anak dan menantu.....dan muffin ni pemanisnya..

Sorry je...resepi nanti SAG masukkan kemudian...tayang dulu....nak sambung kemas rumah...