Saturday, July 13, 2013

pemanis orang dulu-dulu.....ubi sira


Assalammualaikum...ni pemanis berbuka Ramadhan pertama ...ni juga tidak dirancang...tapi masa balik pejabat dan singgah kat mini market tu...terpandang sebakul ubi kayu...cantik-cantik dan masih segar...ambil satu je...dalam hati tak yakin ubi ni empuk elok...sbb sll beli tu tak pernahnya empuk gebu. balik rumah..sambil-sambil masak lauk..ubi ni direbus, dan alhamdullah cantik kejadiannya..dan jadilah ubi sira ni.
Nak buatnya senang sangat,
ubi direbus, letak sikit garam
masakkan air gula
bila ubi elok masaknya, buangkan airnya..keringkan sikit, dan tuangkan air gula tadi...kacau lagi dalam periuk..lebihkan air gulanya sbg kuahnya.
Budak-budak hari ni tak suka pemanis cam ni, tapi boleh juga dicuba supaya makanan tradisi ini tidak lenyap begitu saja.

Apple juice asam boi...

Assalammualaikum.....Ramadhan pertama ..panas sangat, macam biasa kat pejabat lagi dah mereka-reka nak buat apa untuk berbuka nanti...selalunya tak pernah pulak teringin nak buat air, tapi memikirkan berbuka tahun ni ada teman, jadi buatkan juga minuman dan sikit juadah untuk anak yang bercuti ni.

Petang tu balik pejabat...singgah kat mini market yang biasa...walaupun kedainya tak berapa nak cantik..tapi semua kelengkapan dapur ada kat situ, dan memang banyak epal hijau, segar-segar...dan terfikir spontan je nak buat air epal asam boi...Nak buat senang je, epal dicuci bersih..dipotong kecik dan blend dengan sikit gula. Asam boi terlebih dahulu direndam dalam air mendidih.....selesai diblend campurkan dengan air asam tadi...letakkan ketulan ais jika suka. SAG hanya sejukkan dalam peti ais saja.

Thursday, June 20, 2013

Congratulation........ untuk diri sendiri juga

Assalammualaikum.......kek kedua bulan ni. Tempahan untuk satu majlis di Ipoh.  Mesti hairan kenapa pulak nak tahniah kat diri sendiri ni kan. Tahniah sbb dapat juga disiapkan dalam keadaan masa yang sangat-sangat cemburu dengan kita ni.

Nak cerita...minggu ni teramat le sibuknya...malas nak sebut sibuk pasal apa, semua orang pun sibuk juga...dan nak buat kek sebiji ni...punya le letih...balik taklimat pukul 5 lebih petang kelmarin...bekejar-kejar beli barang....sampai rumah buat apa yg patut dulu....lepas maghrib baru dapat bakar kek ni...

Sambil tunggu kek.masak......boleh terlena depan oven...sedar-sedar kek dah cukup masak..nasib baik tak hangus, keluarkan dari tin acuan....tutup elok-elok...SAG tidor dulu...jam 1.30 pagi terbangun ...(nasib baik), solat dulu...badan dah segar...mula ke dapur....buat tulisan, buat krim....decorate ala kadar je dan susun je buah-buah segar tu....Sampai sekarang tak tidur dan tak boleh nak tidur pun....Alhamdulillah ...tarik nafas lega sangat bila tengok hasilnya...masih puas hati, Masukkan dalam kotak.....dan SAG mula pula operasi kemas rumah...kemas dapur sbb tengah hari ni nak ke CH pula ada meeting kat sana....
Bila hantar tadi jam 6.45 pagi ..buka kotaknya...harum sangat bau buah-buah segar tu..., alhamdulillah dan tahniah pada yg terima anugerah tamat latihan pagi ni....
Terima kasih kerana mencari SelagiAdaGula.

Saturday, June 15, 2013

kek dam.............bila ditanya menantu

Assalammualaikum....lama tak bersiaran. Hari tu rehat 2 minggu...berkesempatan menjadi  tetamu Allah buat kali ketiga...Alhamdulillah. Jika ada rezeki ingin lagi menjejakan kaki ke sana,  Sesungguhnya tempat yg amat mendamaikan, walau apa pun cabaran...dugaan Mekah..Madinah tetap di hati.

Hari tu entah macam mana boleh terkeluar cerita kek dam ni dari menantu...dan kelmarin nak ke Melaka tak jadi, nak ke KL pun tak jadi...rasa-rasa macam nak ke Cameron Highland...tak pulak dipelawa (huhuhu.......).., semua tak kena..baring je ..layan hindustan le, drama Melayu le...sambil-sambil tu kepala pikir juga nak buat kek...bangun juga intai-intai kat dapo..bahan semua ada...dengan semangat yang ada sikit-sikit tu  putar juga butter n gula, telur, campur tepung dan sebagainya...masuk dalam acuan n bakar.....biar dulu sejuk....nak cerita step by step tak pandai le..

malamnya...baru mula operasi...potong ...gam dan tampal...pagi ni letakkan toppingnya...tak sabar-sabar pulak tu nak tengok hasilnya......sekali potong.... menjadi.....sukanya...memang tak pernah buat kek dam bulat ni...dulu-dulu buat yang empat segi je...senang. Cuma nak cerita...keknya kek butter biasa je...kuning tu letakkan perisa oren..dan coklat tu letakkan coklat emulco...nak resepi nanti rajin SAG taipkan resepinya. Ok...untuk anak n menantu nanti bila balik Ipoh mak cerita macam mana nak buatnya.

Wednesday, May 22, 2013

kek kawennn......merah lagi


Assalammualaikum....merah lagi, saja letak tulisan tu, sebab ada kawan-kawan kata cantik, itu le tulisan saya, tapi tulisan kat buku rekod mengajar tak sama pulak macam tu. Orang kata cantik.......sebenarnya ada tulisan orang lain yang lebih berseni lagi...khususnya tulisan orang-orang veteren ....

Hiasan ala-kadar, suka dengan bunga kecik-kecik ni. Harap yg menempah juga suka dengan kek dari SAG. Keknya kek span coklat dan vanila juga.  Kek dua tingkat  .Sekali lagi terima kasih Yati.

bunga merah kecik lagi...........18.5.2013

Assalammualaikum......kenduri kawin sebelum cuti sekolah  18.5.2013. Tk Yati.

kek span coklat lapis vanila, cantik kalau dah dipotong, coklat dan  kuning air, disalut krim butter lembut.

Masih hiasan yang sangat simple tapi menarik, harap berpuas hati. Selamat Pengantin Baru.

Nurses Day Cake............nutty creamy

Assalammualaikum....walaupun dah sambut lebih awal dari Hari Guru, tapi ada hospital yang meraikan kemudian sikit, ikut kesesuaian dan kelapangan.

Terima kasih pada yang menempah dari SAG, kek span coklat lapis oren dan disalut butter krim n peanut butter, harap berpuas hati. Tulisan tu guna gum paste, senang je...guna penerap ABC...

Selamat Hari Jururawat, semuga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kami sayang semua misi.