Wednesday, September 11, 2013

popcorn...manis n senang

Assalamualaikum...malam ni ..tak de kerja cari kerja..penat duduk saja hadap TV..tak de cerita lain, kemalangan bas lagi..kita boleh simpati je..selebihnya pada pemandu yang patut lebih berhati-hati...dalam dok mengomel tu...teringat pada jagung yang dibeli petang tadi..Dah lama dah Dewi minta belikan jagung ni..hanya petang ni teringat,, itu pun sebab lalu kat  sudut tempat rempah ratus bila pergi Mydin tadi...saja beli dua paket. Satu untuk Dewi satu lagi untuk sendiri, nak try  juga sbb dah lama tak buat..

Cuba juga call Pidah, sbb Pidah  yang mula buat dulu, tapi tak angkat pulak, tak pe lah ...SAG terus je tengok kat blog DTS, mmg betul ada..terus je ambil resepi dari situ dan terus ke dapur mulakan operasi buat popcorn ni..bukan nak makan pun...saja suka-suka buat...esok SAG bawa ke pejabat..dan yang pasti akan ada nanti yang minta resepi. Minta izin Che Mat.... SAG share kat sini pulak...

Senang sangat buatnya...tapi sebelum tu tengok bahan dulu...
Bahan;
1/3 cawan jagung (SAG guna jagung yg dibeli di Mydin je..jagung timbang)
1 camca besar mentega (agak-agak je...SAG guna buttercup)
21/2 camca besar minyak masak

Cara;
Panaskan mentega dan minyak masak dalam periuk yg agak besar (SAG guna rice cooker- tapi letak atas dapur gas ye). Bila dah panas, masukkan biji-biji jagung....tutup periuk (tu le guna rice cooker...senang ....dah ada tutupnye..), jagung ni akan meletup-letup...biarkan je...sampai habis bunyi..tutup api dan ketepikan.
Untuk caremelnya......
1/3 cawan gula
1 camca besar mentega
dalam kuali lain, cairkan gula tadi, kemudian masukkan mentega biar jadi warna perang sikit...bila semua dah cair masukkan semua bertih jagung tadi...kacau rata..bolehlah diangkat dan boleh le menikmati popcorn buatan sendiri.

Sunday, September 8, 2013

Terima kasih Pn. Arfah....harap berpuas hati

Assalamualaikum.....alhamdulillah selesai mengajar anak dara Pn. Arfah buat bunga-bunga gula ni.  Cepat belajar orangnya...walaupun tak banyak nak bercakap tapi tangannya ligat buat itu ini macam yg ditunjuk oleh SAG.

Kata Pn. Arfah....anaknya ni memang sangat berminat dengan bunga-bunga gula ni , selalu cuba-cuba buat sendiri dengan gum paste yang ready made...tapi tak pernah jadi bunganya...tu yang minta SAG ajarkan...Di atas tadi tu antara bunga-bunga yang berjaya dihasilkan oleh Nana anak Pn. Arfah...cantik kan... 

Masa buat bunga...memang suka sangat...terlebih-lebih bunganya....macam tu lah bila berada dengan SAG..semua yg kita tahu akan diturunkan pada yang berminat nak belajar..ini  Nana yang susun... gaya biasa yang selalu SAG buat, dan kali ni  SAG tunjukkan juga cara membuat huruf dari gum paste


Dan seperti biasa....sebelum dirangkai dan susun atas kek...bunga-bunga ni SAG akan gubah dulu dalam bekas-bekas kecil ni..antara bunga yang diajar..tentu sekali ros....2 cara satu guna cara 5 patel, satu lagi guna cutter 'eye drop', lily, blossom pun ada 3 cara, carnation, daisy dan tentu sekali ada daun....buat huruf juga...

Haaa....tu dia... hasil bunga Nana...., meriah sangat...siap dengan satu set kek tiga tingkat, kat sini SAG ajar macam mana nak cover kek tu..macam mana nak lekatkan kek dan nak letak kaki kek ....semua pun ajar dari A sampai Z, cumanya tadi Nana nak cepat...dan pemalu sangat orangnya..tak nak bergambar dengan kek yang dihasilkannya...


Harap Nana lepas ni boleh buat bunga dan boleh mula buat cupcakes bunga gula ni...kalau ada apa-apa masalah boleh call mak cik Siti...harap Nana berpuas hati sehari setengah kat dapur SAG..

Thursday, September 5, 2013

kek coklat lapis cheese

Assalamualaikum......bawa ke pejabat pagi ni...saja makan-makan..kek senang dan tak perlu banyak bahan untuk menyiapkannya...lagi pun memang  teringin lama dah nak buat kek coklat lapis cheese ..malam tadi baru berjaya disiapkan.

Minta maaf le ye..tangkap gambar ala kadar je....nak cepat..kalau beria-ria sangat nanti lambat pulak ke sekolah. Kek ni mmg sedap..lembut dan rasanya juga tak berapa manis..sedang-sedang je...cuma bagi SAG kalau lah nak buat lagi , mungkin resepi bagi kek coklatnya akan ditambah sebahagian lagi..sbb macam nipis je keknya..Resepi asal dari DTS terima kasih Che Mat..

Minggu ni juga tak de tempahan kek...tu yang ada masa nak mencuba kek-kek dari blog-blog masakan yang hebat-hebat ni...buat sekadar nak isi masa malam ...Ini gambar yang diambil kat sekolah tadi..dah habis separuh...kalau bawa kek..mesti ada yang bertanya resepi...jadi minta izin dari Che Mat untuk di share kat SAG.......
Bahan;
A.
1 cawan tepung gandum (SAG guna tepung rose)
3 sb serbuk koko
1 ct s/bicabonat
1/2 ct b/powder
semua bahan ni disatukan dan ayak - ketepikan dulu

B
2  biji telur A
1 cawan gula caster
1 ct vanila
secubit garam
semua bahan ni dipukul hingga kembang kemudian campurkan dengan

1/2 cawan susu cair (tak de dalam simpanan - SAG gunakan susu segar je)
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan air panas (takut nak letak air panas..SAG suamkan dulu air panas tadi)
-----mixer masih dengan kelajuan sederhana semasa bahan-bahan ni dimasukkan...
bila selesai masukkan bahan A...gaul rata dan bahagi 2 adunan tersebut.

Sediakan tin 8" x 8" lapik kertas..dan boleh kukus sebahagian kek tadi 15 - 20 minit. Sementara tu boleh sediakan untuk lapisan cheesenya.

250 gm krim cheese
60 gm gula
1 biji telur A
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air
---krimkan semua bahan-bahan ni sampai kembang dan tak bergentel

Bila kek dah masak, lapiskan dengan adunan cheese ..kukus lagi 15 - 20 minit. Bila dah cukup masa lapiskan lagi dengan adunan kek coklat bahagian kedua, kukus 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba bagi yang nak cuba hujung minggu ni.

Wednesday, September 4, 2013

kek lapis pandan ....

Assalamualaikum......dah banyak kali tayang kek lapis pandan ni...resepi pun pernah letak kat SAG. Ada sape-sape dah cuba ke. Tak susah buatnya ..cuma perlu sikit kemahiran untuk memotong kek kepada tiga bahagian atau lebih bagi tujuan melapis jellynya..

SAG memang tak sampai hati nak hampakan permintaan siapa-siapa juga yang nak menempah kuih/kek dan sebagainya.. Seboleh-bolehnya nak penuhi permintaan tu...tapi kadang-kadang tak daya juga...Kek pandan lapis ni ...dulu pernah bawa ke jamuan di sekolah...lama dah..tapi bila tiba-tiba ada guru yang teringin ...mmg tak sampai hati nak tolak....tau pulak yang cikgu ni mengandung...aduiii...tu yang buat juga...SAG selalu rasakan cikgu-cikgu baru ni macam anak-anak saja...apa-apa permintaan anak-anak tu..terus nak sediakan...Kek ni juga kalau nak buat tu kena buat dua biji..sebab oven besar ...rugi je kalau buat sebiji...dan kebetulan juga ada bekas kosong yang belum pulangkan pada tuannya...jadi SAG buatkan untuk isi bekas ni juga....Tk semua..kerana perkara-perkara macam ni...SAG sibuk di rumah dan tak le baring ..tidur dan menanti hari pagi.

Tuesday, September 3, 2013

minum petang..

Assalamualaikum....juadah minum petang 31.8 yang lalu, teringin sangat nak roti jala ngan kuah durian, kat Ipoh dah kurang durian tapi cari juga..nasib baik jumpa.....petang tu juga sebenarnya ada rakan yang datang bertamu...

Anak-anak kat rumah ni ..makanan manis-manis  tak berapa nak suka, kalau buat tu bukan sebagaai makanan utama, sampingan saja..yang utamanya ....macam bihun goreng, mee goreng atau nasi goreng. Anak ramai ....kegemaran pun lain-lain.

Dan yang ni pulak, dibuat kali kedua... permintaan Dik Im..katanya cantik dan nampak sedap bila dik Im tengok dalam entry yang mula-mula. Kebetulan dik Im balik hari Jumaat tu...maknya tak sampai hati..ada masa dan ada bahan-bahan kat dapur ...terus buatkan ..juga untuk minum petang tu.

Sebenarnya bukan ni aje permintaan Dik Im...minta juga buatkan cornflake madu..nak sebalang penuh..permintaan si bongsu  ni jarang nak dihampakan..buat juga...dah balik ke asrama maknya hantar pada hari Ahad tu..semua nak dibawa. Harap dik Im  belajar rajin-rajin tak hampakan pulak harapan mak nak tengok Dik Im dapat keputusan terbaik nanti.

Monday, September 2, 2013

kek keretapi??...

Assalamualaikum.....satu lagi kek yang disiapkan pada 31.8.2013 yang lepas. Terima kasih Mas, mudah je ngan Mas ni...buat le kek apa pun  semua terpulang pada kita...nak buat macam mana...cuma katanya nak buat untuk cucunya yang berumur empat tahun. Tapi pening juga nak fikirkan apa pula design yg sesuai ngan budak empat tahun...

Dalam mencari-cari idea, intai sana , intai sini...terpikat ngan kek yang ada keretapi ni.....nampak senang dan boleh lah buat....sekadar untuk memulakan idea...selebihnya kita decorate sendiri ...dan alhamdulillah ada lah juga nampak macam kek budak-budak kan...

Petang tadi dapat call dari Mas, katanya kek sedap....krimnya pun sedap tak manis sangat....orang makan tak buang pun krim tu...lega sangat bila dapat komen-komen yang macam ni..Keknya..kek span biasa je..dua lapis, satu perasa vanila dan satu lagi perasa oren...nak buat perasa kopi atau pandan ..tak sesuai pulak untuk budak-budak..krimnya butter krim biasa yang telah SAG guna sejak berbelas tahun ..gabungan resepi Chef Faizal Ng dan Chef Liza Zainol..gabungan resepi ni hanya ada pada SAG saja..ceh..ceh..ceh..promosi pulak. Apa pun terima kasih Mas mencari SAG.

Sunday, September 1, 2013

Kek Butter Merdeka Raya...........

Assalamualaikum......pertama kali buat kek sebegini rupa, alhamdulillah menjadi, cuma kasar sikit buatannya...almaklum bila nak di ambil dalam waktu hari kerja ..masa tak berapa nak cukup untuk membelek dan nak buat sebaik mungkin...lain kalau nak pada hari Sabtu atau Ahad...SAG tak mau pulak sebab kek sebiji ni sampai nak ambil cuti....

Macam mana pun rasa bangga tetap ada ..tanpa dirancang panjang tiba-tiba kek masjid ni boleh disiapkan dalam masa satu malam. Terima kasih pada rakan sekolah yang juga sama-sama menyumbang idea dan juga menyumbangkan sebiji kek bentuk kubah masjid tu...SAG slalu berbincang pasal kek dengan kawan yg sorang ni...dan kebetulan mmg tak de acuan kubah ....bosan juga kalau hari-hari cakap pasal sekolah..pasal budak nakal..pasal prestasi...Tk Chepora...

Sebenarnya..setiap satu binaan kek ni ada makna tersendiri..dari segi warna ..warna Jalur Gemilang dipilih sesuai dengan Kek Merdeka Raya..tiang keliling kubah...bulan bintang...bunga raya..pintu-pintu keliling masjid ..jalur atas kubah..semua ada maksudnya...terlalu panjang untuk dihurai satu persatu..rasa tak sesuai pulak..sebab patriotik sangat......oklah...terima kasih kerana beri kepercayaan kepada SAG untuk merealisasikan Kek Merdeka Raya.