Friday, November 29, 2013

kastad buahan campuran

Assalamualaikum.....melayan selera Dik Im..cuti sekolah macam-macam nak....kek pelangi belum buat lagi...

buat puding kastad...sebelum pergi sekolah...

senang sangat...nanti taipkan resepi...

Thursday, November 28, 2013

talam ubi kayu..

Assalamualaikum....talam ubi ni dah lama buat...baru malam ni sempat nak tayang kat blog SAG..saja letak...tak de yang baru pun..resepinya dah pernah letak di blog ni..rasanya masa puasa dulu..

Kuih talam ni di buat sebagai tambahan untuk mimum pagi cikgu-cikgu SMKRS yang rajin datang ke sekolah untuk mengacau bubur asyura  dua minggu lepas...sedap bubur asyuranya...tapi lebih daripada itu kita mengharapkan hubungan baik antara semua guru dan kerjasama dalam kalangan mereka ini dapat dikekalkan. banyak manfaatnya bila semua ahli dalam sesuatu organisasi itu saling berganding bahu antara satu sama lain..

Friday, November 22, 2013

apam coklat pisang

Assalammualaikum.....apam pisang ni dah buat lama dah...tak silapnya hari Selasa lepas untuk tambahan breakfast hari tu. Sebelum pegi pejabat tinggalkan dik Im ngan kawan-kawannya kuey teow goreng , apam pisang coklat ni ngan kek coklat cheese yang masih berbaki...selera budak-budak ni makan, suka buat makanan kalau ada orang yang habiskan..
Apam pisang ni cantik kejadiannya...cuma nampak buruk sangat atasnya ...sebab ditaburkan coklat rice ..ingatkan coklat rice tu tenggelam..tapi kembang atasnya...apa pun apam ni mmg sedap...dik Im tu bukan senang nak makan kuih ke..kek ke....tapi yang ni dia boleh makan..maknanya sedap le tu...Resepinyanya dah pernah letak kat SAG ni tapi tak pe lah kita taipkan sekali lagi untuk rujukan...
Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1/2 st soda bicarbonat
1/2 st b/powder
----ayak semua bahan ni dan ketepikan

1/2 cawan pisang yg sudah di hancurkan
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
----satukan semua bahan ni ..gaul guna senduk kayu je
      bila dah rata campurkan adunan tepung yg dah diayak tadi
      dah siap...sudukan dalam paper cup dan bolehlah dikukus...
Catatan.
      Semua sukatan guna cawan metrik..dan adunan ni hanya dapat 9 biji je..kalau nak banyak boleh doublekan resepi.
 

Wednesday, November 20, 2013

kek coklat cheese

Assalamualaikum .....rasanya semua orang pun tahu kek ni..kek coklat lapis cheese. Kek yang sangat senang nak disediakan dan rasanya pun sedap...teksture lembut..sesuai untuk semua..lebih-lebih lagi penggemar kek coklat, dan bila digabungkan dengan cheese memang sangat serasi rasanya. SAG buat untuk kali kedua..dan dibawa untuk minum pagi masa mesyuarat MPCK Perak pagi Selasa kelmarin.., bukan untuk promosi, tapi untuk dirasa bersama sbb ramai kalangan rakan-rakan yg tahu kita ni sll buat kek dan tayang gambar kek...ada kalangan rakan juga sll bertanya bila nak dapat rasa...tu la..bila ada ksempatan SAG buatkan.....


Untuk kek yg dibuat kali kedua ni SAG tambah setengah bahagian lagi untuk kek coklatnya..biar nampak tinggi sikit..Tin acuannya masih sama 8"x 8" x 3 "..Ok kita semak resepinya;
bahan dan cara
11/2 cawan tepung gandum
4 1/2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bicabonat
3/4 sudu teh baking powder
---ayak dan ketepikan dulu

3/4 cawan air masak suam
3/4 cawan susu cair/segar
3/4 cawan minyak jagung
----masukkan dalam mangkuk stainless steel kacau atas api dengan whisk sampai rata/bercampur rata saja, tak perlu panas sangat pun, dan ketepikan

3 biji telur B
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu teh vanila
----putar hingga betul-betul kembang

Bila dah betul kembang, masukkan adunan tepung selangseli dengan campuran susu, minyak dan air tadi
Bahagi 2 adunan ni sama banyak
alaskan tin..masukkan separuh adunan tadi dan kukus 25 minit
Bila dah masak...masukkan adunan cheese
Adunan cheese
250 gm krim cheese
60 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu besar air masak
1 sudu besar tepung gandum
----putar adunan ni hingga kembang.
kukus lagi adunan ini 20 minit
Bila cheese dah masak tuangkan lagi lebihan kek coklat tadi..kukus lagi 25 atau 30 minit.
Selamat mencuba.

Tuesday, November 19, 2013

rv persaraan


Assalamualaikum....hari tu masa tayang gambar kek bersara....keknya tak dipotong lagi....ni la rupa sebenar bila kek RV persaraan tu dipotong dengan hiasan sekuntum bunga dan sekor rama-rama...
Masa Hari Guru dulu ada guru yang tak sempat merasa....dalam majlis ni pun ada juga yang tak sempat rupanya....In sya Allah lain masa ye cikgu-cikgu.
Alhamdulillah...komen guru-guru katanya kek sedap sesangat...

Friday, November 15, 2013

Red Velvet..cream cheese frosting n bunga fondant

Assalamualaikum....pagi tadi selesai sudah majlis persaraan dua orang guru dan seorang kakitangan sokongan di sekolah SAG. Alhamdulillah majlis berjalan lancar...cuaca redup....macam turut sedih dengan sekolah yg akan kehilangan 3 orang penjawat awam yang sangat berpengalaman ini. Tahniah kepada ketiga-tiganya..yg  berjaya  berkhidmat selama 35 tahun, 32 tahun dan 36 tahun...waaaa terasa lamanya nak sampai ke tahap itu....

Bersara tak semestinya bersedih....ianya perlu disambut dengan syukur...,bersyukur sbb kita bersara dengan keadaan yg sihat...dan antara lain dalam ucapan SAG tadi  SAG nyatakan sebenarnya hari ini kita cuma bersara dari jawatan yg kita sandang shja..tapi mungkin esok kita akan mula pula dengan kerjaya baru...umumnya...persaraan adalah pengakhiran bg sesuatu dan permulaan kepada sesuatu yg lain...dan kita akan benar-benar dibersarakan apabila kita dijemput Yang Maha Esa ke alam lain nanti...

Bagi mengujudkan suasana ceria...pagi tadi dan jamuan di petangnya...tema yang dipilih adalah warna-warna ceria dan meriah ...tu la banyaknya warna kat bunga-bunga fondant SAG...dan sememangnya SAG suka buat bunga yg warna warni ...tapi sebelum itu nak juga buat kek bersara selain dari letak bunga-bunga ni ...tapi bila di ajukan ...nak buat itu tak sesuai..nak buat macam ni tak boleh....jadi buat je la bunga-bunga ni...apa=apa pun tetap cantik.....meriah dan ceria...dan keknya SAG buatkan kek Red Velvet..

Bila sorang demi  orang rakan dan staff yang bersara, maknanya masa untuk SAG juga tak lama lagi...in sya Allah masa itu  akan sampai jua....doakan SAG juga sihat apabila tiba saat itu....tapi rasanya tak nak le potong kek bersara yang dibuat sendiri pulak.......kepada Pn. Lim, Pn. Ruziah dan Pn. Hazami...Selamat Bersara semua..biar hilang di mata tapi di hati jangan.....semoga kita dapat jumpa lagi.