Tuesday, September 16, 2014

Kek Cempedak....Harum Bau Cempedaknya.....

Assalamualaikum......kek lagiii.....alhamdulillah..seronoknya buat kek ni....tak jangka pun nak buat kek cempedak...memang dah lama sangat tak buat walau pun kat belakang rumah ada pokok dan buah cempedak sendiri...cuma teringin nak buat bila cikgu ni bagi beberapa biji cempedak hari Isnin lepas...harap cikgu ni dapat datang sekolah esok...nak bagi rasa kek cempedak... 

Masa bakar....wahhh harum bau cempdak..dappnya bau dia..Tekstur lembut..moist lagi. Lepas masak tak tunggu lama.pun...terus potong dan rasa..memng sedap. Resepi...macam kek  butter biasa je..cuma tambah cempedak jer...

Tak ada apa-apa perisa tambahan yang ditambah...bau dan rasa yg asli dari buah cempedak. Resepi asalnya adalah dari resepi kek durian yang diambil dari surat khabar dulu-dulu...tapi kek durian pun dah lama tak buat.

Oklah...kita tengok resepinya...
Bahan;
1 buku butter (kita guna Buttercup)
200 gm gula caster
4 biji telur B
250 gm tepung gandum (Ros)
11/2 sudu teh baking powder
ayak sekali, dua
60 gm susu segar
230 gm isi cempedak yg digunting
Cara;
Putar butter dan gula hingga kembang dan agak putih,
masukkan telur sikit , sikit sambil diputar laju,
masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder
masukkan susu...gaul rata
masukkan isi cempedak...gaul rata dan bolehlah dibakar ikut kesesuaian  oven masing-masing.
Selamat Mencuba.

.

Lepat Pisang Warisan Bonda

Assalamualaikum....lepat pisang kuih minum petang kita hari ni...kebetulan jumpa pak cik menjual pisang tepi jalan masa balik kampung hari tu...jarang jumpa pisang masak ranum yang cukup tua dijual di pasar hari ni....selalu jumpa pisang masak tapi tak cukup tua...kalau dibuka kulitnya tengah pisang tu hitam...tak manis pun. ..Orang-orang kampung sekarang ni dah tak nak tanam pisang agaknya...pada hal harga pisang bukan murah...hari tu beli dua sikat pisang awak masak.. ada 24 biji harganya RM4.30....yang pada kita agak mahal..kalau dulu pisang awak ni ialah pisang yg paling murah harganya...

Nak buat lepat ni tadi sebenarnya tanya dulu kat adik Im...suka yg kukus atau yg dibuat lempeng pisang yg dibakar dalam kuali...adik Im pilih nak yang kukus....kita turutkan saja..cuti sekolah seboleh-bolehnya nak suruh dik Im makan banyak-banyak..ikut masa...pagi...tengahari...petang dan malam...nak makan apa yang teringin bagi tau...nanti dah balik asrama..makanan dan masakan dah tak sama macam maknya masak...

Berbalik pada pisang tadi..bila dah dapat pisang yg cukup tua..masak ranum...rasanya memang manis...bila dibuat kuih macam ni..tambah sikit je gula...warna pun cantik...tak lebam..dan perut pisang tu pun tak hitam...tak payah la nak letak resepi lepat pisang ni ye...semua orang pun tau buat agaknya...tapi tak pe lah...mungkin ada beza agaknya lepat pisang orang Perak dengan negeri lain...yang ketaranya..Lepat Pisang orang Perak ni ada kelapa parut agak muda yang digaul sikit garam..lemak masin gitu...
Bahan;
Mesti ada daun pisang..dilayur (6in x 9in)
Inti..kelapa parut agak muda digaul sikit garam...rasa masin-masin sikit
Pisang awak - 10 biji
gula sikit
Tepung gandum - anggaran 1 cawan
---pisang dilenyek halus..tambah gula dan gaul rata dengan tepung gandum...jangan keras atas lembek sangat
Cara;
Ambil dua sudu pisang tadi..leperkan atas daun pisang...
letak inti memanjang di tengah pisang tadi dan gulung kemas
lipas kedua-dua hujung daun pisang tadi
buat sampai habis...dan kukus..10 - 15 minit dah masak...
Sesekali buat lepat pisang ni...sedapnya.
Selamat mencuba.


Malaysia Negaraku Tercinta --- Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum....16 Septembet setiap tahun...dirai oleh seluruh rakyat Malaysia ..Hari Malaysia..pelbagai cara diabdikan untuk sambutan hari berkenaan..dan SAG menerima tempahan untuk dibuatkan kek Hari Malaysia berkenaan..

Kek senang dengan hiasan yang ala kadar...yang penting semoga dapat menceriakan sambutan Hari Malaysia dari iGrow dan pelatih-pelatihnya.

Kek saiz 24in x 17in dengan 32 biji telur dan tepung lebih kurang 1.8 kg...beratnya...memang tak timbang pun

Sangat gembira bila ada kawan-kawan yang bertanya macam mana boleh buat kemas dan licin atas kek tu.....terima kasih semua...
SELAMAT HARI MALAYSIA.

Monday, September 15, 2014

Kuih Koci.... Manis..Lemak.. Masin

Assalamualaikum....ni cerita petang kelmarin, kuih minum petang pilihan dik Im....tak sangka pulak bila ditanya nak kuih apa..dik Im boleh teringin kuih koci...selera orang lama juga yg menarik hati...kita mmg suka buat kuih-kuih macam ni pun ..tak de masaalah..tepung pulut..kelapa..daun pisang semua ada....cumanya nak tambah tepung pulut hitam sikit..ada caranya macam mana kita sediakan...

Dah lama juga tak buat kuih koci..tapi kuih macam ni tak susah mana pun nak sediakan ..yang penting inti nya mesti sedap..kelapa muda sikit dan cukup manis..santan kat luar tu juga mesti cukup lemak masin nya...tak sedar habis tiga empat biji...

Yang jadi masaalah bila kuih-kuih macam ni tak de sukatan tertentu..ikut je banyak mana nak buat...Cara SAG;          

1. Sediakan inti kelapa manis.
    Cara;
     Masak gula merah/kabung campur sikit gula putih daun pandan yg disimpul dengan sikit air..biar larut dan tapis.
     (air jangan banyak sangat).Masukkan dalam kelapa parut tadi..masak hingga agak kering..campurkan juga 2 sudu tepung
    jagung - biar nampak kental sikit supaya mudah nak dibulat-bulatkan.
    Sejukkan dan bulat-bulatkan..ketepikan dulu..buat ikut berapa biji kuih yg dikehendaki..lebihan inti boleh simpan.
   
2. Kulitnya.
    Tepung pulut putih (ikut brp banyak yg dikehendaki)
     1/3 cawan beras pulut hitam ...basuh ..masukkan dalam blender dan kisar dengan sikit air..tapis airnya
     Gunakan air tepung beras  pulut hitam ni untuk gaulkan dengan tepung pulut tadi.
     (ni kes tak de tepung pulut hitam)- kita akan dapat warna yg sama jika kita guna tepung pulut hitam.
      Gaul/uli sampai tak melekat di jari
     Bulat-bulatkan besar sikit dari inti yg kita bulatkan awal tadi. Leperkan dan letak inti..bulatkan kembali...buat sampai
     habis. Panaskan air hingga mendidih dalam periuk  masukkan bebola tadi masak hingga timbul dan angkat.

3.Bahan salutnya.
   100 ml santan kotak
   1 cwn air
   2 sudu besar tepung beras
   1/2 sudu teh garam
-----masak semua bahan ni hingga pekat.
-----masukkan bebola pulut tadi  dan sudukan atas daun pisang..bolehlah dibungkus kemas...kukus sekejap...biar betul-betul sejuk dulu dapatkan rupa yg cantik...kalau tidak bahan salutnya akan nampak cair tapi ok je..rasa tetap sama.
Lain sikit dari kuih koci biasa...
Selamat mencuba untuk dapatkan kelainan. Terima kasih kepada penyumbang idea...tapi kita ubahsuaikan ikut kesesuaian sendiri.

Sunday, September 14, 2014

Lompang Warna Warni....

Assalamulaikum...selamat petang...buat apa petang tadi,..ni kes tak de kerja lepas buat kek untuk si bongsu  nak buat pulak kuih lompang ni..saja nak try...selalu buat warna hijau pandan atau warna gula merah..ni kita tukar warna warni...rasa tetap sama..cuma warna je beza.

Masih ada rasa pandan, wangi pandan walaupun warna berbeza......

Resepi macam biasa...dah pernah letak kat SAG...tak de masalah nak taip semula..senang sangat. Bahan pun mudah dan tak banyak mana..cukuplah buat minum petang dua tiga orang. Macam mana nak dapatkan wangi dan rasa pandan asli..kena ikut cara SAG.
Bahan..
(Setengah dari resepi asal - menghasilkan 20 biji kuih lompang)
1/2 cawan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan
---masak sampai mendidih, sampai keluar aroma pandan

11/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1 cawan air
1 sudu teh air kapur
----campur semua bahan, dan tuangkan air gula beserta daun pandan tadi (biar suam), kacau semua dan tapis.

Cara.
bahan yg ditapis ..bahagikan kpd berapa bahagian warna yg dikehendaki..masukkan dalam acuan kecil dan kukus api sederhana...dalam air kukusan juga masukkan beberapa helai daun pandan. SAG tak de masaalah daun pandan ni..sebab mmg banyak pokok pandan kat rumah..
kalau nak mudah titikkan setitik dua perisa pandan yang jernih..tapi jgn lebih..nanti rasanya tak berapa sedap.
bila masak sejukkan betul-betul sebelum di keluarkan dari acuan.
Makan ngan kelapa parut yg digaul dengan sikit garam.


Terima kasih penyumbang resepi asal.

Kek Butter Warna Warni....Kegemaran Dik Im

Assalamualaikum...selamat pagi.....ni kek warna warni (permintaan Dik Im) minum petang kelmarin ..Setiap kali balik bercuti memang minta buatkan kek pelangi katanya..nak tambah sikit bahan lain pun tak mahu. Nak yang rasa asli..Dan bagi peminat kek begini mmg tak mau kalau ditambah apa-apa pun...

Bila diminta buat kek ni...cepat je maknya ke dapur keluarkan bahan-bahan ...kebetulan bahan memang ada...kalau tak diguna nanti takut pulak expired..selalunya SAG buatkan cara kek Ombak Rindu  tapi nak buat cara lain sikit pulak kali ni..Di sudukan je masukkan dalam tin kek ikut warna yg berbeza...(maaf ye kalau yang tak suka warna warni abaikan jer). Masih kekalkan cara Ombak Rindu...tapi tak berapa nampak garis coklat tu...

Resepi dan cara...masih gunakan resepi kek butter biasa, cumanya yg ni lebih lembut dan lebih moist...sbb... dengan beraninya tambah 50gm susu segar dalam adunan.
Bahan; Adunan kek  ni..kelmarin..dan selalunya SAG timbang bahan berdasarkan kepada berat telur tanpa kulit.
Tin yg digunakan 9in x 9in.
5 bji telur (265 gm tanpa kulit - sejuk keluar dari peti sejuk dan pukul sikit ratakan putih kuningnya)
Ketepikan dulu.

265 gm butter (kelmarin guna buttercup)
250 gm gula caster
----putar hingga kembang dan putih
     masukkan telur sikit sikit sambil putar agak laju..habiskan telur tu.

270 gm tepung kek (kelmarin tepung kek hanya ada 180 gm jer jadi dah campur 90 gm tepung gandum ros)
11/2 sudu teh baking powder
----ayak sekali
     masukkan tepung yg dah diayak ni dalam adunan butter yg dah kembang tadi - putar perlahan
50 gm susu segar
1/2 sudu teh vanila.
----kaup balikkan saja biar rata.
Bahagikan ikut warna yg disukai (ditegaskan sekali lgi kalau suka ye)..Sudukan dalam tin kek ikut warna berbeza..setiap sudu adunan diayak sikit koko powder atasnya. kalau tak letak pun tak pe. Buat hingga adunan habis.
Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing.
Selamat mencuba.

Saturday, September 6, 2014

Kaswi Pandan....Resepi Azlita Aziz

Assalamualaikum...dah minum petang..lama dah menyimpan resepi dari Azlita ni...petang ni baru ada kesempatan..sebenarnya dah banyak resepi kaswi..ada macam-macam..cuma teringin pulak nak cuba yg ni.,lebih-lebih lagi bila tengok bahannya tak banyak..cuma secawan tepung je,

yang ni mmg warna pandan asli..tak tambah pewarna pun..

Cara yg sangat senang...cuma bg SAG boleh dikurangkan gulanya sikit..agak manis. Izinkan SAG turunkan resepi di sini untuk rujukan rakan lain yg teringin nak buat..
BAHAN;
2 cawan air pandan..terpulang pada daun pandan tu sendiri SAG guna 2 helai je..dah cukup hijau dan wangi.
1  cawan tepung gandum (SAG guna tepung ros)
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan sikit bg yg tak suka manis)
1sb tepung ubi
1 sb tepung beras
1 sk air kapur.
------semua bahan ni diblender....tapis..dan boleh lah di kukus..
SAG mmg suka kukus dalam bekas kecik ni sbb cepat masak 10 minit dah masak...biarkan sejuk, bolehlah dikeluarkan.
makan ngan kelapa parut putih yg diletak sikit garam.
Selamat Mencuba.