Thursday, January 17, 2013

kuih kaswi....masih ada peminatnya



Assalammualaikum semua....salam Jumaat....sarapan apa hari ni....ini kuih orang lama yang sentiasa tertangguh nak buat. Bukan susah sangat nak buatnya, tapi tak tau kenapa sentiasa tak sempat...teringinnya dah lama, dan alhamdulillah siap juga pagi Khamis kelmarin dan dapat pulak dikongsi dengan bonda yang datang ke rumah mama. Kuih ni juga dah ramai yang mencuba..terima kasih kepada penyumbang resepi. Izinkan SAG kongsikan di sini pulak.
Bahan.
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir (kurangkan sikit )
5 cawan air
sehelai daun pandan -- simpulkan.
semua bahan ini dimasak dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
  cara
        Panaskan kukusan.
         campurkan kedua-dua tepung ni dengan semua air gula tadi... gaul rata dan tapis.
         kukus 30 minit.
         biarkan betul-betul sejuk...potong kecik dan gaul dgn kelapa parut putih yg dicampur sikit garam.

        Selamat mencuba......

Sunday, January 13, 2013

pink n apple green.........13.1.13 cantikkkk



Assalammualaikum......cupcakes hantaran 13.1.13...cantik tarikh ni.. Tk Adilla mencari SAG untuk melengkapkan hantaran pertunangannya. SAG cuba untuk buat sebaik mungkin . Selamat bertunang Adila dan Adrin, semoga bahagia selalu.

Thursday, January 10, 2013

pink n baby blue....juga pembukaan 2013


Assalammualaikum....ni juga sempat disiapkan malam tadi bersama ngan kek hantaran tu...tema yang sama. Tk  mengorder dari SAG. tk Pn. Nora.

Pembukaan 2013.....pink yang ceria


Assalammualaikum...dua minggu tak update blog rasa lama sangat...tak de cerita baru. Tak de tempahan baru. Memang sebenarnya sibuk sikit... nak buat persediaan anak nak kahwin tu yang tak ambik tempahan, tapi yang ni buat juga sebab dah janji awal, dan alhamdulillah ros SAG masih  menjadi dengan warna yang ceria. Terima kasih Natrah dan tk Pn. Nora. Kali ni gambar-gambar dari SAG biasa saja...dik Im tak de...dah balik asrama...kalau dik im ada mesti gambarnya jadi lain ..dik im tak sempat nak ajar maknya mengedit gambar....gambar dr kamera maknya pun tak cantik mana...kamera murah je...

Saturday, December 29, 2012

Tempahan terakhir 2012........tk semua

Assalammualaikum......ulang tayang je walaupun baru disiapakan..biskut dahan berhias. Biskutnya sedap ada campuran oat dan badam yang dikisar, didecorate dengan royal icing dan bunga kecik gumpaste. Puan Zubaidah tanya...bunga buat sendiri? Ye.. semua buat sendiri...dan anaknya laju je makan yang lebih...yang tak muat nak masukkan dalam kotak tu...dan komen spontannya...sedappp. Terima kasih puan.

Ni satu lagi biskut hantaran ulang tayang, tulip. Bukan tak de biskut hantaran yg lain, tapi bila dua-dua biskut ni dimuatkan dalam blog SAG, memang orang akan tertarik pada biskut ni je. Nanti kalau ada masa (bila tak tau) SAg akan cuba buat biskut yang lain pulak.
Dalam kesempatan menayang biskut tempahan terakhir 2012 ni, SAG nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang pernah menempah/mengorder dr  SAG. Kerana anda semua SAG berjaya menghidupkan blog ni dengan  biskut dan pelbagai rupa kek hantaran atau kek perkahwinan yg pelbagai  di sini.. Tak ketinggalan juga SAG nak mohon maaf jika ada yang terasa ada kekurangan atau jika sekiranya SAG tak dapat memenuhi kehendak anda..tapi kalau itu yg berlaku biasanya SAG akan cuba juga buat yang terbaik untuk semua. Dari segi harga...SAG sentiasa beri harga yang sangat berpatutan, boleh bincang lagi dan selalunya harga dari SAG adalah harga yang paling rendah di sekitar tempat kediaman SAG  ni. Sekali lagi terima kasih semua yang mengikuti blog SAG dan menyokong SAG, Selamat Tahun Baru 2013, semuga kita semua lebih sukses dan dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seterusnya di samping banyakkan beramal untuk bekalan di tempat yang satu lagi.  Jumpa lagi..............

Wednesday, December 26, 2012

Kek coklat strawberry berkacang.

Assalammualaikum semua.......dik Im kata macam gambar dalam majallah...sendiri tangkap gambar ..sendiri edit...dan sendiri puji...rasanya tak salahkan...itu gambaran kepuasan hati...tapi kerja dik Im mmg patut diberi pujian pun. Tk dik Im.

Baru dua hari lepas belikan kamera idamannya, hadiah 9A....dan lepas tu asyik tanya 'mak tak buat kek ke', nak ambik gambar dan nak explore kameranya....dan inilah hasilnya, cubaan demi cubaan dan google sana sini...dik Im akhirnya puas hati dengan kerja seninya.

Sedihnya lepas ni dik Im tak dapat lagi nak tolong mak edit gambar kat blog. Dik Im dah nak dihantar balik ke asrama, dan janjinya sebelum balik asrama nak ajar mak edit gambar. Macam biasa mak boleh ambik gambar cumanya nak belajar benda-benda baru ni lambat sikit....nanti gambar dalam blog SAG jadi macam biasa balik...tak de sentuhan seni dik Im. Cerita pasal kamera dan Dik Im.. lupa pasal kek ni...tk Anis order daripada SAG..kek coklat moist ada strawberry dan berkacang...ermmm sedap.

Tuesday, December 25, 2012

Biru... pilihan Pn Saniyah

Assalammualaikum semua.......tercapai sudah impian Pn. Saniyah nak buat kek  fondant. Perbincangan yang paling singkat. Hari Jumaat pagi telepon    berbincang sekejap...petangnya SAG confirmkan  dan  Isnin pagi terus datang dan terus mula operasi.

Bila ditanya warna pilihan.....spontan jawab nya ..biru, dan memang pilihan terbaik, hasilnya cantik manis je warnannya.

Pn. Saniyah bergambar dengan hasil yang dipelajari sehari setengan bersama-sama SAG. Pn. Saniyah nak belajar bunga yang kecik-kecik katanya....hanya nak buat cup cakes...tapi bila belajar dengan SAG semua ilmu pun diberi..mmg pakej SAG bermula dari A hingga Z.

.
Semua yang belajar dengan SAG akan membawa pulang satu set kek  kawin tiga tingkat, beserta cupcakes sekali..  SAG harap Pn. Saniyah gembira belajar di sini, nanti kalau ada apa-apa masaalh call saja ....SAG sedia beri tunjuk ajar. Tk puan.