Saturday, September 21, 2013

Terima kasih Pn. Vijaya..kelas 21 n 22.09.2013

Assalamualaikum....selesai sudah kelas fondant hari ni. Tk Pn. Vijaya....banyak cerita dengan Pn. Vijaya ni..sangat  berminat nak buat fondant dan tau SAG buat kelas hanya  dengan makluman dari kedai bakery je. Tak pernah tengok blog SAG...tak pernah bertanya apa-apa dari SAG tiba-tiba je bagi tau nak belajar....itu lah kalau dah minat...dan alhamdulillah kerana minat, apa pun senang menjadi.... 


Antara bunga yang dibuat...lily putik jagung...

Ros dua jenis....5 patel dan eye drop....dengan kudup dan daun sekali..

Pn. Vijaya pandai buat carnation...cantik

Buat juga daisy..blossom   .dan ajar bagaimana guna cutter..

Kek paling atas...ajar buat kek buah..mix fruit dijamin tak turun... sempat juga buat lebah...


Ni la hasilnya..SAG ajar juga nak cover kek..., nak melekatkan kek dan macam-macam design untuk menghias dinding kek ni....cuma kurang berjaya nak nampakkan imej India pada kek Pn. Vijaya..Tapi SAG percaya dengan kreativiti Pn. Vijaya, kek kawin Indian image akan terhasil..Sekali lagi terima kasih Pn. Vijaya sudi berguru dengan SAG>

Tuesday, September 17, 2013

Apam senang lagi....

Assalamualaikum...........sambung mengupdate  SAG....apam senang yang dibuat sebagai sarapan pagi Ahad lepas,  hari Ahad tu semua anak-anak ada, kawan-kawan Dik Lia juga ada termasuk juga bibik-bibik dua anak yg dah ada baby tu, jumlah semua isi rumah pagi tu 19 orang semuanya...alhamdulillah...seronok masak..menjamu anak menantu dan juga tamu...memang dari malamnya dah fikir nak buat apa agaknya  yang sekali buat tapi dapat banyak.....akhirnya dapat jawapan...buat kuih apam....dan yang utama pagi tu mee goreng...

Malam sebelum tidur dah cari bahan...tengok nasi lebihan makan malam habis....SAG masak nasi sikit...sebab dalam  resepi ni gunakan 2 cawan nasi sejuk.....jadinya apam ni guna nasi yg baru dimasak ...masa bangun pagi nasi masih panas dalam rice cooker.....lepas subuh terus adunkan bahan-bahannya....blendkan nasinya dan campur dengan tepung dan gula .....tinggal dulu sbb mauripan pulak tak de....ke pasar pulak, balik dari pasar masukkan mauripan dalam adunan ...nampak macam tak bergaul rata...sekali lagi bahan ni diblend dan perap pula dalam setengah jam....dan bila dikukus dalam bekas kecik-kecik ni cantikkk....kembang mekar jadinya....pernah buat dulu tak mekar macam ni...tapi tekstur masih lembut...dah ada kawan yg nak resepi SAG letakkan di sini sekali lagi;
Bahan,
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air
   diblend hingga halus nasi ni

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
11/2 cawan gula....kalau nak manis boleh tambah lagi...resepi asal 2 cawan
    ayak tepung, campur gula
1 paket mauripan
    campur semua bahan  ni dengan nasi yg diblend tadi.Perap 1/2 jam. Apa yg SAG buat ...bila dah campur cam ni ..di blend sekali lagi. kemudian baru perap .
Kukus dalam bekas kecik-kecik yg disapu sikit minyak, atau boleh je kukus dalam loyang .

Selamat mencuba...mesti puas hati dan kalau nak buat sikit bahagi dua sukatan tu...





Kek Hari Malaysia..........


Selamat Hari Malaysia
ke-50
16 September 2013.

Malaysia negara yang harmoni,
Keamanannya dihargai,
Keharmoniannya disyukuri.


kek sarang semut/lebah.....apa-apa pun boleh

Assalamualaikum......jumpa lagi kat selagiadagula...lama tak mengupdate, ni kek orang dulu-dulu, ada orang kata kek sarang semut..ada yg kata kek sarang lebah...apa-apa pun tak pe, janji sedap dan bila buat jadi sarang-sarang tu....dan sebenarnya dah lama sangat tak buat kek ni...tapi bila di tayang kat fb rakan-rakan, teringin pulak nak buat...

SAG memang ada resepi kek ni..tapi biasa le..bila nak buat ..cari...  mesti tak jumpa....bila hati dah teringin sangat nak buat, jadi terpaksa juga ambil resepi dari fb kengkawan hari tu. dan Alhamdulillah menjadi..tapi sekerat je jadinya...yang atasnya tak berapa nak ada lubang/sarangnya...tapi tak pe..rasa sedap...Hari tu sebenarnya juga  ada kawan-kawan Dik Lia datang..jadi buat untuk sarapan di samping buat bihun goreng....kalau nak cuba SAG kongsikan resepinya di sini;
Bahan.
250 gm gula
225 gm air
75 gm butter
     gula dicairkan, masukkan air, bila dah cair masukkan butter...biar sejuk../ buat gula hangus

125 gm tepng gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
    semua ni diayak dan ketepikan

4 biji telur dipukul hingga pekat dan gebu campurkan dengan
75 gm susu pekat - pukul lagi

bila adunan telur dah betul-betul kembang campurkan bahan yg diayak diselangselikan dengan air gula, kacau rata...masukkan dalam acuan yang disapu shortenig dan ditabur tepung. Untuk adunan ni SAG bakar je, tapi sebenarnya boleh juga dikukus. Terima kasih penyumbang resepi kat fb hari tu...asalnya dari Ziela Alias N9.

Wednesday, September 11, 2013

popcorn...manis n senang

Assalamualaikum...malam ni ..tak de kerja cari kerja..penat duduk saja hadap TV..tak de cerita lain, kemalangan bas lagi..kita boleh simpati je..selebihnya pada pemandu yang patut lebih berhati-hati...dalam dok mengomel tu...teringat pada jagung yang dibeli petang tadi..Dah lama dah Dewi minta belikan jagung ni..hanya petang ni teringat,, itu pun sebab lalu kat  sudut tempat rempah ratus bila pergi Mydin tadi...saja beli dua paket. Satu untuk Dewi satu lagi untuk sendiri, nak try  juga sbb dah lama tak buat..

Cuba juga call Pidah, sbb Pidah  yang mula buat dulu, tapi tak angkat pulak, tak pe lah ...SAG terus je tengok kat blog DTS, mmg betul ada..terus je ambil resepi dari situ dan terus ke dapur mulakan operasi buat popcorn ni..bukan nak makan pun...saja suka-suka buat...esok SAG bawa ke pejabat..dan yang pasti akan ada nanti yang minta resepi. Minta izin Che Mat.... SAG share kat sini pulak...

Senang sangat buatnya...tapi sebelum tu tengok bahan dulu...
Bahan;
1/3 cawan jagung (SAG guna jagung yg dibeli di Mydin je..jagung timbang)
1 camca besar mentega (agak-agak je...SAG guna buttercup)
21/2 camca besar minyak masak

Cara;
Panaskan mentega dan minyak masak dalam periuk yg agak besar (SAG guna rice cooker- tapi letak atas dapur gas ye). Bila dah panas, masukkan biji-biji jagung....tutup periuk (tu le guna rice cooker...senang ....dah ada tutupnye..), jagung ni akan meletup-letup...biarkan je...sampai habis bunyi..tutup api dan ketepikan.
Untuk caremelnya......
1/3 cawan gula
1 camca besar mentega
dalam kuali lain, cairkan gula tadi, kemudian masukkan mentega biar jadi warna perang sikit...bila semua dah cair masukkan semua bertih jagung tadi...kacau rata..bolehlah diangkat dan boleh le menikmati popcorn buatan sendiri.

Sunday, September 8, 2013

Terima kasih Pn. Arfah....harap berpuas hati

Assalamualaikum.....alhamdulillah selesai mengajar anak dara Pn. Arfah buat bunga-bunga gula ni.  Cepat belajar orangnya...walaupun tak banyak nak bercakap tapi tangannya ligat buat itu ini macam yg ditunjuk oleh SAG.

Kata Pn. Arfah....anaknya ni memang sangat berminat dengan bunga-bunga gula ni , selalu cuba-cuba buat sendiri dengan gum paste yang ready made...tapi tak pernah jadi bunganya...tu yang minta SAG ajarkan...Di atas tadi tu antara bunga-bunga yang berjaya dihasilkan oleh Nana anak Pn. Arfah...cantik kan... 

Masa buat bunga...memang suka sangat...terlebih-lebih bunganya....macam tu lah bila berada dengan SAG..semua yg kita tahu akan diturunkan pada yang berminat nak belajar..ini  Nana yang susun... gaya biasa yang selalu SAG buat, dan kali ni  SAG tunjukkan juga cara membuat huruf dari gum paste


Dan seperti biasa....sebelum dirangkai dan susun atas kek...bunga-bunga ni SAG akan gubah dulu dalam bekas-bekas kecil ni..antara bunga yang diajar..tentu sekali ros....2 cara satu guna cara 5 patel, satu lagi guna cutter 'eye drop', lily, blossom pun ada 3 cara, carnation, daisy dan tentu sekali ada daun....buat huruf juga...

Haaa....tu dia... hasil bunga Nana...., meriah sangat...siap dengan satu set kek tiga tingkat, kat sini SAG ajar macam mana nak cover kek tu..macam mana nak lekatkan kek dan nak letak kaki kek ....semua pun ajar dari A sampai Z, cumanya tadi Nana nak cepat...dan pemalu sangat orangnya..tak nak bergambar dengan kek yang dihasilkannya...


Harap Nana lepas ni boleh buat bunga dan boleh mula buat cupcakes bunga gula ni...kalau ada apa-apa masalah boleh call mak cik Siti...harap Nana berpuas hati sehari setengah kat dapur SAG..

Thursday, September 5, 2013

kek coklat lapis cheese

Assalamualaikum......bawa ke pejabat pagi ni...saja makan-makan..kek senang dan tak perlu banyak bahan untuk menyiapkannya...lagi pun memang  teringin lama dah nak buat kek coklat lapis cheese ..malam tadi baru berjaya disiapkan.

Minta maaf le ye..tangkap gambar ala kadar je....nak cepat..kalau beria-ria sangat nanti lambat pulak ke sekolah. Kek ni mmg sedap..lembut dan rasanya juga tak berapa manis..sedang-sedang je...cuma bagi SAG kalau lah nak buat lagi , mungkin resepi bagi kek coklatnya akan ditambah sebahagian lagi..sbb macam nipis je keknya..Resepi asal dari DTS terima kasih Che Mat..

Minggu ni juga tak de tempahan kek...tu yang ada masa nak mencuba kek-kek dari blog-blog masakan yang hebat-hebat ni...buat sekadar nak isi masa malam ...Ini gambar yang diambil kat sekolah tadi..dah habis separuh...kalau bawa kek..mesti ada yang bertanya resepi...jadi minta izin dari Che Mat untuk di share kat SAG.......
Bahan;
A.
1 cawan tepung gandum (SAG guna tepung rose)
3 sb serbuk koko
1 ct s/bicabonat
1/2 ct b/powder
semua bahan ni disatukan dan ayak - ketepikan dulu

B
2  biji telur A
1 cawan gula caster
1 ct vanila
secubit garam
semua bahan ni dipukul hingga kembang kemudian campurkan dengan

1/2 cawan susu cair (tak de dalam simpanan - SAG gunakan susu segar je)
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan air panas (takut nak letak air panas..SAG suamkan dulu air panas tadi)
-----mixer masih dengan kelajuan sederhana semasa bahan-bahan ni dimasukkan...
bila selesai masukkan bahan A...gaul rata dan bahagi 2 adunan tersebut.

Sediakan tin 8" x 8" lapik kertas..dan boleh kukus sebahagian kek tadi 15 - 20 minit. Sementara tu boleh sediakan untuk lapisan cheesenya.

250 gm krim cheese
60 gm gula
1 biji telur A
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air
---krimkan semua bahan-bahan ni sampai kembang dan tak bergentel

Bila kek dah masak, lapiskan dengan adunan cheese ..kukus lagi 15 - 20 minit. Bila dah cukup masa lapiskan lagi dengan adunan kek coklat bahagian kedua, kukus 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba bagi yang nak cuba hujung minggu ni.