Friday, November 29, 2013

kastad buahan campuran

Assalamualaikum.....melayan selera Dik Im..cuti sekolah macam-macam nak....kek pelangi belum buat lagi...

buat puding kastad...sebelum pergi sekolah...

senang sangat...nanti taipkan resepi...

Thursday, November 28, 2013

talam ubi kayu..

Assalamualaikum....talam ubi ni dah lama buat...baru malam ni sempat nak tayang kat blog SAG..saja letak...tak de yang baru pun..resepinya dah pernah letak di blog ni..rasanya masa puasa dulu..

Kuih talam ni di buat sebagai tambahan untuk mimum pagi cikgu-cikgu SMKRS yang rajin datang ke sekolah untuk mengacau bubur asyura  dua minggu lepas...sedap bubur asyuranya...tapi lebih daripada itu kita mengharapkan hubungan baik antara semua guru dan kerjasama dalam kalangan mereka ini dapat dikekalkan. banyak manfaatnya bila semua ahli dalam sesuatu organisasi itu saling berganding bahu antara satu sama lain..

Friday, November 22, 2013

apam coklat pisang

Assalammualaikum.....apam pisang ni dah buat lama dah...tak silapnya hari Selasa lepas untuk tambahan breakfast hari tu. Sebelum pegi pejabat tinggalkan dik Im ngan kawan-kawannya kuey teow goreng , apam pisang coklat ni ngan kek coklat cheese yang masih berbaki...selera budak-budak ni makan, suka buat makanan kalau ada orang yang habiskan..
Apam pisang ni cantik kejadiannya...cuma nampak buruk sangat atasnya ...sebab ditaburkan coklat rice ..ingatkan coklat rice tu tenggelam..tapi kembang atasnya...apa pun apam ni mmg sedap...dik Im tu bukan senang nak makan kuih ke..kek ke....tapi yang ni dia boleh makan..maknanya sedap le tu...Resepinyanya dah pernah letak kat SAG ni tapi tak pe lah kita taipkan sekali lagi untuk rujukan...
Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1/2 st soda bicarbonat
1/2 st b/powder
----ayak semua bahan ni dan ketepikan

1/2 cawan pisang yg sudah di hancurkan
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
----satukan semua bahan ni ..gaul guna senduk kayu je
      bila dah rata campurkan adunan tepung yg dah diayak tadi
      dah siap...sudukan dalam paper cup dan bolehlah dikukus...
Catatan.
      Semua sukatan guna cawan metrik..dan adunan ni hanya dapat 9 biji je..kalau nak banyak boleh doublekan resepi.
 

Wednesday, November 20, 2013

kek coklat cheese

Assalamualaikum .....rasanya semua orang pun tahu kek ni..kek coklat lapis cheese. Kek yang sangat senang nak disediakan dan rasanya pun sedap...teksture lembut..sesuai untuk semua..lebih-lebih lagi penggemar kek coklat, dan bila digabungkan dengan cheese memang sangat serasi rasanya. SAG buat untuk kali kedua..dan dibawa untuk minum pagi masa mesyuarat MPCK Perak pagi Selasa kelmarin.., bukan untuk promosi, tapi untuk dirasa bersama sbb ramai kalangan rakan-rakan yg tahu kita ni sll buat kek dan tayang gambar kek...ada kalangan rakan juga sll bertanya bila nak dapat rasa...tu la..bila ada ksempatan SAG buatkan.....


Untuk kek yg dibuat kali kedua ni SAG tambah setengah bahagian lagi untuk kek coklatnya..biar nampak tinggi sikit..Tin acuannya masih sama 8"x 8" x 3 "..Ok kita semak resepinya;
bahan dan cara
11/2 cawan tepung gandum
4 1/2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bicabonat
3/4 sudu teh baking powder
---ayak dan ketepikan dulu

3/4 cawan air masak suam
3/4 cawan susu cair/segar
3/4 cawan minyak jagung
----masukkan dalam mangkuk stainless steel kacau atas api dengan whisk sampai rata/bercampur rata saja, tak perlu panas sangat pun, dan ketepikan

3 biji telur B
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu teh vanila
----putar hingga betul-betul kembang

Bila dah betul kembang, masukkan adunan tepung selangseli dengan campuran susu, minyak dan air tadi
Bahagi 2 adunan ni sama banyak
alaskan tin..masukkan separuh adunan tadi dan kukus 25 minit
Bila dah masak...masukkan adunan cheese
Adunan cheese
250 gm krim cheese
60 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu besar air masak
1 sudu besar tepung gandum
----putar adunan ni hingga kembang.
kukus lagi adunan ini 20 minit
Bila cheese dah masak tuangkan lagi lebihan kek coklat tadi..kukus lagi 25 atau 30 minit.
Selamat mencuba.

Tuesday, November 19, 2013

rv persaraan


Assalamualaikum....hari tu masa tayang gambar kek bersara....keknya tak dipotong lagi....ni la rupa sebenar bila kek RV persaraan tu dipotong dengan hiasan sekuntum bunga dan sekor rama-rama...
Masa Hari Guru dulu ada guru yang tak sempat merasa....dalam majlis ni pun ada juga yang tak sempat rupanya....In sya Allah lain masa ye cikgu-cikgu.
Alhamdulillah...komen guru-guru katanya kek sedap sesangat...

Friday, November 15, 2013

Red Velvet..cream cheese frosting n bunga fondant

Assalamualaikum....pagi tadi selesai sudah majlis persaraan dua orang guru dan seorang kakitangan sokongan di sekolah SAG. Alhamdulillah majlis berjalan lancar...cuaca redup....macam turut sedih dengan sekolah yg akan kehilangan 3 orang penjawat awam yang sangat berpengalaman ini. Tahniah kepada ketiga-tiganya..yg  berjaya  berkhidmat selama 35 tahun, 32 tahun dan 36 tahun...waaaa terasa lamanya nak sampai ke tahap itu....

Bersara tak semestinya bersedih....ianya perlu disambut dengan syukur...,bersyukur sbb kita bersara dengan keadaan yg sihat...dan antara lain dalam ucapan SAG tadi  SAG nyatakan sebenarnya hari ini kita cuma bersara dari jawatan yg kita sandang shja..tapi mungkin esok kita akan mula pula dengan kerjaya baru...umumnya...persaraan adalah pengakhiran bg sesuatu dan permulaan kepada sesuatu yg lain...dan kita akan benar-benar dibersarakan apabila kita dijemput Yang Maha Esa ke alam lain nanti...

Bagi mengujudkan suasana ceria...pagi tadi dan jamuan di petangnya...tema yang dipilih adalah warna-warna ceria dan meriah ...tu la banyaknya warna kat bunga-bunga fondant SAG...dan sememangnya SAG suka buat bunga yg warna warni ...tapi sebelum itu nak juga buat kek bersara selain dari letak bunga-bunga ni ...tapi bila di ajukan ...nak buat itu tak sesuai..nak buat macam ni tak boleh....jadi buat je la bunga-bunga ni...apa=apa pun tetap cantik.....meriah dan ceria...dan keknya SAG buatkan kek Red Velvet..

Bila sorang demi  orang rakan dan staff yang bersara, maknanya masa untuk SAG juga tak lama lagi...in sya Allah masa itu  akan sampai jua....doakan SAG juga sihat apabila tiba saat itu....tapi rasanya tak nak le potong kek bersara yang dibuat sendiri pulak.......kepada Pn. Lim, Pn. Ruziah dan Pn. Hazami...Selamat Bersara semua..biar hilang di mata tapi di hati jangan.....semoga kita dapat jumpa lagi.

Saturday, November 9, 2013

chiffon pandan.....

Assalamualaikum....selamat pagi semua....balik dari taklimat kelmarin sampai rumah dah lepas maghrib...sebab solat maghrib dulu kat rumah mama...agaknya dalam pukul lapan kot...sempat lagi buat chiffon ni sebiji...dah lama nak buat sejak balik dari rumah mummy Afif lagi sbb Angah beli acuan ni kat Bagus Shah Alam...sebelum bg resepi kat angah SAG kena cuba dulu...takut tersalah sukatan...

Tapi alhamdulillah....walaupun resepi tulisan tangan tu dah kelabu dalam buku ..masih boleh dibaca..dan hasilnya masih macam dulu.....SAG buat juga malam tadi sbb pagi ni ada ramai orang kat rumah....kawan-kawan dik Lia ada....habiskan masa cuti ke Bukit Merah dan pagi ni nak balik UM...macam biasa juga kuih-kuih ni sebagai desert je...menu utama tetap nasi lemak...sambal ikan bilis...dan telur rebus....biar selesa dalam perjalanan

Sambil-sambil makan tadi...tanya Dik LIa..ingat ke cerita chiffon ni...dik Lia angguk-angguk kepala je...cakap ingatttt....SAG bagi tau kat kawan-kawan dik Lia...masa dik Lia sekolah rendah dulu..dia jual kek ni...terdiam depa dengar..dik Lia kata jual 30sen sepotong...hahaha...saja suka-suka je....kumpul duit jualan ni sampai boleh beli microwave......tapi dik Lia sedih sbb microwave tu rosak masa SAG pegi kursus.....

Tadi depa balik dah bekalkan sorang sebekas.....harap kawan-kawan dik  LIa seronok di Ipoh....ambik rambutan juga...kebetulan rambutan pun dah kuning...tapi belum banyak lagi....
Panjang pulak cerita pasal chiffon dan Dik Lia...ok kita semak resepi chiffon pandan...lama dulu dah pernah ada cerita chiffon kat blog SAG tapi tak letak resepi kot.....dan dah banyak juga resepi kat blog kawan-kawan...
Bahan dan Cara;
5 biji kuning telur
1/4 cawan santan pekat
1/4 cawan minyak masak
1/4 sudu teh warna hijau epal
1/4 sudu teh perisa pandan (jernih)
kacau rata semua bahan ni dalam satu bekas .

100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
Ayak dan ketepikan dulu

5 biji putih telur
150 gm gula kasar
1/4 sudu teh cream of tartar
sikit garam
semua ni dipukul hingga kembang - buat meringue

Cara
Bila putih telur dah cukup kembang..masukkan tepung selang seli dengan campuran kuning telur tadi
Kaup balikkan hingga rata., dan bolehlah dibakar..ikut kesesuaian oven masing-masing. SAG guna suhu 140 je dan bakar 25 minit dah cukup masak....
Catatan;
tin acuan tak perlu disapu apa-apa bahan minyak
panaskan oven dulu
tin acuan pun panaskan dulu
bila dah masak terbalikkan kek tadi
dah sejuk...sisip keluar dengan pisau tajam n nipis

Resepi asal dalam sukatan cawan....tapi SAG tukarkan dalam gm sbb dapat sukatan yg lebih tepat.
Selamt mencuba... in sya Allah jadi...jangan lupa baca bismillah.