Monday, January 17, 2011

sifu gula

Salam semua......inilah saya bersama sifu gula  cikgu Yun (pesara guru), sekarang dah berusia 72 th, masih gigih
buat kek, mendeco dan masih mengikuti trend2 baru dalam pembuatan kek ni. Cikgu Yun juga masih kuat untuk
mengajar sesiapa yang berminat nak mengikuti kelasnya. Mula mengenali cikgu Yun menerusi majalah SAJI Mei
1991, masa tu memang tercari-cari siapa yang blh ajar buat fondant kat Ipoh ni, sbb seblm tu pernah belajar dr
seseorang tapi tak menjadi, rugi duit ratus2, bila keluar je dalam majalah tu terus call cikgu Yun, cari kawan-kawan
yang berminat dan cikgu Yun pulak tu sudi nak ajar kami....Terima kasih cikgu. Malangnya sampai sekarang mungkin
saya sorang kot yang masih berhubungan dgn cikgu Yun, sbb tak dengar cerita kawan2 yang lain tu...masing2 ada
hal agaknya. sekali lg terima kasih cikgu. 

Sunday, January 16, 2011

Chiffon



salam semua..... chiffon ni ada cerita tersendiri.....byk  sebenarnya........tapi biarlah rahsia...........Yang ni sempat dibuat masa balik tengah hari Jumaat lepas 14.1. Dan bawa ke pejabat, minum2 petang sambil habiskan kerja hari tu. Tapi ramai yang terkejut mcm mana cepatnye buat.12.30 balik jam 2.45 dah siap panas2 bw ke pejabat.... bukan susah mana pun buatnye..
santan beli je...perisa pandan, pewarna pandan semua siap dalam botol....hari tu siap edarkan resepi lagi...........tapi biasa le
lepas tu kuih ke...kek ke.....tak de yang berani nak tunjuk kat kita balik.............tak nak lawan tokei kata depa.........

bukan hanya gula

Add caption

salam semua......teringin pulak nak makan laksa, hari tu beli tak sedap , banyak yang buang dr makan.
minggu ni anak2 balik, buat pun bebaloi, ada ramai yg nak makannya, kalau sorang2 mmg tak buat le. tapi bukan semua
pulak tu yg suka, so, kena pulak buat nasi goreng....sebenarnya pagi dah siap, kita ramai2 sarapan dgn laksa asam ni. Cuci
mulutnya buat pulak pengat nangka...., tu la tak boleh pergi market, macam2 nampak dan rasa mcm2 nak buat. Rajin seminggu sekali je....hari2 lain makan kat kantin sekolah jer............

Thursday, January 13, 2011

masak

salam semua...........bosan juga kalau tak masak ni... kalau masak sape pulak nak makannya... hari2 pun rehat
 je.........tengok semua siaran tv... balik dari sekolah makan je apa2 yang rasa nak makan....malam kita puasa...
tapi ni jadual  sementara sj...
 sebenarnya akan jadi sibuk bila anak2 dan hubby balik hujung minggu... dan sibuknya jadi berganda pulak bila ada tempahan dari rakan2....dan untuk cuti th baru cina mmg akan sibuk sakan.......ada kek untuk majlis bertunang. kek kawin...ada  cup cake, ada yg bertingkat ada tidak dan ada yang nak fondant ada juga nak krim biasa....
   tapi insyaallah semuanya akan direalisasikan...dan akan cuba buat yang paling cantik....
  sekarang ni sedang intai2 paten2 dari blog kengkawan.....
   tk...............

Sunday, January 9, 2011

hari ahad

salam semua.....
selalunya..hr sabtu hr ahad adalah hr yang paling sibuk kat dapur..anak-anak balik..hubby balik.
tapi tak untuk minggu ni..tempahan pun tak de.. Sebenarnya sabtu ada anak sorang tu balik tapi bawa kwn jadi masak sikit je..ptgnyanya bw budak2 tu jalan-jalan maklum bukan org ipoh. Malamnya bw makan kat mee rebus ramli..
Hari ahad pagi2 buat nasi lemak, sambal udang, ikan bilis goreng, telor rebus dan buat juga cekodok pisang (jiran bg pisang yg dah masak ramun) , anak n rakannya nak balik UM pagi...suruh bw bekal tak nak...
Hubby pun nak cepat, nak ke Kangar..ktnya .
Bila semua org dah pegi, kita pun mula operasi...kemas dapur...tak masak tengahari dah, makan je nasi lemak pagi tadi...Sampai jam 5 ptg, orang mesen rumput datang...mula lah cerita suspen...cari kunci kereta bagai nak rak..nak alehkan krt....baru teringat hubby pinjam kereta ptg sabtu tu... terus call...rupanya mmg betul, kunci jazz  sy di bw bersama ke Kangar..........alahai..........esok kerja cam mana..
kenalah anak sedara, hantar esok pagi...adik ipar tak pasal2 kena tunggu bas dr kangar kat medan gopeng pkl 12 mlm ni....terima kasih kpd yang membantu... .kepada en hubby.... kalau dah guna kereta kita tu, kunci jgn simpan dalam poket ye....
Ok.. nak nonton anugerah juara lagu....

Wednesday, January 5, 2011

kek buah

salam semua, ni le rupanya kek untuk semua kek fondant sy....yang ni saja2 buat sbb tiba2 je en. suami teringin nak
bawa balik ke Putra Jaya,....


Tuesday, January 4, 2011

maaf...sibok sikit dua tiga hari ni....

assalammualaikum, dah mula buka sekolah,  sibok..,tapi kek dan bunga masih boleh buat lagi...pandai-pandai le bahagikan masa. kadang-kadang tu sanggup minum milo dan makan roti je....Dan yang pentingnya badan sentiasa rasa sihat dan perut sentiasa rasa kenyang bila buat bunga-bunga gula tu....tambah-tambah lagi bila bunga yang dibuat tu menjadi dan  nampak cantik.(pandangan mata saya le...mungkin orang lain pandang tak cantik mana pun).
       minggu pertama tahun baru ni, sebenarnya dapat juga tempahan kek, berusaha untuk penuhi tempahan tu..tapi ada cerita tak sedap di sebaliknye..nanti le bila senang boleh cerita..
       Anak-anak semua dah balik,  ada yang ke U dan yg kecik ke SBP, sunyi pulak rasanya..  Malam-malam macam ni, dah habis semua urusan wajib baru ada masa nak jengok-jengok blog tokei-tokei kek, nak intai-intai paten-paten baru untuk kek-kek seterusnya..jangan marah ye....
       Sampai sini dulu...bye..wassalam.