Monday, January 31, 2011

bunga biru....




Salam semua.... kek hantaran biru ni siap malam tadi, org nya nak ambil awal pagi...alhamdulillah.. dia suka sangat, dan katanya nak dibawa ke Perlis pagi ni. Hati-hati dalam perjalanan..Semuga selamat semuanya. Amin.

Sunday, January 30, 2011

puding cendol


salam semua......hari ni kat pejabat staf buat makan2, biasa le cuti sekolah...kantin tutup. sy pun menyumbang
setalam puding cendol sebagai pencuci mulut. Dah lama tak buat puding ni......sll buat masa bulan puasa je...tapi puasa baru ni pun tak larat nak makan.... nak masak jauh sekali.....Kepada Alin yg nak resepiiii,

Bhgn bawah;
500 ml air
160 gm gula pasir
1 sudu besar agar2 serbuk
 masak semua ni.. bila mendidih masukkan ;
150 ml susu segar
150 ml santan yg biasa
atau  150 ml santan pekat
150  ml air
1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan susu atau santan tadi- kacau sampai mendidih
200 gm cendol yg telah ditoskan
bila cendol dah dimasukkan, tutup api - tuang dalam loyang 9" x 9" biar keras.

lapisan atas.

200 gm gula melaka
50 gm gula pasir
1 sudu besar agar2 serbuk
500 ml air - didihkan semua ni dan tapis
masukkan,
150 ml susu segar
150 ml santan biasa
atau
150 ml santan pekat
150 ml air
1 sudu besar tepung jagung yang telah dikacau dgn santan tadi.
kacau hingga mendidih, angkat dan perlahan2 tuang atas lapisan bawah yang telah keras, sebelum tu lapisan bawah digaru2 dgn garpu supaya bila keras elok lekatnya.

selamat mencuba, dan minta maaf....tak pandai nak menaip panjang2 ni....mungkin banyak kesilapan.

cup cake








salam semua jumpa lagi....... cup cake ni bunga pinjam. Bunga2 ni sebenarnya untuk kek hantaran esok, 1.2.2011.
Tapi sebelum letak atas kek besar, kita letak atas kek2 kecik ni dulu. Saja suka-suka mendeko, lepas tu ambik gambar.
Seronok rasanya bila tengok gambar2 kek yang dah dihias cantik......

kek hantaran hijau




salam semua.....kek ni tempahan 28.1.2011.   Minggu lepas mmg byk kerja, tapi tak  mau  hampakan  permintaan
orang, jadi kita buatkan juga lah. Tu lah jadinya bunga besar....cepat dapat penuhkan sebijik kek. Apa pun terima
kasih banyak2 dan harapannya semuga org yg menempah berpuas hati....

Wednesday, January 26, 2011

Add caption


salam sekali lagi, ni juga kek yg dibuat disember baru ni. baru perasan tak de lagi.....
terima kasih pada pengantin yg menempah... selamat pengantin baru.

kek hari lahir 1.1.2011

salam semua,..... sebenarnya ni kek hari lahir 1.1.2011, patutnya dah lama publish, tapi sorry  le, baru teringat dan ada masa. terima kasih kpd yang meng oder. Ni juga kek pembukaan tahun 2011, harapnye cerah la... secantik dan semanis
ros atas kek tu. Dah lama  tak buat ros.....tak sabar nak tunggu cuti tahun baru cina nak buat kek dan nak mendeko
kek tempahan rakan-rakan. Tk semua.


Tuesday, January 18, 2011

kek coklat 1.



salam semua,.....tiba2 je kak ngah dari syah alam teringin nak  kek coklat,  jumaat  malam terus buat, pagi sabtu tu
letakkan toppingnye...dan biasa le..sebelum dihidang kat meja makan kita berposing dulu. satu masa dulu kek ni
juga dijual kpd rakan2 yang berminat.......sampai sekarang pun masih ada peminatnya. Terima kasih semua.