Thursday, March 3, 2011

merun lagi.....




Assalammualaikum..... cup cakes ni ditempah oleh orang yang sama... tema warna merun.... katanya tak nak bunga ros, jadi kita buatkan la bunga ni... tak tau nama bunga apa... yang penting nampak cantik...Terima kasih menempah pada SelagiAdaGula....

merah + hitam = merun



Assalammualaikum......alhamdulillah hari ni dapat menyiapkan kek hantaran warna merun ni. Tak pernah lagi rasanye buat warna ni ...memang teruja sangat nak tengok hasilnye...memang cantik.(pada saya le...) tambah lagi dengan kombinasi ivory...sweet sangat. Terima kasih pada Puan .....yang beri kepercayaan pada sy untuk buat ni semua. Harap puan suka. Pening juga nak fikirkan design lain dr yang pernah saya buat...hanya ni yang simple dan yang terfikirkan...tk sekali lagi.
 

Saturday, February 26, 2011

two thumbs up...




Assalammualaikum.....Alhamdulillah .akhirnya dapat juga menyiapakan kek bertingkat sebagaimana yang dihajatkan pengantin, tak la dapat serupa 100 peratus sebagaimana yg digambarkan, tapi mungkin hampir sama, harap pengantin dan pasangan gembira dengan kek ni, dan semuga kehidupan kedua-duanya manis semanis gula selamanya. Nak siapkan ni tak berapa nak lena tidur...siang malam teringat-ingat...sampai terpaksa ke Sugarflour, ICCA cari barang....dan seronoknya pergi sampai beli barang yang tak tau nak guna pun ada....dan mungkin yang sebenarnya banyak lagi ilmu gula ni yang kena belajar. Bila intai2 kedai2 kek besar-besar kat sana terasa sikit sangat ilmu yang ada. Apa pun syukur pada Tuhan dianugerahkan sikit bakat dan kemahiran dalam ilmu gula ni. Terima kasih pada pengantin...kerana anda berdua SelagiAdaGula berjaya menyiapkan kek setinggi ini. Gambar ni diambil di Dewan SUK Perak dan yang berbunga pink tu..biasa le bergambar dulu di rumah dengan apa-apa bunga yang ada. Tk semua. 

Thursday, February 24, 2011

ros merah






Assalammualaikum semua....... alhamdulillah hari ni  siap juga sebiji kek  bunga merah ni,  orang yang menempah nak ambil   petang ni.....nak cuti tak boleh.. kat sekolah ada program....so, tadi pagi bangun jam 4.30 pagi jam 6 pg siap dan 7.13 pagi dah sampai sekolah...aduiiii kerana minat buat juga kek dan bunga.....Harap kak Ani suka dengan warna ni, walaupun warna yang diminta tak berapa nak jadi....Rasa dah jemu juga dgn patten ni tapi masih ada orang yang berminat, kita buat je....Terima kasih Kak Ani kalau ada apa-apa program boleh tempah lagi.

Wednesday, February 23, 2011

kek pink comel





Assalammualaikum......lama tak jumpa kat sini, maklum le... jumpa bila ada tempahan dari rakan-rakan je..
maknanye kalau tak de tempahan kita pun diam le... buat kerja-kerja pejabat yang tak habis-habis. Minggu ni kalut le sikit sbb ada satu dua tempahan... tapi rasa jemu le pulak ...warna pink juga jadi pilihan. Yang pink comel berselendang panjang ni ditempah oleh pemilik kedai kat Taman Jati untuk majlis pertunangan adiknya. Saja buat kelainan letak selendang panjang...tapi bukan senang juga nak buatnye....yang penting dah siap nampak cantik dan sweet dipandang. Terima kasih atas tempahan ni...



aption

Monday, February 7, 2011

ros putih



Add caption
Salam semua....dah lama sangat nak buat bunga ros 5 patel ni, tapi tak de orang sudi nak ajarkan, ada org nak ajar tp kena tunggu le pulak....mana boleh, kalau dah nak sangat tu tak boleh tangguh-tangguh lagi, kita pun cari kat you tube....ada...seronok sangat.... Balik sekolah semalam cuci tangan terus ambik gula yang 
lebih-lebih tu...terus buat....hasilnya tidak mengecewakan....lepas ni ros kita akan berubah bentuk le....tp rasanya ros ni sesuai utk cup cake je...sbb saiznya yg comel...akan diusahakan cari acuan yg lebih besar.Tk kat kecanggihan teknologi hari ni...