Tuesday, March 8, 2011

blossom pandan comey....

Assalammualaikum....selamat petang semua....lambat masukkan gambar ni. Sebenarnya blossom ni buat balik sekolah petang semalam. Saja buat...bukan nak makan sangat pun.....saja nak test power... ada ceritanya. blossom ni dulu2 buat...resepi dah di bagi... tapi orang yang membuatnya kata tak menjadi....so kita nak try ...betul ke tak jadi....., tengok le hasilnya..berbaloi-baloi...tersenyum megah...cantik dan comel lagi...

Thursday, March 3, 2011

merun lagi.....




Assalammualaikum..... cup cakes ni ditempah oleh orang yang sama... tema warna merun.... katanya tak nak bunga ros, jadi kita buatkan la bunga ni... tak tau nama bunga apa... yang penting nampak cantik...Terima kasih menempah pada SelagiAdaGula....

merah + hitam = merun



Assalammualaikum......alhamdulillah hari ni dapat menyiapkan kek hantaran warna merun ni. Tak pernah lagi rasanye buat warna ni ...memang teruja sangat nak tengok hasilnye...memang cantik.(pada saya le...) tambah lagi dengan kombinasi ivory...sweet sangat. Terima kasih pada Puan .....yang beri kepercayaan pada sy untuk buat ni semua. Harap puan suka. Pening juga nak fikirkan design lain dr yang pernah saya buat...hanya ni yang simple dan yang terfikirkan...tk sekali lagi.
 

Saturday, February 26, 2011

two thumbs up...




Assalammualaikum.....Alhamdulillah .akhirnya dapat juga menyiapakan kek bertingkat sebagaimana yang dihajatkan pengantin, tak la dapat serupa 100 peratus sebagaimana yg digambarkan, tapi mungkin hampir sama, harap pengantin dan pasangan gembira dengan kek ni, dan semuga kehidupan kedua-duanya manis semanis gula selamanya. Nak siapkan ni tak berapa nak lena tidur...siang malam teringat-ingat...sampai terpaksa ke Sugarflour, ICCA cari barang....dan seronoknya pergi sampai beli barang yang tak tau nak guna pun ada....dan mungkin yang sebenarnya banyak lagi ilmu gula ni yang kena belajar. Bila intai2 kedai2 kek besar-besar kat sana terasa sikit sangat ilmu yang ada. Apa pun syukur pada Tuhan dianugerahkan sikit bakat dan kemahiran dalam ilmu gula ni. Terima kasih pada pengantin...kerana anda berdua SelagiAdaGula berjaya menyiapkan kek setinggi ini. Gambar ni diambil di Dewan SUK Perak dan yang berbunga pink tu..biasa le bergambar dulu di rumah dengan apa-apa bunga yang ada. Tk semua.