Wednesday, August 24, 2011

biskut dahlia.......cantik




Assalammualaikum semua.........biskut dahlia ni dah buat dari 2 adunan yang berbeza, sbb nak cari biskut dahlia yang bonda pernah buat dulu-dulu...tapi tak dapat lagi rasa yang sama macam tu...dah dapat satu lagi resepi nak cuba juga...sampai dapat rasa macam mana yang dulu-dulu punya....resepi dari bonda entah ke mana hilangnya...ingat lagi..resepi tu dalam tulisan jawi.....guna sukatan tin, butternya guna GC yg dah haram tu...kuning telur pun guna banyak juga.....eeee mana dia menyorok...
Biskut dahlia yang dah dibuat ni pun ok juga tapi masih tak menepati cita rasa..., kita semak resepinya
Bahan;
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula icing
2 biji kuning telur
2 sudu susu pekat
Butter ikut lembut
Cara;
Campur semua bahan, uli ikut lembut dan bila dah cukup lembutnya bolehlah di picit gunakan acuan dahlia.
Insyaallah tak kembang bila dibakar.
Selamat mencuba.

tat nanas gulung.....................gebu n sedap

                                           berderet macan askar nak pergi perang......ni belum bakar lagi

dah bakar....
Assalammualaikum semua.......dah  buat biskut raya, dah tentu kan....maklum tinggal beberapa hari lagi untuk kita semua sambut aidil fitri. Tak sabar rasanya nak tunggu cuti Sabtu dan ahad nak sambung lagi buat satu dua jenis biskut yang senang-senang...nak juga bawa balik kampung sebagai buah tangan kat bonda....walaupun bonda tu tak berapa suka nak makan biskut-biskut moden ni, tapi kita tau bonda mesti kembang  hatinya bila tengok cucunya nanti susun biskut raya ni dalam balang kuihnya dan susun atas meja...
Sedih la pulak bila ingat suasana ni... setahun sekali je keadaan macam ni.....ok, tak boleh melalut panjang,
kita bicara pasal biskut ni.....tat ni macam dah wajib ada masa raya.....anak-anak pun dah mula suka makan,
kalau dulu tak pandang pun tat ni.....buatnya tak susah...inti pun beli je...cuma nak sabar sikit bila nak bujurkan intinya......masih tak jumpa alat nak bantu...buat cara manual lagi....
Bahan;
2 biji butter
3 biji kuning telur
100 gm gula icing
1 sk vanila
Semua ni dipukul kembang/gebu
kemudian masukkan
750 gm tepung rose
50 gm tepung jagung
yang telah diayak.
uli sampai boleh dibentuk, adunan lembut je....tutup adunan dengan tuala lembab bersih semasa membentuk tat ni - untuk elakkan adunan keras,
tekan panjang lebih kurang 2.5 inci, letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan dan gulung.
Sebelum dibakar, sapukan kuning telur. Bakar dengan api sederhana, ikut kesesuaian oven masing-masing.
Maaf lah ye...tak pandai nak mengajar kat blog ni, tapi kalau dah biasa buat biskut mesti boleh ikut, cuma susah sikit bagi yang baru nak belajar..
Selamat mencuba.

Tuesday, August 23, 2011

Sagu gula melaka.............versi SelagiAdaGula



Assalammualaikum semua.......satu lagi pemanis berbuka puasa kelmarin.....sibok macammana pun satu jenis juadah mesti buat juga...nak cerita sikit...kelmarin habis meeting 5.10 ptg...entah apa yg dibincangkan pun tak tau......nak juga buat benda ni sbb tengok kat tv hari tu senang sangat...tapi tak jadi pun macam tu....habis meeting pergi kedai beli barang nak masak  berbuka lagi...., kita masak koboi je..., sampai rumah macam orang nak perang....terus solat asar...6.30 petang baru mula operasi ....azan mahgrib Alhamdulillah siap semua
......ok... kita tengok macam mana buat sagu ni...pernah juga letak kat sini dulu sagu gula melaka warna merah tapi cara lebih kurang je...
Bahan.
Sediakan air gula melaka campur gula putih, biar agak pekat sikit - ketepikan dulu.
100 gm sagu biji kecil
500 ml air
caranya; basuh sagu, dan toskan...., didihkan air, bila dah mendidih masukkan sagu tu...kacau selalu sampai sagu jernih..tutup api dan tutup periok rapat-rapat...agak-agak 5 minit buka semula dan kacau sekali lagi.
Untuk adunan putih;
200 ml air didihkan.
1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sikit air
Bila air mendidih , masukkan tepung jagung tadi. kacau lagi juga sampai mendidih dan perlahan-lahan masukkan 200 ml susu cair.kacau lagi.Jangan lupa garam...masin sikit....terasa lemaknya.
ok...dah siap....
Sediakan mangkuk kecik atau gelas atau apa-apa bekas yang sesuai.
Tuangkan sikit saja gula merah, msukkan 2 atau 3 sudu makan sagu dan perlahan-lahan tuang adunan susu di atasnya....nanti dapatlah hasilnya macam dalam gambar tu...atau mungkin lebih baik.
Selamat mencuba.....tak pandai nak ambik gambar macam Masam Manis dan tak pandai nak berkata-kata macam Chef Mat Gebu...maaf semua, saja usik Pn. Azlita dan En Mat.

bubur caca, keladi n keledek.........


Assalammualaikum semua........ni juadah berbuka Ahad lepas.... nak kongsi juga kat sini, kongsi tengok je...sbb ada kawan-kawan yg dah tak tau nak masak apa di minggu-minggu terakhir ramadhan ni, boleh lah untuk dapatkan idea bagi yang suka pada makanan manis-manis ni. Bahan-bahan ni semua ada dalam peti ais, nak clearkan peti ais jadi kita campur je apa yang ada.
Bahan;
Keladi (lebihan pengat keladi hari tu)
Keledek - juga jumpa seketul dalam peti ais
Semua ni bersihkan dipotong dadu dan dikukus sampai empok
Sikit caca - rendam dan rebus juga sampai kembang
Ketepikan semua bahan ni.
Sementara tu masakkan santan, masukkan simpulan daun pandan, gula putih sikit dan air gula melaka (yg ni mmg ada dalam peti ais)
Bila santan ni dah mendidih masukkan bahan-bahan yang dah disediakan tadi, masukkan juga sikit garam. Kacau sll hingga mendidih sekali lagi. Bolehlah diangkat..dan sedia untuk dihidang sebagai juadah berbuka.
Selamat mencuba....dan maaf buat bubur ni tak de sukatan tertentu, terpulang pada brp banyak nak buat dan ikut cita rasa sendiri....

kuih tepung gomak.....klasik betul nama dia...



Assalammualaikum semua........satu lagi kuih tradisional..yang namanya mmg pelik sungguh, tak tau pulak kenapa nama tu diberi pada kuih yg sedap ni....kalau sape-sape yang perasan sebenarnya kita asyik buat kuih berasaskan tepung pulut je....ni kes nak habiskan tepung tu le....masa beli hr tu tak de paket kecik...semua paket 1 kg...., nak buat punya pasal kita beli juga. Pasal kuih ni...anak bujang yang sorang tu mmg sukakannya. Sabtu lepas dah lewat sangat, buat juga...dia yang tolong....tu le dah jadi ada besar...kecik
Kita tengok cara buatnya.
Macam biasa, buat inti kelapa, sejuk dan ketepikan
Ada juga yang masukkan kacang hijau yg direbus bersama kelapa.
Kulitnya,
tepung pulut gaul dengan air campur garam sikit, gaul rata sampai boleh dikepal
Tepung kacang hijau bergoreng (ada jual kat kedai runcit)-untuk salut

Cara
Ambil sikit tepung tadi, leperkan dan masukkan inti...tutup semula bulat-bulatkan dan leperkan. Buat sampai habis. Sementara tu panaskan air sampai mendidih, bila mendidih masukkan tepung tadi dan angkat bila dah timbul. sejukkan sekejap dan gaul pulak dengan tepung kacang hijau tadi.. ok dah siap.

Selamat mencuba....

Monday, August 22, 2011

Badak berendam......versi SelagiAdaGula




Assalammualaikum semua.....dah 22 hari kita berpuasa hari ni...alhamdulillah, di samping tugas rutin harian dan dalam rasa tak cukup masa, kita masih mencuri-curi masa untuk buatkan juadah berbuka hari Sabtu yang lepas. Hujung minggu je la semua anak n menantu dapat berkumpul...berbuka sekali. Maknye buatkan lagi kuih tradisional untuk semua.... sebab depa ni suka kuih-kuih yang macam ni....Tapi tak serupa macam badak berendam macam orang lain buat....kepada yg nak cuba boleh ikut resepi kat sini....
Bahan;
 Sediakan inti terlebih dahulu- macam inti kuih koci, sejukkan dan bulat-bulatkan

 Sediakan daun pisang secukupnya....buat sampan, macam kuih limas/tepung pelita
 Kalau tak de daun pisang tak de masalah....boleh je guna mangkuk kecik..

 Tepung pulut
 Air campur garam sikit
 Gaul dan buat doh yang lembut.

 Adunan tepung,
 1/2 cawan santan pekat
 1/2 cawan air
 sikit garam
 1 sudu sedang tepung beras
 bancuh semua ....ketepikan
Cara;
Ambik sikit doh ...leperkan ...letak inti dan tutup semula. Masukkan dalam bekas daun pisang tadi. Atau susun dalam mangkuk/ bekas-bekas kecik. Buat sampai habis. Susun dalam periok kukus.
Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, tuangkan adunan tepung tadi, menutupi 3/4 bulatan tepung pulut. bolehlah dikukus 6 - 7 minit.

Minta maaf, kalau badak berendam ni dah diubahsuai. Yang penting rasanya tak berbeza.
Selamat mencuba.