Saturday, February 26, 2011

two thumbs up...




Assalammualaikum.....Alhamdulillah .akhirnya dapat juga menyiapakan kek bertingkat sebagaimana yang dihajatkan pengantin, tak la dapat serupa 100 peratus sebagaimana yg digambarkan, tapi mungkin hampir sama, harap pengantin dan pasangan gembira dengan kek ni, dan semuga kehidupan kedua-duanya manis semanis gula selamanya. Nak siapkan ni tak berapa nak lena tidur...siang malam teringat-ingat...sampai terpaksa ke Sugarflour, ICCA cari barang....dan seronoknya pergi sampai beli barang yang tak tau nak guna pun ada....dan mungkin yang sebenarnya banyak lagi ilmu gula ni yang kena belajar. Bila intai2 kedai2 kek besar-besar kat sana terasa sikit sangat ilmu yang ada. Apa pun syukur pada Tuhan dianugerahkan sikit bakat dan kemahiran dalam ilmu gula ni. Terima kasih pada pengantin...kerana anda berdua SelagiAdaGula berjaya menyiapkan kek setinggi ini. Gambar ni diambil di Dewan SUK Perak dan yang berbunga pink tu..biasa le bergambar dulu di rumah dengan apa-apa bunga yang ada. Tk semua. 

Thursday, February 24, 2011

ros merah






Assalammualaikum semua....... alhamdulillah hari ni  siap juga sebiji kek  bunga merah ni,  orang yang menempah nak ambil   petang ni.....nak cuti tak boleh.. kat sekolah ada program....so, tadi pagi bangun jam 4.30 pagi jam 6 pg siap dan 7.13 pagi dah sampai sekolah...aduiiii kerana minat buat juga kek dan bunga.....Harap kak Ani suka dengan warna ni, walaupun warna yang diminta tak berapa nak jadi....Rasa dah jemu juga dgn patten ni tapi masih ada orang yang berminat, kita buat je....Terima kasih Kak Ani kalau ada apa-apa program boleh tempah lagi.

Wednesday, February 23, 2011

kek pink comel





Assalammualaikum......lama tak jumpa kat sini, maklum le... jumpa bila ada tempahan dari rakan-rakan je..
maknanye kalau tak de tempahan kita pun diam le... buat kerja-kerja pejabat yang tak habis-habis. Minggu ni kalut le sikit sbb ada satu dua tempahan... tapi rasa jemu le pulak ...warna pink juga jadi pilihan. Yang pink comel berselendang panjang ni ditempah oleh pemilik kedai kat Taman Jati untuk majlis pertunangan adiknya. Saja buat kelainan letak selendang panjang...tapi bukan senang juga nak buatnye....yang penting dah siap nampak cantik dan sweet dipandang. Terima kasih atas tempahan ni...



aption

Monday, February 7, 2011

ros putih



Add caption
Salam semua....dah lama sangat nak buat bunga ros 5 patel ni, tapi tak de orang sudi nak ajarkan, ada org nak ajar tp kena tunggu le pulak....mana boleh, kalau dah nak sangat tu tak boleh tangguh-tangguh lagi, kita pun cari kat you tube....ada...seronok sangat.... Balik sekolah semalam cuci tangan terus ambik gula yang 
lebih-lebih tu...terus buat....hasilnya tidak mengecewakan....lepas ni ros kita akan berubah bentuk le....tp rasanya ros ni sesuai utk cup cake je...sbb saiznya yg comel...akan diusahakan cari acuan yg lebih besar.Tk kat kecanggihan teknologi hari ni...

Friday, February 4, 2011

bunga kuning...



 Salam semua...dalam kelam kabut siapkan minum pagi, pagi tadi siap juga kek-kek comel ni....kek ni dik lia nak bw balik untuk anak-anak sedaranya yg dtg dari KL, tp depa semua ada kat rumah opahnya....jarang sekali dapat buat bunga kuning... ini terlebih rajin..., bahan-bahan lain pun ada... kita buat je...

hari jadi cucu angah.....




Salam semua n selamat pagi....pagi ni sempat lagi siapkan kek birthday untuk cucu angah....lama bebeno tak mendeco kek budak2 ni...tengok blog kengkawan..n copy ...terima kasih idea...tapi lupa plk dari blog mana.
Halalkan ambik idea tu ye....kita ni biasa buat bunga... tetiba minta buatkan kek budak....susah beno nak dtg ideanye....tk angah...kerana Umar kita boleh buat kereta n keretapi.....

merah kesumba....


Salam sekali lg.....suka sebenarnya bila sebut merah kesumba......jumpa perkataan ni dalam satu buku menghias kek....jadi kita pinjam guna....sebenarnya nak buat bunga guna daisy veiner...yang di poskan
oleh Ida dr Penang..TAPI susah sebenarnya....maklum kita bukan pergi kelas untuk buat bunga ni....
ikut suka jari je nak jadi bunga apa...asal rupa bunga dah....Jadi sape-sape tahu cara guna daisy veiner
tu boleh tak turunkan ilmu nak buat daisy yang cantik....macam dalam buku-buku hiasan kek tu....
Bunga merah ni...untuk cupcakes ...yang ditempah oleh Su..., terima kasih...dah diletak atas kek kecik tu
cantik je....

manisnya pink



Salam semua....bunga ni disiapkan sehari sebelum keknya dibuat, sllnya tak macam tu, tapi minggu ni
sibuk sikit, kerja sekolah pun banyak..jadi buat bunga cukup-cukup je, kira betul-betul brp kuntum nak
guna.....kudupnya brp....bunga kecik brp...yang sedang brp...bunga besar nya berapa.....daun pun kira
brp nak buat....spy tak membazir dan satu lagi nak jimat masa...buat yang betul2 nak digunakan sj......
Dan biasa le...bila dah siap....kita bakulkan , gubah lebih kurang dan yang penting ambik gambar utk buat tatapan sendiri..... leganya hati bila tengok hasilnya......alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan sikit kebolehan untuk buat semua ni. Amin....

merahhhhh lagi.......






Salam sekali lagi....rajin pulak malam2 ni menaip kat selagiadagula , sebenarnya ambil kesempatan guna notebook yang internet nya laju ni...nanti semua balik kita guna le laptop lama kita tu...yg slow  internetnya...
yang menyebabkan  gambar2 tertangguh untuk diuploadkan.... Kek butter cream ni tempahan drp Yati....
dua set, untuk dihadiahkan pada rakannya....kita buat je apa juga jenis kek yang kawan-kawan nak...walaupun sebenarnya lebih berminat untuk buat kek fondant, anaknya datang ambik lepas maghrib tadi
walaupun janjinya jam 5.30 petang. Apa pun terima kasih pada Yati yang menempahnya. Harap berpuas hati.

Thursday, February 3, 2011

manisnya pink





salam semua....sibuk betul cuti ni.... sibuk dengan penuhi tempahan dr kenalan...yang ni ditempah oleh ida dr hulu kinta, tk
Kesian kat ida mencari rumah tak jumpa..., tp hubbynya sabar sangat. tiga empat kali call baru jumpa..., sebenarnya sibuk berganda sbb anak2, suami semua balik...bukan sibuk dgn kek je ye...tapi masih sempat masak makan tengahari dan mkn malam, sempat juga lagi buat laksa...dan masih ada lgi tempahan untuk esok... terima kasih semua.

merah kesumba






Salam semua... dua hari menyiapkan cup cake ni.. , nasib baik warna yang sama, tak le rasa susah sangat.
satu set diambik pagi dan satu set lagi dihantar petangnya. kali ni nak buat simple je, hanya letak sekuntum bunga . Sebenarnya kalau nak diikutkan hati rasa nak dipenuhkan atas kek kecik tu dengan bunga-bunga yang berbagai bentuk. Tapi tak boleh .....sebab buat masa cuti sekolah ni.. anak-anak ada... depa ni tukang komen nombor wahid....apa pun sy harap Su dan Kak Ani  gembira dan puas hati dengan hasil tangan sy ni.
Dan special thanks pd dik lia.....sbb Su kawannya dan ptgnya dik lia tlg hantar pada kak Ani.