Friday, November 29, 2013

kastad buahan campuran

Assalamualaikum.....melayan selera Dik Im..cuti sekolah macam-macam nak....kek pelangi belum buat lagi...

buat puding kastad...sebelum pergi sekolah...

senang sangat...nanti taipkan resepi...

Thursday, November 28, 2013

talam ubi kayu..

Assalamualaikum....talam ubi ni dah lama buat...baru malam ni sempat nak tayang kat blog SAG..saja letak...tak de yang baru pun..resepinya dah pernah letak di blog ni..rasanya masa puasa dulu..

Kuih talam ni di buat sebagai tambahan untuk mimum pagi cikgu-cikgu SMKRS yang rajin datang ke sekolah untuk mengacau bubur asyura  dua minggu lepas...sedap bubur asyuranya...tapi lebih daripada itu kita mengharapkan hubungan baik antara semua guru dan kerjasama dalam kalangan mereka ini dapat dikekalkan. banyak manfaatnya bila semua ahli dalam sesuatu organisasi itu saling berganding bahu antara satu sama lain..

Friday, November 22, 2013

apam coklat pisang

Assalammualaikum.....apam pisang ni dah buat lama dah...tak silapnya hari Selasa lepas untuk tambahan breakfast hari tu. Sebelum pegi pejabat tinggalkan dik Im ngan kawan-kawannya kuey teow goreng , apam pisang coklat ni ngan kek coklat cheese yang masih berbaki...selera budak-budak ni makan, suka buat makanan kalau ada orang yang habiskan..
Apam pisang ni cantik kejadiannya...cuma nampak buruk sangat atasnya ...sebab ditaburkan coklat rice ..ingatkan coklat rice tu tenggelam..tapi kembang atasnya...apa pun apam ni mmg sedap...dik Im tu bukan senang nak makan kuih ke..kek ke....tapi yang ni dia boleh makan..maknanya sedap le tu...Resepinyanya dah pernah letak kat SAG ni tapi tak pe lah kita taipkan sekali lagi untuk rujukan...
Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1/2 st soda bicarbonat
1/2 st b/powder
----ayak semua bahan ni dan ketepikan

1/2 cawan pisang yg sudah di hancurkan
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
----satukan semua bahan ni ..gaul guna senduk kayu je
      bila dah rata campurkan adunan tepung yg dah diayak tadi
      dah siap...sudukan dalam paper cup dan bolehlah dikukus...
Catatan.
      Semua sukatan guna cawan metrik..dan adunan ni hanya dapat 9 biji je..kalau nak banyak boleh doublekan resepi.
 

Wednesday, November 20, 2013

kek coklat cheese

Assalamualaikum .....rasanya semua orang pun tahu kek ni..kek coklat lapis cheese. Kek yang sangat senang nak disediakan dan rasanya pun sedap...teksture lembut..sesuai untuk semua..lebih-lebih lagi penggemar kek coklat, dan bila digabungkan dengan cheese memang sangat serasi rasanya. SAG buat untuk kali kedua..dan dibawa untuk minum pagi masa mesyuarat MPCK Perak pagi Selasa kelmarin.., bukan untuk promosi, tapi untuk dirasa bersama sbb ramai kalangan rakan-rakan yg tahu kita ni sll buat kek dan tayang gambar kek...ada kalangan rakan juga sll bertanya bila nak dapat rasa...tu la..bila ada ksempatan SAG buatkan.....


Untuk kek yg dibuat kali kedua ni SAG tambah setengah bahagian lagi untuk kek coklatnya..biar nampak tinggi sikit..Tin acuannya masih sama 8"x 8" x 3 "..Ok kita semak resepinya;
bahan dan cara
11/2 cawan tepung gandum
4 1/2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bicabonat
3/4 sudu teh baking powder
---ayak dan ketepikan dulu

3/4 cawan air masak suam
3/4 cawan susu cair/segar
3/4 cawan minyak jagung
----masukkan dalam mangkuk stainless steel kacau atas api dengan whisk sampai rata/bercampur rata saja, tak perlu panas sangat pun, dan ketepikan

3 biji telur B
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu teh vanila
----putar hingga betul-betul kembang

Bila dah betul kembang, masukkan adunan tepung selangseli dengan campuran susu, minyak dan air tadi
Bahagi 2 adunan ni sama banyak
alaskan tin..masukkan separuh adunan tadi dan kukus 25 minit
Bila dah masak...masukkan adunan cheese
Adunan cheese
250 gm krim cheese
60 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu besar air masak
1 sudu besar tepung gandum
----putar adunan ni hingga kembang.
kukus lagi adunan ini 20 minit
Bila cheese dah masak tuangkan lagi lebihan kek coklat tadi..kukus lagi 25 atau 30 minit.
Selamat mencuba.

Tuesday, November 19, 2013

rv persaraan


Assalamualaikum....hari tu masa tayang gambar kek bersara....keknya tak dipotong lagi....ni la rupa sebenar bila kek RV persaraan tu dipotong dengan hiasan sekuntum bunga dan sekor rama-rama...
Masa Hari Guru dulu ada guru yang tak sempat merasa....dalam majlis ni pun ada juga yang tak sempat rupanya....In sya Allah lain masa ye cikgu-cikgu.
Alhamdulillah...komen guru-guru katanya kek sedap sesangat...

Friday, November 15, 2013

Red Velvet..cream cheese frosting n bunga fondant

Assalamualaikum....pagi tadi selesai sudah majlis persaraan dua orang guru dan seorang kakitangan sokongan di sekolah SAG. Alhamdulillah majlis berjalan lancar...cuaca redup....macam turut sedih dengan sekolah yg akan kehilangan 3 orang penjawat awam yang sangat berpengalaman ini. Tahniah kepada ketiga-tiganya..yg  berjaya  berkhidmat selama 35 tahun, 32 tahun dan 36 tahun...waaaa terasa lamanya nak sampai ke tahap itu....

Bersara tak semestinya bersedih....ianya perlu disambut dengan syukur...,bersyukur sbb kita bersara dengan keadaan yg sihat...dan antara lain dalam ucapan SAG tadi  SAG nyatakan sebenarnya hari ini kita cuma bersara dari jawatan yg kita sandang shja..tapi mungkin esok kita akan mula pula dengan kerjaya baru...umumnya...persaraan adalah pengakhiran bg sesuatu dan permulaan kepada sesuatu yg lain...dan kita akan benar-benar dibersarakan apabila kita dijemput Yang Maha Esa ke alam lain nanti...

Bagi mengujudkan suasana ceria...pagi tadi dan jamuan di petangnya...tema yang dipilih adalah warna-warna ceria dan meriah ...tu la banyaknya warna kat bunga-bunga fondant SAG...dan sememangnya SAG suka buat bunga yg warna warni ...tapi sebelum itu nak juga buat kek bersara selain dari letak bunga-bunga ni ...tapi bila di ajukan ...nak buat itu tak sesuai..nak buat macam ni tak boleh....jadi buat je la bunga-bunga ni...apa=apa pun tetap cantik.....meriah dan ceria...dan keknya SAG buatkan kek Red Velvet..

Bila sorang demi  orang rakan dan staff yang bersara, maknanya masa untuk SAG juga tak lama lagi...in sya Allah masa itu  akan sampai jua....doakan SAG juga sihat apabila tiba saat itu....tapi rasanya tak nak le potong kek bersara yang dibuat sendiri pulak.......kepada Pn. Lim, Pn. Ruziah dan Pn. Hazami...Selamat Bersara semua..biar hilang di mata tapi di hati jangan.....semoga kita dapat jumpa lagi.

Saturday, November 9, 2013

chiffon pandan.....

Assalamualaikum....selamat pagi semua....balik dari taklimat kelmarin sampai rumah dah lepas maghrib...sebab solat maghrib dulu kat rumah mama...agaknya dalam pukul lapan kot...sempat lagi buat chiffon ni sebiji...dah lama nak buat sejak balik dari rumah mummy Afif lagi sbb Angah beli acuan ni kat Bagus Shah Alam...sebelum bg resepi kat angah SAG kena cuba dulu...takut tersalah sukatan...

Tapi alhamdulillah....walaupun resepi tulisan tangan tu dah kelabu dalam buku ..masih boleh dibaca..dan hasilnya masih macam dulu.....SAG buat juga malam tadi sbb pagi ni ada ramai orang kat rumah....kawan-kawan dik Lia ada....habiskan masa cuti ke Bukit Merah dan pagi ni nak balik UM...macam biasa juga kuih-kuih ni sebagai desert je...menu utama tetap nasi lemak...sambal ikan bilis...dan telur rebus....biar selesa dalam perjalanan

Sambil-sambil makan tadi...tanya Dik LIa..ingat ke cerita chiffon ni...dik Lia angguk-angguk kepala je...cakap ingatttt....SAG bagi tau kat kawan-kawan dik Lia...masa dik Lia sekolah rendah dulu..dia jual kek ni...terdiam depa dengar..dik Lia kata jual 30sen sepotong...hahaha...saja suka-suka je....kumpul duit jualan ni sampai boleh beli microwave......tapi dik Lia sedih sbb microwave tu rosak masa SAG pegi kursus.....

Tadi depa balik dah bekalkan sorang sebekas.....harap kawan-kawan dik  LIa seronok di Ipoh....ambik rambutan juga...kebetulan rambutan pun dah kuning...tapi belum banyak lagi....
Panjang pulak cerita pasal chiffon dan Dik Lia...ok kita semak resepi chiffon pandan...lama dulu dah pernah ada cerita chiffon kat blog SAG tapi tak letak resepi kot.....dan dah banyak juga resepi kat blog kawan-kawan...
Bahan dan Cara;
5 biji kuning telur
1/4 cawan santan pekat
1/4 cawan minyak masak
1/4 sudu teh warna hijau epal
1/4 sudu teh perisa pandan (jernih)
kacau rata semua bahan ni dalam satu bekas .

100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
Ayak dan ketepikan dulu

5 biji putih telur
150 gm gula kasar
1/4 sudu teh cream of tartar
sikit garam
semua ni dipukul hingga kembang - buat meringue

Cara
Bila putih telur dah cukup kembang..masukkan tepung selang seli dengan campuran kuning telur tadi
Kaup balikkan hingga rata., dan bolehlah dibakar..ikut kesesuaian oven masing-masing. SAG guna suhu 140 je dan bakar 25 minit dah cukup masak....
Catatan;
tin acuan tak perlu disapu apa-apa bahan minyak
panaskan oven dulu
tin acuan pun panaskan dulu
bila dah masak terbalikkan kek tadi
dah sejuk...sisip keluar dengan pisau tajam n nipis

Resepi asal dalam sukatan cawan....tapi SAG tukarkan dalam gm sbb dapat sukatan yg lebih tepat.
Selamt mencuba... in sya Allah jadi...jangan lupa baca bismillah.


Friday, November 8, 2013

kek buttercream icing....

Assalamualaikum.....malam ni dapat siapkan satu set kek dua tingkat ni...tak de apa yg nampak baru,,,biasa je..warna pun warna yg paling popular..pink ..pilihan pengantin..

.tapi alhamdulillah masih dapat siapkan  macam mana kehendak customer...masih ada lebihan fondant.... SAG tambah bunga-bunga kecik kuning tu...kalau dah suka tu usaha juga nak naikkan seri kek ni..walaupun sampai rumah jam 5.3o petang..tak boleh nak fikir lama...decorate je apa yg terlintas di fikiran....siap je kek ni terus post kat fb...dan kak ngah orang pertama komen...katanya krim yg maknye buat ni sedap...tak sama dengan yg di beli di mana-mana....
Kepada Yati juga tk kerana sentiasa berurusan dengan SAG...sama juga komen Yati..kek dari SAG menepati citarasanya...bukan tak pernah ambik dr orang lain...tapi SAG tetap pilihan no satu Yati...


Thursday, November 7, 2013

muffin blueberry bekal dik Lia

Assalamualaikum.....yang ni buat malam tadi...muffin blueberry., buat bekal dik Lia nak pergi bercuti ke Bukit Merah ngan 3 orang kawannya...depa cuti..sebelum balik ke UM hujung minggu ni...isi masa ngan berjalan pulak...

Kesian pulak kat kawan-kawan dik Lia datang rumah boleh bau kek je...kebetulan malam tadi buat kek tempahan orang 2 biji....jadi buatkan muffin ni..bahan-bahan pun semua ada...bukan susah mana pun buat muffin ni...
Bahan;
2 biji telur pukul sikit
150 ml butter cair
250 gm tepung campur 2 sudu teh baking powder - ayak
125 gm gula
125 ml susu segar
sikit blueberry untuk tengahnya.

Cara:
telur pukul ringan je guna garpu....campurkan semua bahan (kecuali blueberry)
masukkan dalam cup sikit..letakkan blueberry dan tutup semula dengan sikit lagi adunan...dan bakar. In syaa Allah jadi.

Hantaran bunga daisy.......pink ombre cantikk

Assalamualaikum.....dah siap lama kek ni....rasanya 2hb 11 yg lepas...baru sempat nak tayang kat SAG..terima kasih Mas masih mencari kita dan terima kasih juga sebab tak pernah komen apa pun yg SAG buatkan untuknya. Paling senang berurusan dan masa macam ni la yg ditunggu....sebabnya SAG boleh buat sesuatu yang baru yg sebelumnya tak pernah buat.

Sebenarnya anak-anak selalu komen katanya kek maknya ni stail kek orang lama...nak buat macam mana kan..dah itu je yg boleh buat....tapi mungkin juga sbb tak cukup masa nak jengok-jengok blog bakers terkenal...kadang-kadang tu intai juga ..tapi tak capai pula kreativiti kita  untuk buat kek macam yg dilihat kat blog orang tu....tu le sbb jadi le kek macam yg biasa kita buat je.....

Tapi yang ni...SAG beranikan diri buat pink ombre....jadi ke...nampak la sikit kelainan dari yg biasa...bunganya pulak cuba juga buat daisy lari dari bunga ros...tak kisah la apa pun...Cuma SAG pastikan kek yang hantar pada semua customer nampak cantik....bersih..buatannya kemas dan semestinya keknya sedap. Tk Mas.

Tuesday, November 5, 2013

kek bola sepak...cucu

Assalamualaikum.......sebenarnya tak pernah buat pun kek padang bola...tapi sbb cucu ni...jadi juga..dan tak boleh lepas juga dengan bunga-bunga fondant...nak juga ada bunga....keknya kek span biasa je..2 lapis..vanila dan coklat dan SAG lapiskan dengan butter krim dan blueberry...

Ni la padang bola yang dah siap....dan bawa ke Shah Alam dalam keadaan yg macam ni....sbb kalau letak bolanya..nanti kotak kek tak boleh tutup.....Afif.. nanti dah besar jangan main bola sangat....nanti gelap...Afif pilih kegiatan kokurikulum dalam dewan je....kalau hujan pun tak pe...tak basah..
dah letak bolanya...kek bola tu kek butter dan ada serbuk badam dalamnya...lapis dengan madu dan sikit butter krim...itu je yg ada kat rumah mummy Afif...nak letak krim lebih-lebih nanti tak cukup pula nak hias bola sepak tu....sebenarnya semua bahan ada dibawa dr Ipoh...tapi mmg tak cukup masa..nak buat krim lain...guna je mana yang ada...Pada mummy Aariz n daddy Aariz jangan kecik hati pula ye....mmg pada sambutan birthday Aariz 19 hb tu , opah sibuk sangat..kena pegi K.Kangsar tengok Pak Su...tahun depan kalau ada zereki opah buatkan kek...tapi jangan le kek tema pelik-pelik...opah tak pandai le pulak.....



Birthday Afif.......cucu opah


Assalamualaikum semua....lama tak bersiaran...dah lapuk cerita pasal birthday Afif...tak pe la..nak cerita juga, mummy Afif  pada hari lahir Afif 23 hb tu  sibuk sangat letak kat fb..macam mana cerita dia dari ofis...tunggu daddy Afif...sampai le ke hospital...dialog dia ngan doktor pun masih ingat...telefon emak cakap dia nak kena operate malam tu juga...kita yang kat Ipoh ni ..yang terkejut habis...boleh nangis lagi....tapi dia rilek je.....kalau boleh malam tu juga nak ke Shah Alam..tapi apakan daya...doa saje...sampai le..pak long Afif hantar gambar Afif dah selamat dilahirkan....Alhamdulillah semua...
Hari Sabtu 26 hb yang lepas...sambutan hari lahir Afif yang pertama...mummy Afif nak masak sendiri katanya...tapi sebelum tu sibuk juga tanya nak masak apa....berapa kg cukup...berapa paket cukup....tapi akhirnya...angah masak pulut n rendang...andak buat bihun goreng....Nana buat puff...Sara buat sandwich...dan maknya buatkan kek hari lahir Afif...mini makaroni, fruits  tartlet, kuih lompang dan pandan leyer.....
dan lebih terkejut lagi.....sampai je kat rumah mummy Afif lebih kurang jam 12.30 th...pulut baru berendam...daging masih dalam peti ais....kek bola belum decorate lagi...goodies bag pun belum siap....orang pasang khemah pun masa tu juga baru nak pasang khemahnya....membebel juga le sekejap....yang mummy nya masih nak buat kek lagi...tapi nasib baik juga Mak Uda Afif datang dengan 4 orang kawan...lega sangat..masing-masing pun ringan tangan nak menolong....sampai jam 4 petang siap semuanya....opah nya ni sampai tak sempat nak tukar baju lain...
Persiapan opahnya pun terhad juga...dengan kursus...meeting dan hal-hal sekolah pun minggu itu juga la yg sibuk...jadi kena rancang kuih apa yg senang buat...yang dapat banyak bila sekali bancuh..tu la yg jadi makaroni...fruits tartlet dan kuih lompang....semua tu yg senang buat dan biasa untuk minum petang...
Pasal kek pulak...mummy Afif yang beria nak tema bola sepak...nak buat bola senang je...tapi nak juga bola sepak...hari Sabtu pagi nak pegi Shah Alam....Jumaat petang baru beli acuan bola...malamnya baru buat kek...aduiii cucu punya pasal..opahnya bawa ke Shah Alam kek padang bola je...sampai sana baru decorate jadi bola...dengan semua peralatan bawa dari Ipoh...
Cuma satu je yg kesian kak mummy Afif...apa-apa eventnya mesti hujan.....bertunang hujan...kawin hujan...konvo hujan,,,,tapi tak pe la..hujan rahmat..sejuk....dan yg pasti lepas ni nanti tak boleh buat majlis kat luar..kena cari dewan...
Mummy Afif juga mesti dah rancang...lepas ni kalau  Afif dapat adik gegirl...mesti nak suruh opah buat kek barbie pakai gaun cantik..kan...kan...kan...___

Sunday, November 3, 2013

kek kawin Man dan Mera.....3.11.2013


Assalamualaikum.......lega sangat bila dah siap....hilang semua penat....memikir punya le lama nak buat macam mana......idea tak sampai...atau mmg banyaknya kerja  nak buat..sampai tak boleh fikir nak buat macam mana....akhirnya Mr. google sedia bantu....jam enam lebih petang Sabtu  tu baru dapat jumpa design ni...terus berkenan....



tengok bunganya tak susah mana.......rasa-rasa boleh je buat..tu yg jadi cam tu....tapi kalau buat sorang .....juga mungkin tak tidur malam....tapi alhamdulillah ..menantu sorang ni rajin membantu....


 
Dan saat paling bimbang...bila nak susun atas stage....3 yg atas tu...kek betul......juga sangat berat, tapi rs sangat puas hati...bila kek ni dah berdiri megah atas stage. Tk Nana yg banyak bantu...Sara, kak ngah, dik Lia  bila lagi nak tunjuk skill.