Thursday, March 28, 2013

butter cupcakes.....tambah coklat rice

Assalammualaikum....selamat pagi, ini le rupanya cupcakes yang selalu dok buat tu, ni bukan baru keluar oven ye...tapi dah sejuk..SAG buat kek lepas subuh...balik kerja pukul 6 ptg baru boleh nak decorate.

Resepinya mudah je....butter, gula, tepung dan telur semuanya sukatan yang yang sama berat...guna kaedah putar je...apa yang nak tambah itu terpulang....perisa pun macam tu juga, boleh tambah oren...pandan atau coklat. Boleh cuba.

Saturday, March 23, 2013

tulip hantaran...........23.3.2013

Assalammualaikum.....selamat pagi, dah banyak kali tayang biskut ni..sebenarnya tak buat pun untuk makan-makan, tapi dibuat bila ada kawan-kawan yang minta buatkan untuk hantaran.

tak susah pun ...cumanya bila SAG selalu buat kek..bila ada tempahan untuk biskut macam ni..terasa lambat pula nak siap..

Tapi Alhamdulillah...akhirnya siap juga, rasanya tetap sama, bentuknya juga sama walaupun masa nak mula tu dengan acuan tak jumpa ..resepinya...guna resepi tart nanas yg pernah SAG masukkan kat blog ni. Terima kasih Kak Jah yg tempah biskut ni untuk dijadikan buah tangan ke  majlis pertunangan jirannya. Terima kasih mencari SAG.

Thursday, March 21, 2013

kuning putih,,,,,,,cantikkk 23.3.13

Assalammualaikum ....jumpa lagi...ni juga dapat SAG siapkan malam tadi untuk  diambil petang ni...Semuanya nak pergi menghantar 23.3. (Sabtu). Kalau nak ambik Sabtu petang atau Ahad pagi..memang ada banyak masa nak buat sebaik mungkin...tapi yang ni pun rasanya dah cukup cantik (puji sendiri) .....


Kali ni cupcakes hantarannya tak de tulisan. Tu yang SAG penuhkan dengan bunga-bunga bermacam rupa. Apa pun yang pasti bunga tu nampak cantik...Tk Pn. Mas mencari SAG
cupcakes hantaran satu bekas 16 biji....meriah dengan bunga.

meroon...hantaran 23.3.13

Assalammualaikum semua......jumpa lagi tengahari ni....baru habis kerja...sebelum sambung petang nanti SAG boleh la masukkan entry ni. Komen awal dari rakan..kalau pakai kamera mahal ni tentu gambarnya lagi cantik.....ermmm. Tak pe lah,  SAG guna kamera biasa-biasa je. 

Alhamdullillah....menjadi bagaimana yg diminta, cuma cuaca panas sekarang ni... kulit kek  nampak kering sangat...sllnya SAG balut kek fondant selepas subuh..cuaca sejuk...fondant pun cantek masa tu...tapi bila orang nak masa-masa kerja..jadi terpaksa buat lepas pejabat...dan nampak kurang licin sikit...

Tapi SAG sangat puas hati sbb kek hantaran ni dihias dengan bunga-bunga ros hasil tangan sendiri, cuma Pn. Noraini tak berikan bekas cincin untuk diletak atas kek, dan SAG letakkan dulu bekas cincin biasa je..dengan cincin kawen SAG dulu-dulu sebagai hiasan sementara, cincin ni masih boleh tersarung di jari...maknanya SAG tak gemuk dan tak juga kurus walaupun dah 31tahun berlalu. Kak ngah jangan jeles le... kepada Pn. Z....hanya kita yang tahu..Allah maha besar. Terima kasih Pn. Noraini mencari SAG dan selamat menerima menantu.

Saturday, March 16, 2013

merah putih lagi....17.3.13

Assalammualaikum semua......agak free pagi ni, mungkin dah siap dari awal pagi atau pun kelmarin dah siapkan apa-apa barang nak masak hari ni. Jadi, boleh lah masukkan entry  awal sikit...Kek kahwin merah putih lagi..

Kek ni untuk majlis 17.3.13, Yati kata buat le warna apa pun...so, SAG buatkan warna  merah  ni...biar nampak ceria, dan kebetulan bunga merah ni mmg ada dalam simpanan.

Kalau sebelum nya merah putih fondant, kali ni SAG buat merah putih dengan badannya krim biasa dengan dihiasai bunga merah fondant. Bunga kecik kat dinding kek ni SAG buat sendiri..., mudah saja, ada sikit gum paste ada acuan dah boleh buat banyak mana pun...Harap Pn. Hayati suka, dan terima kasih sekali lagi mencari SAG.

Sunday, March 10, 2013

kek span butter cream.....bentuk buku

Juga untuk majlis 9.3.13...

Dah lama sangat tak buat kek bentuk buku ni, tapi masih cantik agaknya.

Design biasa-biasa je. Selalunya kalau buat kek buku ni mesti nak celebrate dua majlis sekali, boleh le tulis kat dua-dua muka surat buku tu. Tk Umi mencari SAG.

kek fondant 3 tingkat....merah putih

Tempahan dari Pn. Umi untuk puteri kesayangannya....majlis 9.3.13.

kali ni rasa sikit kecewa sbb tak dapat buat bunga sendiri.......


macam mana pun cuba juga nak nampakkan kelainan dari yg pernah dibuat sebelum ni....SAG  letakkan bunga tampal putih ni.....keknya mmg nampak kelass gitu...Tk Umi...Selamat pengantin Baru untuk puteri Umi..semoga bahagia. Tk sekali lagi mencari SAG.

kek buah n butter cupcakes.....



Kek buah dan cupcakes ni saja dibuat lebih dari tempahan tu......mmg dah teringat nak bawa ke Shah Alam untuk anak-anak andak dan untuk  kak ngah. 1/3 nya juga dikongsi sama dengan Pn. Nora juga jiran SAG. 

cupcakes hantaran ...purple

Tempahan 3.3.13..Tk Pn. Nora

Nampak simple sangat....tk mencari SAG

kek hantaran fondant......purple

Terima kasih Pn. Nora...tempahan 3.3.13

Cuba untuk buat yang terbaik....tapi bila dah diletakkan atas dulang hantaran nampak sangat cantik..Selamat bertunang Adreen, semoga bahagia. Terima kasih mencari SAG



Saturday, March 9, 2013

kek span buttercream 2 tingkat...purple

Juga tempahan untuk 2.3.13

design yang sama...harap tak jadi masaalah sbb di dua tempat yg berbeza

Terima kasih mencari SAG.

kek span buttercream 2 tingkat....biru

Terima kasih Pn.Hayati....tempahan untuk 2.3.13 yg lepas.

bunga-bunga terpaksa buat bunga nipis je..sebab keknya tinggi....nanti k0tak tak bleh tutup.

design simple je....tk mencari SAG