Wednesday, August 24, 2011

biskut dahlia.......cantik




Assalammualaikum semua.........biskut dahlia ni dah buat dari 2 adunan yang berbeza, sbb nak cari biskut dahlia yang bonda pernah buat dulu-dulu...tapi tak dapat lagi rasa yang sama macam tu...dah dapat satu lagi resepi nak cuba juga...sampai dapat rasa macam mana yang dulu-dulu punya....resepi dari bonda entah ke mana hilangnya...ingat lagi..resepi tu dalam tulisan jawi.....guna sukatan tin, butternya guna GC yg dah haram tu...kuning telur pun guna banyak juga.....eeee mana dia menyorok...
Biskut dahlia yang dah dibuat ni pun ok juga tapi masih tak menepati cita rasa..., kita semak resepinya
Bahan;
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula icing
2 biji kuning telur
2 sudu susu pekat
Butter ikut lembut
Cara;
Campur semua bahan, uli ikut lembut dan bila dah cukup lembutnya bolehlah di picit gunakan acuan dahlia.
Insyaallah tak kembang bila dibakar.
Selamat mencuba.

tat nanas gulung.....................gebu n sedap

                                           berderet macan askar nak pergi perang......ni belum bakar lagi

dah bakar....
Assalammualaikum semua.......dah  buat biskut raya, dah tentu kan....maklum tinggal beberapa hari lagi untuk kita semua sambut aidil fitri. Tak sabar rasanya nak tunggu cuti Sabtu dan ahad nak sambung lagi buat satu dua jenis biskut yang senang-senang...nak juga bawa balik kampung sebagai buah tangan kat bonda....walaupun bonda tu tak berapa suka nak makan biskut-biskut moden ni, tapi kita tau bonda mesti kembang  hatinya bila tengok cucunya nanti susun biskut raya ni dalam balang kuihnya dan susun atas meja...
Sedih la pulak bila ingat suasana ni... setahun sekali je keadaan macam ni.....ok, tak boleh melalut panjang,
kita bicara pasal biskut ni.....tat ni macam dah wajib ada masa raya.....anak-anak pun dah mula suka makan,
kalau dulu tak pandang pun tat ni.....buatnya tak susah...inti pun beli je...cuma nak sabar sikit bila nak bujurkan intinya......masih tak jumpa alat nak bantu...buat cara manual lagi....
Bahan;
2 biji butter
3 biji kuning telur
100 gm gula icing
1 sk vanila
Semua ni dipukul kembang/gebu
kemudian masukkan
750 gm tepung rose
50 gm tepung jagung
yang telah diayak.
uli sampai boleh dibentuk, adunan lembut je....tutup adunan dengan tuala lembab bersih semasa membentuk tat ni - untuk elakkan adunan keras,
tekan panjang lebih kurang 2.5 inci, letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan dan gulung.
Sebelum dibakar, sapukan kuning telur. Bakar dengan api sederhana, ikut kesesuaian oven masing-masing.
Maaf lah ye...tak pandai nak mengajar kat blog ni, tapi kalau dah biasa buat biskut mesti boleh ikut, cuma susah sikit bagi yang baru nak belajar..
Selamat mencuba.

Tuesday, August 23, 2011

Sagu gula melaka.............versi SelagiAdaGula



Assalammualaikum semua.......satu lagi pemanis berbuka puasa kelmarin.....sibok macammana pun satu jenis juadah mesti buat juga...nak cerita sikit...kelmarin habis meeting 5.10 ptg...entah apa yg dibincangkan pun tak tau......nak juga buat benda ni sbb tengok kat tv hari tu senang sangat...tapi tak jadi pun macam tu....habis meeting pergi kedai beli barang nak masak  berbuka lagi...., kita masak koboi je..., sampai rumah macam orang nak perang....terus solat asar...6.30 petang baru mula operasi ....azan mahgrib Alhamdulillah siap semua
......ok... kita tengok macam mana buat sagu ni...pernah juga letak kat sini dulu sagu gula melaka warna merah tapi cara lebih kurang je...
Bahan.
Sediakan air gula melaka campur gula putih, biar agak pekat sikit - ketepikan dulu.
100 gm sagu biji kecil
500 ml air
caranya; basuh sagu, dan toskan...., didihkan air, bila dah mendidih masukkan sagu tu...kacau selalu sampai sagu jernih..tutup api dan tutup periok rapat-rapat...agak-agak 5 minit buka semula dan kacau sekali lagi.
Untuk adunan putih;
200 ml air didihkan.
1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sikit air
Bila air mendidih , masukkan tepung jagung tadi. kacau lagi juga sampai mendidih dan perlahan-lahan masukkan 200 ml susu cair.kacau lagi.Jangan lupa garam...masin sikit....terasa lemaknya.
ok...dah siap....
Sediakan mangkuk kecik atau gelas atau apa-apa bekas yang sesuai.
Tuangkan sikit saja gula merah, msukkan 2 atau 3 sudu makan sagu dan perlahan-lahan tuang adunan susu di atasnya....nanti dapatlah hasilnya macam dalam gambar tu...atau mungkin lebih baik.
Selamat mencuba.....tak pandai nak ambik gambar macam Masam Manis dan tak pandai nak berkata-kata macam Chef Mat Gebu...maaf semua, saja usik Pn. Azlita dan En Mat.

bubur caca, keladi n keledek.........


Assalammualaikum semua........ni juadah berbuka Ahad lepas.... nak kongsi juga kat sini, kongsi tengok je...sbb ada kawan-kawan yg dah tak tau nak masak apa di minggu-minggu terakhir ramadhan ni, boleh lah untuk dapatkan idea bagi yang suka pada makanan manis-manis ni. Bahan-bahan ni semua ada dalam peti ais, nak clearkan peti ais jadi kita campur je apa yang ada.
Bahan;
Keladi (lebihan pengat keladi hari tu)
Keledek - juga jumpa seketul dalam peti ais
Semua ni bersihkan dipotong dadu dan dikukus sampai empok
Sikit caca - rendam dan rebus juga sampai kembang
Ketepikan semua bahan ni.
Sementara tu masakkan santan, masukkan simpulan daun pandan, gula putih sikit dan air gula melaka (yg ni mmg ada dalam peti ais)
Bila santan ni dah mendidih masukkan bahan-bahan yang dah disediakan tadi, masukkan juga sikit garam. Kacau sll hingga mendidih sekali lagi. Bolehlah diangkat..dan sedia untuk dihidang sebagai juadah berbuka.
Selamat mencuba....dan maaf buat bubur ni tak de sukatan tertentu, terpulang pada brp banyak nak buat dan ikut cita rasa sendiri....

kuih tepung gomak.....klasik betul nama dia...



Assalammualaikum semua........satu lagi kuih tradisional..yang namanya mmg pelik sungguh, tak tau pulak kenapa nama tu diberi pada kuih yg sedap ni....kalau sape-sape yang perasan sebenarnya kita asyik buat kuih berasaskan tepung pulut je....ni kes nak habiskan tepung tu le....masa beli hr tu tak de paket kecik...semua paket 1 kg...., nak buat punya pasal kita beli juga. Pasal kuih ni...anak bujang yang sorang tu mmg sukakannya. Sabtu lepas dah lewat sangat, buat juga...dia yang tolong....tu le dah jadi ada besar...kecik
Kita tengok cara buatnya.
Macam biasa, buat inti kelapa, sejuk dan ketepikan
Ada juga yang masukkan kacang hijau yg direbus bersama kelapa.
Kulitnya,
tepung pulut gaul dengan air campur garam sikit, gaul rata sampai boleh dikepal
Tepung kacang hijau bergoreng (ada jual kat kedai runcit)-untuk salut

Cara
Ambil sikit tepung tadi, leperkan dan masukkan inti...tutup semula bulat-bulatkan dan leperkan. Buat sampai habis. Sementara tu panaskan air sampai mendidih, bila mendidih masukkan tepung tadi dan angkat bila dah timbul. sejukkan sekejap dan gaul pulak dengan tepung kacang hijau tadi.. ok dah siap.

Selamat mencuba....

Monday, August 22, 2011

Badak berendam......versi SelagiAdaGula




Assalammualaikum semua.....dah 22 hari kita berpuasa hari ni...alhamdulillah, di samping tugas rutin harian dan dalam rasa tak cukup masa, kita masih mencuri-curi masa untuk buatkan juadah berbuka hari Sabtu yang lepas. Hujung minggu je la semua anak n menantu dapat berkumpul...berbuka sekali. Maknye buatkan lagi kuih tradisional untuk semua.... sebab depa ni suka kuih-kuih yang macam ni....Tapi tak serupa macam badak berendam macam orang lain buat....kepada yg nak cuba boleh ikut resepi kat sini....
Bahan;
 Sediakan inti terlebih dahulu- macam inti kuih koci, sejukkan dan bulat-bulatkan

 Sediakan daun pisang secukupnya....buat sampan, macam kuih limas/tepung pelita
 Kalau tak de daun pisang tak de masalah....boleh je guna mangkuk kecik..

 Tepung pulut
 Air campur garam sikit
 Gaul dan buat doh yang lembut.

 Adunan tepung,
 1/2 cawan santan pekat
 1/2 cawan air
 sikit garam
 1 sudu sedang tepung beras
 bancuh semua ....ketepikan
Cara;
Ambik sikit doh ...leperkan ...letak inti dan tutup semula. Masukkan dalam bekas daun pisang tadi. Atau susun dalam mangkuk/ bekas-bekas kecik. Buat sampai habis. Susun dalam periok kukus.
Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, tuangkan adunan tepung tadi, menutupi 3/4 bulatan tepung pulut. bolehlah dikukus 6 - 7 minit.

Minta maaf, kalau badak berendam ni dah diubahsuai. Yang penting rasanya tak berbeza.
Selamat mencuba.

Thursday, August 18, 2011

kuih koci...pulut hitam


Sambungan gambar kuih koci pulut hitam.

kuih koci pulut hitam....




Assalammualaikum semua......semalam 17.8.2011, juga 17 Ramadhan 1432H negeri Perak D.R dan beberapa negeri yang lain bercuti sempena mengingati peristiwa penting dalam lipatan sejarah Islam, iaitu peristiwa penurunan al-Quran atau Nuzul al-Quran. Sama-sama kita membudayakan al-Quran dalam kehidupan harian kita....selagi mana al-Quran belum diangkat ke langit atau ditinggalkan....selama itulah al-Quran ini akan menjadi pedoman hidup kita di dunia...sebelum menuju ke akhirat.....jadi ustazah le pulak....tak pe kan sekali-sekala. Ok lah semalam ada sikit kelapangan kita buat satu lagi kuih tradisional ni...kuih koci..pernah tengok org jual guna pulut hitam..tu yg mencuba ni...pernah juga beli..tapi kadang-kadang tu pulutnya tebal sangat...tak berapa masak pun...intinya tak manis pun. Cuma kita tak pandai nak buat bungkus macam kon tu...,kata kawan yg sorang ni..bungkus tak penting...isinye kena sedap dan mantooppp....Kuih ni tak de sukatan tertentu....cuma boleh ikut cara kita buat kalau nak cuba.......
Bahan-bahan yang diperlukan;
Daun pisang secukupnya...potong kecil dan celur sekejap, lap dan ketepikan, sapu sikit dgn minyak masak.
Buat inti dulu; kelapa parut, sebaiknya yang muda sikit, masak dengan air gula melaka, tambah gula p utih dan masukkan simpulan daun pandan, dah sejuk bulat-bulatkan. ikut saiz yang disukai.
Untuk badannye; 
2 sudu beras pulut hitam, basuh dan kisar halus, campurkan dengan tepung pulut putih, gaul dengan pati santan yg dah campur sikit garam..gaul rata hingga boleh dikepal.
Caranya;
Ambil sikit teping tu, nipiskan dan masukkan inti tadi, dan tutup semula..Lepas tu celup dalam pati santan dan letak atas daun pisang dan bungkus...kalau pandai buat tiga segi tu lagi cantik...buat sampai habis dan kukus 10 minit  dah siap.
Selamat mencuba. 

Monday, August 15, 2011

Pengat keladi campur sagu.....sedapppp




Assalammualaikum semua.....petang tadi mmg dah tak de idea nak masak apa...sambil-sambil bw kereta dah nak rasanya masuk ke simpang pasar ramadhan....tapi bila sampai kat situ tak jadi singgah pula...terus lajakkan kereta kat mini market kat depan sana....masuk mini market tu ambil bakul...ambil plastik..pusing sekali dulu...tapi tak boleh lama, jam dah hampir 5.30 ptg....capai je apa yang patut....cadang nak buat juga kuih.....tapi nampak keladi terus tukar rancangan...jadi le pengat keladi bersagu ni...mmg sedap, gebu je isi keladi ni..., bila berpuasa tak kira lah puasa ramadhan atau puasa sunat...tak banyak sikit mesti ada juadah yang manis....Semua pun boleh buat pengat kan... cuma kita selalunya selepas dipotong kiub keladi tu, kita kukus dulu sampai masak/empuk..dan ketepikan dulu.
Sementara tu kita masakkan santan bercampur sikit gula melaka, gula pasir, sikit garan dan masukkan simpulan daun pandan..jerang sampai mendidih - kacau selalu. Bila dah mendidih, masukkan keladi yang dah empuk tadi....kacau sampai mendidih sekali lagi. Ni semua tak bagi keladi tu kembang sangat kalau kita masukkan sekali bersama santan tadi. Dah pun siap....boleh le berbuka dengan pengat keladi bersagu...
Selamat mencuba.

Sunday, August 14, 2011

bubur som-som wangi.....pandan




Assalammualaikum semua.....berbuka apa hari ni. biasa le mesti ada nasi dan lauk-pauknya....cuma kat rumah ni mesti ada pemanisnya...apa-apa pun tak pe..Hari ni penat sangat...operasi keliling rumah...siap panggil pekerja dr sekolah n bawa lori lagi...kutip dan buang semua barang-barang yang satu masa dulu simpan dan sayang....tapi tadi buang je...pejam mata sebelah.....kalau boleh pokok-pokok kat keliling rumah pun nak tebang...tapi pokok rambutan tu macam tau-tau je...dia berbunga penuh satu pokok......tak jadi nak buang....
panjang pula melalutnye....lupa pasal kuih som-som kita...., kuih ni senang sangat buatnye....tak sampai 15 minit pun...sesuai sangat untuk orang yang penat dan tak de masa..kita tengok caranya.....
Bahan;
1 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
41/2 hingga 5 cwn santan campur daun pandan
(tadi kita blend lebih kurang 1/2 biji kelapa campur dengan hirisan 2 helai daun pandan dgn 41/2 cwn air)
garam sikit
Campur semua bahan-bahan ni, tapis dan kacau atas api sederhana hingga masak...berkilat,
cepat-cepat tuang dalam acuan atau bubuh saja dalam loyang....kalau lambat nanti tak licin.
masak air gula melaka campur sikit gula putih.

biarkan kuih ni sejuk, bila nak makan tuangkan sikit air gula merah tadi...kalau buat dalam bekas besar...potong kiub , insyaallah sedap....
Selamat mencuba.

Friday, August 12, 2011

kuih sagu merah......



Assalammualaikum........tentu semua orang akan tegur kelapa kuih ni yang kasar-kasar...buruk betul rupanya.....tak tau le kenapa macam tu....tapi yang penting kuihnya sedap...manis dan lemak-lemak masin kelapa tu....nyaman je makan lepas terawih...minumannya dah tentu teh O panas, nipis dan kurang manis.
Buat kuih ni tak de resepi khusus...agak-agak je.....tapi masih boleh buat dengan cantik.......
Sape-sape nak buat blh ikut cara ni:
Bahan
1 cwan sagu
4 cwn air
warna merah perisa ros
daun pandan
Cara
sagu basuh dan toskan airnya
masak air, gula , pewarna dan daun pandan.....sampai mendidih,
Bila mendidih...keluarkan 1/2 air tu, masukkan sagu....kacau selalu...masa ni kalau nampak tak berapa nak jernih sagu tu, tambah air yang kita keluarkan dari periuk tadi sikit-sikit. Bila dah puas hati, kepekatan dan jernihnya kuih tu..tutup api dan tutup periuk tu...kacau selepas 5 atau 10 minit- ni untuk pastikan biji-biji putih sagu tu dah hilang. Ada juga kawan-kawan yang kukus., letak dalam loyang , biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.
Gaul dengan kelapa muda berparut dan digaul garam.

Selamat mencuba..

Pengat pisang ...campur durian



Assalammualaikum.......Sabtu hari ni..13.8. dan jarang sekali sama dengan tarikh bulan Islam 13 Ramadhan....., maknanya semakin hampir kita akan tinggalkan bulan yang penuh barkah ini, dan sebenarnya ibadah puasa ini masih boleh diteruskan bila-bila masa....kecuali hari-hari yang diharamkan berpuasa....dan yang tak pernah tinggal bila puasa ialah juadah yang manis-manis....memberi tenaga sebenarnya....
Pengat pisang campur durian ni faberet suami, dah dua kali buat, cuma yang mula-mula buat hr tu terlupa pasal durian yang dah  beku dalam peti ais....dan bila buat kali kedua..pisangnya dah agak ranum sangat tapi kita ada cara macam mana nak bagi pisang tu nampak tak kembang sangat....ok caranya:

Pisang dipotong biar besar sikit..
Air gula melaka pekat 1/2 cawan pun cukup (siap bertapis)
Gula pasir agak-agak manisnya...
Semua ni masuk dalam periuk, masak atas api sederhana kacau sekali sekala saja, cukup untuk ratakan dan balik-balikkkan pisang tu...

Kuahnye..
Santan ikut banyak mana nak buat, kalau pisang nya byk, byk le kuahnya...
daun pandan disimpulkan
3 atau 4 ulas durian.
Semua ni dimasak sampai mendidih
masukkan sikit garam

Bila dah siap, tuangkan dalam periuk yang berisi pisang tadi, biarkan mendidih sekali lagi dan angkat.
Selamat mencuba.

Thursday, August 11, 2011

cara berlauk.....mmg tak de gula..



Assalammualaikum..........Alhamdulillah, dah 12 hari berpuasa hari ni. Sikit hari lg sibuk pula dengan persiapan
biskut-biskut raya, dan kek-kek raya.....nak biskut tunjuk-tunjuk juga ke...., boleh je bagi yang sentiasa sibuk, apa salahnya bg pulak rezeki kita yang lebih tu pada orang lain......., bagi yang berkesempatan boleh buat sendiri....sekarang ni banyak resepi kat blog kawan-kawan dan buku-buku resepi pun banyak...boleh cuba. Ini juadah berbuka kita petang semalam (11 Ramadhan), buat kuih yang mudah, dan cepat siap, Nak buat sikit tapi dapat banyak juga....3 kali bakar....21 biji.... ok kita tengok bahan-bahannya;
Bahan;
1 cawan tepung gandum
11/2 cawan santan (dah campur yang pekat ngan air)
sikit garam
setitik dua pewarna kuning
Semua ni di blend dan tapis- kalau nampak pekat tambau air sikit
Inti,
1/2 mangkuk serunding daging - potong pendek kalau bertali-tali panjang
cili merah ptong nipis, kecil untuk hiasan atasnya
daun bawang - potong pendek- untuk tabur- hiasan
Cara;
Panaskan acuan, masukkan adunan tepung dan masukkan inti di dalamnya, hias dengan cili merah dan daun bawang tadi, tutup acuan dan tunggu masak....

Selamat mencuba.

Tuesday, August 9, 2011

jongkong....betul ke nama nye........




Assalammualaikum.....satu lagi kuih orang tua dulu-dulu.....pernah jumpa kat pasar ramadhan tak....rasa-rasanya entah lah kan.....mungkin ada agaknya...kita je tak pergi pasar ramadhan macam mana nak jumpa...
Ni pun dah lama teringin nak buat....hari ni baru jadi. Sebenarnya bila buat kuih ni , teringat masa dulu pernah masuk pertandingan buat kuih tradisional yang gunakan tepung beras, dan mmg kuih ni le yang jadi Johan, masa tu malu sangat, maklum le...orang lain bawa kuih yang pelbagai rupa dan gaya..., tapi hakim pilih kuih ni
mungkin rupanya yang unik dan rasanya mmg sedap. Resepinya mula-mula dulu agak-agak je..tapi kalau nak buat boleh ikut yang tertera kat sini.
Bahannya;
daun pisang secukupnya, potong 7 x 7 inci, celup dalam air panas, dan di keringkan(dilapkan)
1 cwn tepung beras
3 cwn air daun pandan
sikit garam
Campur semua, tapis dan kacau atas api sederhana sampai masak...berkilat sikit...biarkan sejuk sikit

1/2 cwn santan pekat
1/4 cwn air
1/2 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu makan tepung beras
campur semua dan tapis

1 cwn air gula melaka biar pekat sikit.

Cara.
Letakkan sesudu makan tepung yang dah masak tadi di tengah daun pisang tu..., masukkan air gula dan adunan santan....lipat macam gambar tu...macam buat tapai....kalau yang pernah buat...yang tak pernah buat mcam mana ye....sediakan kukusan, buat sampai habis dan kukus. Pastikan daun pisang jangan bocor, nanti tinggal tepung je dalam bungkus daun pisang tu....boleh faham ke ni..... Kukus 10 minit cukup. Sejukkan dan bolehlah hidang untuk bbuka....sedappppp.....lemak, manis....tepung yang lembut, harum daun pandan dan daun pisang tu lagi memikat.
Selamat mencuba.




kuih limas....tepung pelita.....kuih sampan..



Assalammualaikum........anak-anak kata , kuih ni kuih sampan....juga jadi kegemaran anak bujang yang sorang tu...semalam sampai rumah jam 5.30 petang masih berkesempatan siapkan kuih ni...sian pulak balik sekali sekala nak makan kuih mak buat....,juga tak nak membazir daun pisang lebih buat kuih lopes sebelum ni....tak boleh cerita panjang...ngantukk sangat...tapi yang penting SelagiAdaGula mmg suka buat kuih manis tradisional kan...kan....Kuih ni tak secantik mana..tapi sedap...cukup lemak, masin dan manisnye , jadi le..untuk makan keluarga...., bukan tak nak beli..tapi sllnya kalau beli,... tak menepati cita rasa...
ok..kita tengok bahannya..
daun pisang secukupnya...buat sampan...kalau dulu-dulu bersukat...guna kotak mancis...jadi comel le sampan tu, skrg tak sempat dah...., bila dah siap semua, masukkan 1 sudu gula pasir dalam sampan tu dan ketepikan dulu.
1 cwn tepung gandum
11/2 cwn air daun pandan
1 sudu sedang gula
semua ni diblend dan tapis.

Panaskan kukusan....sementara tu isikan separuh sampan dengan adunan hijau ni, dan kukus bila air kukusan mendidih.

masa ni pula, cepat-cepat buat yang warna putih pula....
1 cwn santan pekat
1/2 cwn air
3 sudu makan tepung beras (blh kurangkan sikit kalau nak lebih lembut)
garam secukupnya- biar masin sikit
campur semua dan tapis
........bila lapisan bawah dah keras sikit, perlahan-lahan tuangkan adunan putih ni..penuhkan sampan tu..kukus lagi sampai masak....angkat dan sejukkan...
ok...siap..
Selamt mencuba.

Mini mertabak......pasar ramadhan



Assalammualaikum......hari yang sama juga kita sempat  buat mini mertabak ni...dan biasa le, bila ramai anak..bukan semua yang suka dengan juadah yang manis-manis...ada pulak yang nak kuih pedas...dan bergoreng...tak pelah masih ada secubit gula dalam inti mertabak tu..kalau tak..tak boleh duduk dalam blog ni...Ini juga resepi yang mudah..dulu-dulu bila anak suka beli, kita buka kulitnya dan belek inti dalan nye, dan rasanya bolehlah buat sendiri...
Bahan
Kulit popia - saiz sederhana

Inti
1/2 paket daging kisar - keluarkan dr plastiknya jirus air  dan biar tos
2 biji kentang -rebus, potong dadu
1 biji bawang besar - juga potong dadu
2 - 3 sudu besar rempah kari daging
2 biji bawang kecik da 2 ulas bawang putih, tumbuk untuk tumis
2 biji telur, garam
Cara;
tumis bawang putih,b/merah, masukkan rempah kari (bancuh ngan air dulu), bila naik bau masukkan daging kisar- kacau hingga masak, masukkan bawang besar, kacau hingga layu dan masukkan kentang, garam, juga sikit gula (kalau suka). Angkat dan sejukkan.

Bila nak mula...bolehlah masukkan telur yang telah dipukul sikit dalam inti yang sejuk tadi. Hamparkan kulit popia, letak inti agak-agak je banyak mana. nipiskan inti dan lipat kulit popia tu. Lekatkan dgn sikit bancuhan tepung gandum cair. Sedia untuk digoreng. Gunakan kuali nipis..minyak sikit je.
Maaf ye...tu je yang mampu dicatatkan untuk rujukan anak menantu dan sape-sape yang berminat.

Selamat mencuba....

Pengat nangka...... campur keledek .....



Assalammualaikum.....ni kes ambil gambar nak cepat...tak sempat nak letak daun pandan pun sebagai hiasannya...tak pe lah..yg penting nak kongsi resepi ni...sbb ada ramai yang tak tau nangka tu sedap bila dibuat pengat....kita sekeluarga mmg dah biasa dengan pengat ni, lebih-lebih lagi kalau buat berbuka..
Bahan
Macam biasa..mesti ada nangka, keledek, santan, gula, gula melaka, daun pandan disimpul
Cara
Keledek kupas, potong kecil, masak sampai empuk, masukkan santan, gula, gula melaka (masak dulu dengan sikit air dan tapis), daun pandan disimpul, bila mendidih masukkan nangka yang telah dipotong. Biar mendidih sekejap dan angkat, tak perlu lama sangat ...nangka tu cepat masak.
Masukkan juga sikit garam.
Dah siap...harumnya bau nangka campur daun pandan....
Selamat mencuba.

Sunday, August 7, 2011

lopes....lopeh....lopez........


Assalammualaikum.......cuti Sabtu dan Ahad sibuk sangat, masak macam ada kenduri kat rumah. Macam tu lah bila semua anak dan menantu balik. Untuk berbuka kelmarin maknye sempat buatkan kuih lopes ni...bukan nya apa...kuih ni boleh dibuat awal...jadi petang boleh masak lauk-lauk pulak. Kuih tradisional yang sekarang ni di buat oleh orang-orang veteran je....
Nak cepat ni...jadi boleh tengok caranye buatnye....
1. Tanak pulut ngan air daun pandan...macam masak nasi tu, tapi kurangkan sikit airnya, jangan lupa letak sikit garam dan pewarna hijau sikit...gambar tu mmg tak nampak hijaunya...tak letak apa pewarna..
2. Dah masak..biar sejuk sikit...bungkus dengan daun pisang (layur dulu)....saiz lemang....ikat dengan tali dan
rebus....didihkan air terlebih dahulu.
3. Sejukkan...dan bolehlah dipotong, gaul dengan kepala muda parut yg digaul dengan garam.
4. Bila nak dimakan tuangkan air gula melaka......sedapppp

Selamat mencuba....

Friday, August 5, 2011

Suji Brunei....

Add caption


Assalammualaikum......ada ke orang dah mula buat biskut raya......mesti le adakan ..terutama bg yang berjualan dan mengambil tempahan.....dah banyak tahun SelagiAdaGula tak ambil tempahan, cuma buat sikit-sikit untuk keluarga sendiri je....bagi gambar kat atas tu kita buat masa rehat hari Jumaat semalam....orang-orang pejabat nak minta kita tunjukkan cara buat biskut Suji Brunei ni...kita tunjukkan cara...depa yang buat..tak de apa yang susahnya....ikut je cara yg tertera mesti jadi.....gambar ke dua tu ..Pn S...... lomor bedaknye banyak sangat.....putih melepak...hahaha...Tapi sedap...rangup..., dengar khabarnya kat Ipoh di jual RM40 lebih..., kita turunkan resepi kat sini...raya tahun ni tak payah beli ye...buat sendiri...
Bahan;
A;
150 gm mentega
100 gm minyak sapi
60 gm gula ising (masa belajar dulu, bahan ni tak de pun) tapi kita bubuh juga sbb tak semak dengan resepi asal. Kalau tak ikut rasanya kurang manis sikit.
1 biji kuning telur
B
100 gm gula caster
100 gm emping jagung (kisar)
100 gm tepung jagung
60 gm tepung suji
Gaul semua bahan ni - ketepikan dulu
320 gm tepung gandum

Hiasan
50 gm gula ising
50 gm tepung susu

Cara;
Sebatikan saja bahan A hingga rata, masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi, diikuti dengan tepung gandum yang dimasukkan sikit-sikit.....ikut lembut.....takut nanti kalau dituang semua keras pulak......
Canai dan terap dengan acuan bulat bujur...boleh lah dibakar....ikut kesesuaian oven masing-masing.
Bila sejuk
...golekkan biskut dalam gula aising dan tepung susu...                                                                                
Selamat mencuba....

kuih cara manis....semanis gula




Assalammualaikum.....mengantukkknyer.....tapi nak kongsi juga kuih cara ni. Kuih ni rezeki bbuka semalam...hari ni kita buat cucur udang je. Saja untuk rujukan anak-anak yang baru berjinak-jinak ke dapur, macam kak ngah....kalau teringin nak buat tak payah lagi telepon mak......Senang je buatnyer.....ok kita tengok cara buatnye;
Bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1/2 biji telur
secubit garam
Cara;
1. daun pandan diblend dengan air dan santan tadi, kemudian ambil airnya.
2. Campurkan air pandan bersantan tadi dengan tepung, telur dan garam, juga diblender.
3. Sedia untuk dituang dalam acuan kuih cara, dan bakar dngan api perlahan dan tutup acuannya. Tapi sebelum adunan di tuangkan, acuan mesti sapu minyak sikit.
Kalau tak de daun pandan, guna saja pewarna hijau epal dan perisa pandan. Guna dua tiga titik saja.
Selamat mencuba...

Wednesday, August 3, 2011

teh tarik dangdut....sedapppp


Assalammualaikum....hari ni berbuka puasa boleh cuba pulak teh dangdut ni...nama yang diberi oleh Pn. Rohani..dan minta izin Pn Rohani untuk dikongsi cara buatnye di sini...boleh ye.....ramai yang nak tau macam mana teh nye boleh timbul kat atas tu...ok, kita tengok caranye....
Bahan
1/2 cawan teh pekat (jenama  apa pun tak pe - sy guna lipton je)
dah tu ketepikan...
3 sudu besar susu pekat - buat susu tarik dulu (macam orang buat teh tarik tu)
atau ikut kesesuaian gelas masing-masing.....
bila dah siap...tuangkan perlahan-lahan teh pekat tadi, ikut tepi gelas je...

Insyaallah teh nye akan timbul macam dalam gambar tu....cuba ye....kalau sape-sape yang dah tau anggap ini sebagai ulang tayang je....
 Tak sesuai juga untuk orang yang kadar gulanya tinggi..
Selamat mencuba.