Saturday, February 23, 2013

tempahan pertama selepas kenduri kawin..17.2.13

Assalammualaikum......selepas cerita pasal bibik lama pulak diamkan diri...bukan apa-apa, cuma macam biasa, bila ada tempahan barulah ada entry baru. Yang ni tempahan dari rakan sekerja..untuk sambutan hari lahir anaknya, Dah berani ambil tempahan semula selepas habis kenduri anak kawin seminggu sebelum ni.

Jalan-jalan pergi Cameron lepas kenduri, singgah tempat jualan kektus...orang lain sibuk beli kektus pelbagai rupa SAG hanya beli tempat pasu kektus yang kecik ni...saja beli nak letak cup cake....

cup kek coklat...dihias butter icing dan ditambah seri dengan bunga dan daun kecik dari fondant. Terima kasih cikgu kerana mencari SAG.

Tuesday, February 19, 2013

cerita bibik..malaysian vs indonesian

Assalammualaikum semua...salam sejahtera.....pagi-pagi tadi dapat mesej dari kak ngah ..tanya 'mak bibik kita semua berapa ye'...dalam keadaan ingat-ingat lupa kita pun kata 12...tapi bila ingat semula ada 13 semuanya..tapi 3 darinya dah tak ingat nama. Nak kongsi juga cerita berbibik atau berpembantu rumah ni....semuanya ekoran dari video bibik indon yg tak berhati perut..melambung bak menebar roti canai lagaknya kepada cucunda Mohd Harez bin Mohd Zamri 4 bulan...memang tak sanggup tengok...air mata turun laju sambil ingatkan dua cucu kat Kota Damansara dan Shah Alam (usia yang sama dengan Harez) yang dijaga bibik Indon.. harapnya kak Roqayah (Rok) dan bibik Pipin baik-baik lakunya di sini.  Pengalaman berbibik samaada Malaysia atau Indonesia sama aja...ada yang baik dan sebaliknya. nak cerita dari mula...
Sejak kandungan pertama mak berusia 8 bulan, opah dan tok Teluk Intan dah bising...sape nak jaga anak ko ni...mulalah opah risik-risik anak sedara dia yg tak kerja kat kampung tu...tapi bila abang lahir..opah pulak nak jaga..macam tak nak bagi mak bawa balik Ipoh....tapi bila abg dah umur 6 atau 7 bulan ..anak sedara opah kak Terah nak pulak ikut ke Ipoh jaga abg...maka mulalah era ada pembantu rumah. Tapi  masa kak Terah ada..opah juga sentiasa ada kat rumah mak ...maknanya sama-sama jaga...sampai le opah percaya yg kak Terah boleh jaga abg sendirian...Kak Terah memang penyayang orangnya...rajin masak, berkemas ...jaga abang sampai abg pandai bercakap...menyanyi..sayangnya kak Terah pada abang sampai tapak kaki abang pun kak Terah cium masa abg tido dalam buaian (masa tu buai kain) bila kaki abg terjuntai keluar dari buai. Sampai masanya kak Terah berhenti juga..dah sampai masa disunting orang. Selepas kak Terah pembantu kita orang Manjoi...miang sangat...bila mak abah pergi kerja ..rupanya bawa jantan masuk rumah..ni semua jiran yg bagi tau. Bila rahsia dia mak dah tau..dia berhenti sendiri, ditinggalnya abg kat rumah jiran...kat rumah cikgu Saharudin, nasib baik tak dikuncinya abg dalam rumah.
Kecoh pula nak cari pengganti...dulu-dulu kita iklankan dalam surat khabar...pilih punya pilih dapat pula yang nama Kamisah...juga budak yang sangat baik..penyayang dan suka sangat menyanyi....penyanyi pujaan Kamisah Francisca Peters..tu la abg sampai sekarang pun pandai nyanyi...kecik-kecik dah dengar pembantu rumah ni menyanyi...tak dinafikan suara Kamisah memang sedap.
Masa ni rumah kita kat Meru Heights pun siap...bila kita pindah...suasana berubah...kamisah kata rumah kat Meru besar sangat...sunyi...tak de kawan...jenuh pujuk ..tapi akhirnya berenti juga.
Bukan satu kerja yang senang nak dapat pengganti...masa macam  ni...opah le yang datang jaga buat sementara. Masa ni juga kak ngah dah lahir....iklan lagi...dapat pula yang nama Salmah...orang Bota...allahuakbar budaknya...tapi dari tak de langsung ambik juga bekerja....pengotor...berkutu...kuat tido tapi lama-lama ok juga..mak jaga macam adik mak.....tapi sabar je la...kain napkin kita hilang...seluar kecik budak-budak ni hilang...bukan dia curi ..tapi buang dalam lubang tandas...tak nak basuh mungkin sbb ada najis. Rahsia ni terbongkar sbb tandas tersumbat..panggil orang bukak septik tank....berlambak kain napkin dalam tu......mengucap panjang...tapi apa nak dikata....Salmah kuat mengorat juga....masa buang sampah pun sempah ngorat org DBI yg kutip sampah tu...ngorat polis yg buat ronda...dan akhirnya dia kawin juga dgn polis Jelapang  yg meronda kawasan Tmn meru...petang-petang bw abg dating ..jumpa abg moto merah.
Bila Salmah berhenti...masaalah lagi...pujuk balik Kamisah...dan Kamisah datang semula, tapi tak lama.
Setiap kali pembantu berhenti , mulut pun tak pernah berhenti bertanya kawan-kawan dan sape-sape saja yg ada sedara mara yg sanggup nak jadi pembantu rumah kat rumah Cikgu Siti ni. Sampai pada org mesen rumput pun tanya, dan akhirnya dapat le pembantu rumah sedara orang mesen rumput yg sll mesen kat rumah tu. Zaini namanya, orang kata 'bodoh-bodoh alang'. tapi kita masa tu tak ingat apa...yg kita tau anak kita ada org jaga...kain baju ada org basuh sbb bab masak semua mak yang buat. Budak ni satu hal..bodoh bendol...nengok jam pun tak tau...abc pun tak tau , sembahyang jauh sekali....masalah lagi...berenti lagi.
Iklan lagi...kali ni dapat orang Felda Lasah...pergi la ambik kat Felda tu.....nampak macam baik dan nak kerja sangat...tapi baru sehari dah menyandar kat kereta minta dihantar balik...petang tu juga hantar..maknya kata agaknya tak de sungai nak teghojon jadi tarzan...wah ....sudah budak ni....
Lepas budak ni berenti...dengan bantuan bapa angkat suami yg isterinya org seberang, bermulalah era bibik seberang...yang mula-mula ni kita panggil T ..., yg bayarannya hanya tambang dia datang je..tak de ajen lagi masa ni...boleh bekerja..tapi selalu sangat sakit gigi...eee geli betol, T ni pulak sll diganggu sedara mara dia yg dah mmg ada kat Malaysia ni..mulalah banding gaji sini tak lumayan, kerja sana lebih lumayan..akhirnya berenti sbb nak cari gaji yang lebih lumayan...tapi akhirnya mak dapat tau dia kerja sebagai pembantu rumah juga kpd pasangan polis yang duduk rumah flat je...padan muka..tidor kat ruang tamu...rumah tak de bilik...nak sangat gaji lumayan ..mmg sakit hati..kita yg bw dia masuk Malaysia...dia berenti.. kerja tempat lain..puiii..
Selepas ni rasanya tok Teluk Intan bawakan anak buahnya dari kampung yang nama Wati.. Masa ni abang dah sekolah rendah, kak ngah dah tadika  dik Hier umur 2 atau 3 tahun...kecohnya...bebudak tiga orang ni dijaga kak Wati....nampak macam semuanya ok..balik sekolah bebudak diam..dah mandi...rupanya pandai betol depa berlakon...Wati yang juga sedara ni juga pandai berlakon ...sampai tak boleh kesan kasarnya dia pada budak-budak tiga orang ni...ada yg kena toreh pisau...dilibas dengan pembaris..kena air panas,,kena gam mulut (dengan pad pulak tu.....)..kalau ditanya ada je jawapan yg telah dirancang jawapannya, yg kita pun tak syak apa-apa. Budak bertiga ni  sebenarnya tak boleh mengadu apa-apa..sbb esoknya akan kena terok lagi...siannya anak-anak mak masa ni... Satu hari rahsia dia terbongkar..memang terus diberhentikan...tok pun marah bukan main..
Lepas Wati.. tok tak nak cari dah orang kampung...kata tok banyak bas/van dah masuk kampung..depa suka kerja kilang dah..atau pun tok dah serik tak nak cucunya didera org kampung sendiri...sian tok...
Rasanya masa ni ajen pembantu rumah dah banyak...mula ambik bibik Indon...yg sorang ni lupa nama dia ..sbb kejap sangat..dia kata tak boleh tengok dik Hier katanya teringat cucunya...sedih nanti bisa nangis..
Muncul le Ani...orang Medan..gaya pelakon Indon gitu...tapi suka nangis juga...sll ingat dirinya dianiaya ajen...kata Ani dia tak betah kerja rumah tangga kononnya dia nak kerja salon..ada ijazah kosmetika katanya...kerjanya hari-hari nangis kat belakang rumah tengok album yg sampai lusuh dipegangnya..rupanya ada gambar cowoknya!!!! ke dapur tak pandai...gosok baju tak tau...satu tahun hantar balik Indon...dan masa  ni juga lahir dik Lia...tapi bila Ani ni buat hal macam ni..tu la opah ambik dik lia bawa ke teluk Intan...
Lepas Ani kita ada Sumini...wahhh lagi hebat....orang jawa timur..berjalan tak nak pakai kasut..obat katanya...bau badan Tuhan aje yang tau..kalau pergi jalan -jalan Sumini kena naik kereta abah...anak-nak mak semua masuk dalam kereta mak...hahaha (kena dua kereta), suka panjat pokok rambutan kat belakang rumah ni..suka gaduh juga...sampai bagi kat dik Hier parang panjang suruh bunuh dia..konon nya tak larat dengan kerenah dik Hier yang memang tersangat lah nakalnya masa tu....Dia ni sebenarnya bila dah tamat tempoh dua tahun nak sambung lagi...tapi semua orang tak nak...kesian juga...tapi nak buat cam  mana..kena juga hantar balik pada ejen...
Tak berenti lagi kat sini....masa ni tak  nak juga hantar rumah orang...sbb abah kome tu bukan rajin sangat nak berangkut kat rumah baby sitter..mak pagi-pagi dah pegi sekolah...nak tak nak cari lagi bibik...dan alhamdulillah kita dapat Esah...sangat baik...macam langit dengan bumi bila banding dengan Sumini. Pernah kerja kat Saudi Arabia..dan abang pun diajar sikit-sikit cakap arab. Esah bersih orangnya...kulit putih lawa..cepat belajar dan faham kehendak kita...Esah ni bila dah cukup dua tahun ..lambat sangat buat keputusan nak sambung lagi.....yang akhirnya kita hantar juga dia balik..tapi sebenarnya dia tak nak balik lagi.....tak pe la..kita cari pengganti lagi...tak habis-habis..sbb anak pun makin bertambah..rumah makin riuh..yg mmg perlu ada pembantu.
Sampailah era bibik Warti....yg sebelum ke rumah kita pernah kerja dengan keluarga Cina kat Ipoh ni...sedar diri agaknya diperlakukan macam-macam oleh majikan Cina..Warti memang senang sekali kerja dengan mak...cepat belajar, rajin, yg buat kerja tak henti-henti macam tak rasa penat. Masa ni juga mak dah mula buat kek..buat biskut raya..bibik rajin nya tolong....rajin sangat-sangat, sbb dia juga di Indonesia berjualan katanya. Tapi akibat pembangunan persekitaran banyak rumah-rumah baru dibina di keliling rumah kita..bibik masih muda ...jiwa wanita yg jauh dr suami..menyebabkan bibik Warti hilang pertimbangan..terpaut dengan mungkin warga senegaranya yang bekerja kontrak buat rumah depan rumah kita...yang akhirnya bibik Warti lari ikut mamat Indon ni walau pun dah tujuh (7) tahun berbakti dengan keluarga kita. Kita semua terasa sangat dengan kehilangan bibik Warti....lebih-lebih lagi dik Im yang masa tu umur tujuh tahun ...demam cari bibik.
Lepas bibik Warti lari ..kita tak ambik bibik dah...anak-anak mak pun dah besar..dah pandai urus diri..mula pula era duduk kat rumah orang......hanya dik Lia dan dik Im saja..abang masa ni dah duduk asrama, kak ngah pun, dik Hier juga dah duduk asrama...cuma mak yang rasa susah sangat..semua kerja nak buat sendiri..maklum 21 tahun mak ada pembantu walaupun bersilih ganti.
Walau siapa dan macam mana rupa dan perangai pembantu rumah kita...terima kasih semua, semuanya ada menyumbang kepada karier dan minat mak kepada pembesaran dan kejayaan anak-anak mak. Tanpa pembantu rumah yg Malaysia atau Indonesia tak mungkin kita berada ke tahap ini. mungkin mak tak de masa nak santai-santai dengan semua anak-anak mak...nak bacakan buku cerita pada anak-anak mak, nak hantar anak-anak mak ke pertandingan-pertandingan nak tengok buku-buku sekolah anak-anak mak, nak ajar nak tunggu anak-anak mak buat kerja sekolah..Mak juga tak mungkin dapat pergi kelas-kelas masak masa tu...Alhamdulillah semua anak mak berjaya setakat ni....kepada semua pembantu rumah kita dan bibik Indonesia yg pernah kerja dengan kita mak doakan depa juga bahagia bersama keluarga masing-masing. Walaupun mak tau ada bibik kita yang cari kita, nak kerja balik dengan kita. Kepada anak-anak mak yang sekarang ni berbibik pulak pesan  mak...anggap depa tu sebahagian keluarga kita..insyaallah cucu-cucu mak tu akan dijaga dengan baik. Doa selalu kita tak dapat bibik yang ada penyakit mental. Masa mak menaip ni..intai juga TV...bibik kejam tu dah dijatuhi hukuman 20 tahun penjara! wajar ke...kalau kesannya mungkin seumur hidup kepada generasi kita! Terima kasih kerana membaca catatan SAG yang memang panjang berjela ni.

Monday, February 18, 2013

Bunga-bunga SAG.........

Assalammualaikum ......cup cakes fondant yang paling simple yang pernah dibuat. Macam ni le bila dah semua benda nak dibuat sendiri.


Terima kasih  banyak-banyak Wani yang sangat  ringan tulang membantu SAG, bila rasa terdesak sangat SAG akan call Wani, dan Wani seperti biasa tak pernah kata tidak kepada SAG untuk membantu. Segala pertolongan dan budi baik Wani Allah jua yang membalasnya. Begitu juga Ameer suami Wani dan dua orang anak dara Wani...semuanya rajin-rajin belaka...dah macam sedara kepada keluarga SAG. Semoga hubungan baik ini akan berterusan sampai bila-bila. Aminnn

Ni sebenarnya buah tangan yang SAG isikan dalam goodies bag kepada tetamu dari pihak perempuan yang datang bertandang semasa majlis perkahwinan anakanda SAG tempoh hari. Buat yg paling simple...harapnya tetamu suka dengan cenderamata ni...dan maaf juga tak dapat buat untuk semua tetamu yang hadir...

Wednesday, February 13, 2013

tujuh tingkat dan tujuh pesanan mak...

Assalammualaikum semua.....sangat puas hati dapat menyiapkan kek tujuh tingkat buat perkahwinan anakanda ketiga ni, mesra dipanggil dik Hier, memang seboleh mungkin semuanya hendak disiapkan oleh maknya ni...dari buat hantaran untuk merisik dulu (2012) hinggalah buatkan hantaran pertunangan dan seterusnya buat kek hantaran dan kek perkahwinan ini.

Sebenarnya dik Hier minta buatkan kek bentuk topsy turvy...tapi kesuntukan masa tak boleh nak buat...sbb kalau nak buat kek yg bentuk-bentuk lain ni kena ambik masa sikit nak memikirnya, walau pun dah berulang kali tengok kat you tube,  masih kurang yakin juga. Tapi apa pun alhamdulillah kek tujuh tingkat ni juga dah memadai. 


Kalau dilihat tajuk bg post ni....tujuh tingkat dan tujuh pesanan mak...sebenarnya kebetulan saja....Dik Hier dalam blognya Cucunenekkebayan menyatakan rasa hatinya yg gundah menjelang tujuh hari lagi bergelar suami (pd tarikh itu), setelah tujuh tahun mengenali Nana (gadis pilihannya) yang sama-sama belajar kat Universiti Malaya, dan maknya saja-saja beri tujuh pesanan dalam ruangan komen kat blog tu tujuan nak usik-usik je....tapi bila buatkan keknya , jadi pulak tujuh tingkat. Walaupun keknya tak sama saiznya....bukan pulak bermakna pesanan-pesanan yang tujuh ni tak sama beratnya...semuanya sama saja...Mak turunkan sekali lagi tujuh pesanan tu di blog SAG untuk semua yang sudi baca

  • Fahami dan hargai hati wanitanya
  • Minta dan hormati pandangannya
  • beri perhatian padanya
  • bertanya masaalahnya dan cuba selesaikan bersama-sama
  • jadi juga pendengar setianya
  • puji kecantikanya dan anggunnya dan puji juga masakannya
  • sentiasa tawarkan juga bantuan padanya.         

Sunday, February 10, 2013

Tujuh tingkat dan tujuh pesanan dari emak...

 Assalammualaikum semua......9.2.13 tercatat satu lagi sejarah keluarga  bila  anak ketiga ni melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, bermakna tambah sorang lagi ahli keluarga. SAG buatkan kek kawinnya tujuh tingkat bagi memenuhi permintaannya sejak dulu lagi. Itulah yg selalu disebut bila abang dan kakaknya kawin dulu SAG buatkan kek kawin lima tingkat.

Ni dua biji kek bahagian bawah sekali..saiz 14 dan 13 inci...juga  seperti yang telah didesign nya. Cuma bunga tu dah layu..sbb majlis dah habis baru ambik gambarnya.

Ni pula 5 tingkat bahagian atas...SAG pisahkan dengan gelas kristal...tak boleh buat tujuh tingkat sekali..berat sangat. Keknya kek butter perisa oren je....dema kata sedap..

buat yang senang tapi kena pastikan nampak cantikk....Terima kasih semua....



Sunday, February 3, 2013

kek hantaran ....untuk Nana



Assalammualaikum semua....jumpa lagi. Dah selesai menghantar hantaran dan akad nikah juga resepsi perkahwinan anak baru berani nak letak kat blog maknya Selagi Ada Gula ni. Ni satu daripada hantaran hasil tangan SAG untuk anak lelaki SAG yang dah berlangsung pada 1.2.13 dan 2.2.13 kelmarin. Dik Hier (dah kawin pun masih panggil dik Hier lagi) sebenarnya nak yang simple je. Rasanya ni pun dah simple, ikut tema tapi cincin tu terpaksa juga letak atas kek sebab tak nak tambah dulang hantaran, dah janji pihak laki-laki bawa tujuh berbalas sembilan. Kek nya macam biasa kek buah SAG . Bunga ros tu..tak sempat juga nak buat macam yg dah belajar kat Chef Shahril dulu..jadi juga ros SAG...tak pe lah janji cantik dipandang ..dan tentu sekali sedap dirasa. Dah tiga anak-anak SAG ke jinjang pelamin dan alhamdulillah semua hantaran dan kek perkahwinan sentuhan maknya...tunggu dua lagi...yang sorang ni mungkin tak lama juga dan sorang lagi mungkin lambat lagi....kepada anak-anak mak dan anak-anak menantu juga keluarga  harap suka terima hantaran sentuhan mak...dan doakan mak sihat, dipanjangkan usia ...nanti mak boleh buatkan hantaran lagi.....

biskut butang.....cantikkk


Assalammualaikum semua.....lama tak de entry baru...kalau kata sibuk...ramai lagi orang yang sibuk tapi itulah hakikatnya.  Sebenarnya dalam apa pun yang kita buat perancangan mesti ada, tapi dalam masa yang sama macam mana pun kita merancang nak kan yang terbaik...Tuhan lebih mengetahui...perancangan Tuhan lebih baik pada kita semua, dan alhamdulillah sampai setakat ini SAG masih boleh memenuhi kehendak anak-anak....lebih-lebih lagi dalam memenuhi permintaan anak yang nak kawen ni. Gambar ni semua orang pun tahu..biskut butang..atau biskut gula..biskut yang ada cerita tersendiri...dan kekal lama sampai hari ini.  Cantik bewarna warni...ada yang hanya suka makan gulanya...ada juga yang suka makan biskutnya. Jangan tanya kenapa SAG letakkan dalam blog ni....nanti tau...ok. Terima kasih kerana sudi baca.