Saturday, May 28, 2011

Apam senang.....



 Assalammualaikum....pagi ni kita buat apam senang .....sarapan sampingan  sbb ada nasi lemak. Kak Ngah nak balik ke Syah Alam , makan dulu baru balik....Nak cerita pasal apam ni...mmg senang nak buatnye dan dapat pun banyak. Terima kasih pada penyumbang resepi yg kita ambil dr kongsi resepi, tp dah lupa dari siapa. Boleh juga kongsi kat sini.

Bahan 1 (gaul dan ketepikan sekejap)
1 cawan tpg gandum
3 cawan tpg beras
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan

Bahan 2 (kisar sampai betul2 hancur)
2 cawan nasi
3 cawan air

Campurkan bahan 1 dan bahan 2- biarkan 1 jam
Apabila sudah kembang, isikan ke dalam acuan. Kukus 10-15 minit. Acuan sapu dgn sikit minyak.
Selamat mencuba.

kek butter cream- bunga pink






A

Assalammualaikum......kek ni siap pagi tadi, dah pun dihantar ke rumah pengantin. tak de idea nak buat mcm mana....tengok mcam sama je. Dan sebenarnya mmg tak de masa nak mengintai-intai blog kengkawan...rs teramat le sibuknya minggu ni...semua kerja nak buat cepat je dan nak sesempurna mungkin. Tempahan juga banyak minggu ni..malam tadi juga sempat lagi buat apam pandan comey...dan agar-agar cendol. hari ni ready pulak untuk cup cakes  100 biji untuk hari rabu ni.. Terima kasih saudara mara dan kawan-kawan yg sudi tempah drp SelagiAdaGula.....

kek hari guru - Sekolah sendiri




Assalammualaikum....tengah ada masa... semua gambar yang tertangguh semua nak dimasukkan hari ni juga.
ni kek hari guru untuk sekolah sendiri....dalam keadaan yang kelam kabut, macam-macam hal sekolah masih sempat siapkan kek ni....ramai yang tertanya-tanya macam mana boleh letak lencana tu...boleh makan ke...dan macam-macam lagi..puas juga nak manjawab hari tu....Ada juga yg tanya ada oven besar ke..
Dan kepada pelajar-pelajar, cikgu minta maaf, tak daya le pulak nak buat untuk semua......Selamat Hari Guru
untuk semua cikgu-cikgu saya di SMKRS, Ipoh.

kek hari guru - american coklat kek




Assalammualaikum......ni kek bahagian bawah dari kek blueberry tadi...sebenarnya terlupa nak letak bunga...tu la..dah buat banyak kek sampai boleh lupa. Apa yang penting kek sedap....harga berpatutan, maklum bila student yang datang, kita akan tanye brp bajet yang ada, dan kita tolong buatkan.....harap murid ni dan cikgu-cikgunya puas hati . Terima kasih sekali lg...

kek hari guru - blueberry




Assalammualaikum....ringkas je nak catat kat sini, ni kek di tempah oleh student untuk cikgu-cikgu tersayang katanya. Bertuah lah cikgu tu..Sekolah kena rahsia. terima kasih cari cikgu juga untuk buat kek kepada cikgu...

Wednesday, May 25, 2011

cantiknyer ungu....






Assalammualaukum....petang ni baru sempat nak upload gambar kat sini, ni betul-betul sibuk. kepala pun dah pening-pening lalat, untuk esok tak siap lagi, tapi insyaallah siap. Kek ni orgnye tak minta pun nak buat mcm ni...tp bila dah bg kat kita suruh buat mcm mn pun, mcm tu lah jdnye. Warna tema ungu...kita cuba nak lari dr buat bunga ros....ok ke cam tu....ada yg kata mcm bunga tak siap ....kita nampak cantik je (sendiri puji). Harapnya pengantin suka...Selamat Pengantin Baru. Kek nye butter oren, sll kita buat fruits cake. Ok kan....

Saturday, May 21, 2011

kek coklat berbunga fondant








Assalammualaikum.....ingatkan minggu ni nak rehat dari buat kek ni, tapi  ada juga yg mengordernyer. Alhamdulillah, dapat juga kita mencuba-cuba guna acuan a..b...c..yang dah lama beli tu. Masih tak berapa kemas.. tapi insyaallah kalau sll cuba boleh kemas lagi.  Sebenarnya anak bujang kita yg suruh buat, depa ada gethering hr ni sempena meraikan guru-guru SKJ yg byk berjasa pada depa. Dah besar dah budak-budak tu, dan ada juga yg dah berjawatan besar, tak de masaalah nak belanja 5 atau 6 guru makan kat hotel...lebih-lebih lg masih dalam suasana Hari Guru ni. Sebenarnya, kita guru bukan ini semua yg kita nak...tapi gembiranya hati kalau tugas kita dihargai, jasa kita diingati...Kita cikgu, sampai bila pun tetap cikgu...anak-anak murid, walau apa juga jawatan , kalau jumpa cikgu kat mana-mana tegurlah cikgu.

Tuesday, May 17, 2011

cup cakes butter cream berbunga fondant




Assalammualaikum...hari ni mmg terasa lapang sangat, tak de buat kek, tak buat bunga n nak basuh baju pun tak de, sbb ahad kelmarin dah byk membasuh. Bukannye tak de doh gula nak dibuat bunga..tapi biasa le..kalau order lambat lg,,  malas nak buat awal-awal. Ni kek yang berbaki hari tu..saja dibubuh krim dan diletakkan bunga, dari biar kek tu kosong je...seronok tengok....sudahnye bagi kat jiran sebelah rumah, Rashdan tentu suka...

Sunday, May 15, 2011

cup cakes butter cream berbunga fondant




Add caption
Assalammualaikum.....ni lah rupanye bila bunga semalam tu dah diletakkan atas cup cakes..., dah tak nampak cantiknye lg, sbb sll dah buat rupa yg seakan-akan sama tapi tak serupa ni. Terima kasih kpd yang menempahnya...yang pasti rasa kek itu sedap. Masa buat bunga...buat keknya dan mendeconya tak de masalah..tapi bila dah masuk dalam bekas untuk disusun dalam kotak....ooo susah pulak jadinya..,terpaksa lah letak dalam tray je...tapi tak pe,orang sebelah je mengordernya...terima kasih cikgu..

Saturday, May 14, 2011

bunga cup cakes ...meriah juga





Assalammualaikum....alhamdulillah malam ni dapat siapkan 80 kuntum bunga pelbagai warna ni. Bunga-bunga ni untuk cup cakes hari guru...tapi bukan untuk sekolah sendiri ye...terima tempahan hari Jumaat lepas....biasa le kita tak pandai nak menolak tempahan kengkawan ni...so kena buat juga.....jadi kita buat bunga yng simple je..buat cukup-cukup bilangan yang diminta. Tak le membazir masa dan tenaga.....harap cikgu suka yer...tk cikgu yang menempahnya....Selamat Hari Guru untuk semua guru dan untuk diri sendiri juga...dan sebenarnya hampir setiap tahun buat kek hari guru untuk sekolah sendiri dan sendiri potong......sama-sama kita tunggu pengumuman gembira untuk semua guru Isnin ni .

Sunday, May 1, 2011

warna-warna ceria....


Assalammualaikum.....suka buat bunga.....biasanya bunga-bunga ni dibuat 2, 3 hari  sebelum keknya dibuat. Tapi dek kerana terlalu sibuknya minggu ni...petang nak hantar kek, paginya baru buat bunga-bunga ni...alhamdulillah masih menjadi ros ni....Lepas ni lambat lagi nak buat bunga.....

merah....pink









Assalammualaikum........satu set lagi kek kawin yang dapat disiapkan hari ahad  1.5.2011 kelmarin. Mmg terasa letihnya empat hari berturut-turut dengan bunga, gula, cupcakes dan sorang-sorang buat segalanya dari a sampai z kat dapur belakang....tapi kita mmg suka tengok bunga yang bermacam warna lebih-lebih lg warna pink ni,  dan kita suka juga gembirakan org lain sebenarnya...buat seboleh-bolehnya yang paling cantik...kek sedap dan yang penting juga harga sangat-sangat murah berbanding dengan kedai-kedai sekitar Ipoh ni (dah servey dah....). Terima kasih pengantin...juga orang satu taman....tak dapat nak buat seperti dicadangkan, sbb nampak tak berapa cantik, jd makcik tukar sikit design...harap pengantin puas hati. Selamat pengnatin Baru. Tk.