Saturday, May 28, 2011

Apam senang.....



 Assalammualaikum....pagi ni kita buat apam senang .....sarapan sampingan  sbb ada nasi lemak. Kak Ngah nak balik ke Syah Alam , makan dulu baru balik....Nak cerita pasal apam ni...mmg senang nak buatnye dan dapat pun banyak. Terima kasih pada penyumbang resepi yg kita ambil dr kongsi resepi, tp dah lupa dari siapa. Boleh juga kongsi kat sini.

Bahan 1 (gaul dan ketepikan sekejap)
1 cawan tpg gandum
3 cawan tpg beras
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan

Bahan 2 (kisar sampai betul2 hancur)
2 cawan nasi
3 cawan air

Campurkan bahan 1 dan bahan 2- biarkan 1 jam
Apabila sudah kembang, isikan ke dalam acuan. Kukus 10-15 minit. Acuan sapu dgn sikit minyak.
Selamat mencuba.

4 comments:

  1. boleh, mmg senang sangat buatnya, rasa pun boleh lahhh...

    ReplyDelete
  2. 2 cawan nasi..?maksudnye...?

    ReplyDelete
  3. Tk farhana tengok blog ni. Mmg betul 2 cwn nasi yang sejuk diblend sampai halus ngan air 3 cwan tu dan campurkan dengan bahagian satu tadi. Selamat mencuba.

    ReplyDelete