Saturday, December 29, 2012

Tempahan terakhir 2012........tk semua

Assalammualaikum......ulang tayang je walaupun baru disiapakan..biskut dahan berhias. Biskutnya sedap ada campuran oat dan badam yang dikisar, didecorate dengan royal icing dan bunga kecik gumpaste. Puan Zubaidah tanya...bunga buat sendiri? Ye.. semua buat sendiri...dan anaknya laju je makan yang lebih...yang tak muat nak masukkan dalam kotak tu...dan komen spontannya...sedappp. Terima kasih puan.

Ni satu lagi biskut hantaran ulang tayang, tulip. Bukan tak de biskut hantaran yg lain, tapi bila dua-dua biskut ni dimuatkan dalam blog SAG, memang orang akan tertarik pada biskut ni je. Nanti kalau ada masa (bila tak tau) SAg akan cuba buat biskut yang lain pulak.
Dalam kesempatan menayang biskut tempahan terakhir 2012 ni, SAG nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang pernah menempah/mengorder dr  SAG. Kerana anda semua SAG berjaya menghidupkan blog ni dengan  biskut dan pelbagai rupa kek hantaran atau kek perkahwinan yg pelbagai  di sini.. Tak ketinggalan juga SAG nak mohon maaf jika ada yang terasa ada kekurangan atau jika sekiranya SAG tak dapat memenuhi kehendak anda..tapi kalau itu yg berlaku biasanya SAG akan cuba juga buat yang terbaik untuk semua. Dari segi harga...SAG sentiasa beri harga yang sangat berpatutan, boleh bincang lagi dan selalunya harga dari SAG adalah harga yang paling rendah di sekitar tempat kediaman SAG  ni. Sekali lagi terima kasih semua yang mengikuti blog SAG dan menyokong SAG, Selamat Tahun Baru 2013, semuga kita semua lebih sukses dan dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seterusnya di samping banyakkan beramal untuk bekalan di tempat yang satu lagi.  Jumpa lagi..............

Wednesday, December 26, 2012

Kek coklat strawberry berkacang.

Assalammualaikum semua.......dik Im kata macam gambar dalam majallah...sendiri tangkap gambar ..sendiri edit...dan sendiri puji...rasanya tak salahkan...itu gambaran kepuasan hati...tapi kerja dik Im mmg patut diberi pujian pun. Tk dik Im.

Baru dua hari lepas belikan kamera idamannya, hadiah 9A....dan lepas tu asyik tanya 'mak tak buat kek ke', nak ambik gambar dan nak explore kameranya....dan inilah hasilnya, cubaan demi cubaan dan google sana sini...dik Im akhirnya puas hati dengan kerja seninya.

Sedihnya lepas ni dik Im tak dapat lagi nak tolong mak edit gambar kat blog. Dik Im dah nak dihantar balik ke asrama, dan janjinya sebelum balik asrama nak ajar mak edit gambar. Macam biasa mak boleh ambik gambar cumanya nak belajar benda-benda baru ni lambat sikit....nanti gambar dalam blog SAG jadi macam biasa balik...tak de sentuhan seni dik Im. Cerita pasal kamera dan Dik Im.. lupa pasal kek ni...tk Anis order daripada SAG..kek coklat moist ada strawberry dan berkacang...ermmm sedap.

Tuesday, December 25, 2012

Biru... pilihan Pn Saniyah

Assalammualaikum semua.......tercapai sudah impian Pn. Saniyah nak buat kek  fondant. Perbincangan yang paling singkat. Hari Jumaat pagi telepon    berbincang sekejap...petangnya SAG confirmkan  dan  Isnin pagi terus datang dan terus mula operasi.

Bila ditanya warna pilihan.....spontan jawab nya ..biru, dan memang pilihan terbaik, hasilnya cantik manis je warnannya.

Pn. Saniyah bergambar dengan hasil yang dipelajari sehari setengan bersama-sama SAG. Pn. Saniyah nak belajar bunga yang kecik-kecik katanya....hanya nak buat cup cakes...tapi bila belajar dengan SAG semua ilmu pun diberi..mmg pakej SAG bermula dari A hingga Z.

.
Semua yang belajar dengan SAG akan membawa pulang satu set kek  kawin tiga tingkat, beserta cupcakes sekali..  SAG harap Pn. Saniyah gembira belajar di sini, nanti kalau ada apa-apa masaalh call saja ....SAG sedia beri tunjuk ajar. Tk puan.

Saturday, December 22, 2012

Cake of the year......2012, Tq Datin.

Assalammualaikum....dapat merealisasikan impian pengantin nak kek sebegini rupa. Selamat Pengantin Baru dari SAG.

Pentas yang dihias cantik, nampak lebih gah bila dilengkapkan dengan kek bertingkat warna sedondon.

Sentuhan terakhir dari SAG, bunga dilekatkan dengan penuh hati-hati, kalau boleh tak mau ada sikit pun kecacatan.
Kek ni ditingkatkan dengan gelas kristal..menambahkan lagi seri kek lima tingkat dari SAG.

Tiga tingkat teratas......komen dari kawan-kawan...canntikkkk,  memang rasa kepuasan di hati, lebih-lebih lagi semuanya sentuhan jejari sendiri.
Akhirnya, kek lima tingkat SAG berjaya menghiasi pentas perkahwinan puteri kesayangan Datin Saadiah dan Dato'. Terima kasih Datin yg memberi kepercayaan kepada SAG untuk turut sama memeriahkan hari bersejarah ini (22.12.2012). Secara peribadi SAG memang terasa gembira sangat bila moment indah saat pengantin memotong kek dan dipapar di layar besar tiga penjuru. Dewan Bankuet, SUK Perak , nampak memang gah kek sentuhan Selagiadagula. Terima kasih Datin.
,


Saturday, December 15, 2012

Durian crepe/pancake. Cantik dan sedap.







Assalammualaikum....hari ni anak sulung singgah bersama keluarga mertuanya..balik dari bercuti di P.Pinang, nak minum petang je katanya. SAG buatkan mee goreng udang..mmg faberetnya sejak dulu..desertnya SAG buatkan durian crepe ni..ada juga red velvet adunan lebih dari buat cupcake hari tu. SAG rasa semua orang pun dah pandai buat DC ni...cuma SAG tertinggal keretapi baru hr ni nak mencuba.. Alhamdulillah ...walaupun pertama kali mencuba tapi hasilnya tak mengecewakan. resepinya diolah dari dapur Citarasawan...tk ye. SAG gunakan bahan-bahan yang ada kat dapur je...yg tak de tu tak jadi masaalah. Ok..kita semak resepi: (didoublekan dr resepi asal)

Bahan-bahannya
  • 60 gm tepung super soft
  • 60 gm tepung castad
  • 40 gm tepung jagung
  • 40 gmtepung ubi
  • 1 biji telur
  • sikit garam
  • 200 ml santan pekat (kotak)
  • 200 ml air 
  • 1 sudu besar mentega cair  
Cara-caranya
  1. campurkan semua bahan di atas, guna garpu saja..dah rata tapis...lihat kepekatanya..kalau pekat tambah air lagi.
  2. Panaskan kuali (non-stick pan)...dan boleh le melenggang adunan macam buat ketayap tu. Buat sampai habis.
  3. Sementara tunggu kulit ni sejuk ..putar whipping cream anggaran 1 cawan..sehingga kental.
  4. Sediakan juga isi durian.dah boleh mula membungkus..Bahagian licin di luar...letakkan sesudu besar whipping cream..isi durian dan tutup semula dengan cream tadi, dan bungkus kemas-kemas. Buat sampai habis. itu sahaja. SUPER EASY! Hasilnya mmg cantik dan sedap. 
Tambahan: Setelah dibuat 2 kali cubaan, teksturnya lebih lembut bila ditambah 40gm tepung sagu dan sebiji lagi kuning telur. 
Selamat mencuba dari SAG dan terima kasih kepada Citarasawan Tk kasih juga kat Dik Im....tolong ambik gambar...cantikkk..                                                                                                                                                 
Catatan: kalau dibuat setengah dari adunan di atas kita boleh dapat 12 atau 13 kulit crepe durian ni.

Thursday, December 13, 2012

Peach............oren...memang cantik

Assalammualaikum......siap sudah bagai diminta

Sebahagian dari cup cakes hantaran...

Sentiasa cuba untuk beri yang terbaik....


Terima kasih dik Im yang rajin membantu. Terima kasih juga kepada Pn Azimah mencari SAG.


Wednesday, December 12, 2012

Pink meroon.....cantikkk



Assalammualaikum .....alhamdulillah siap...patern dulu-dulu..masih ada yg berminat...pilihan warna yg cantik...sementara cuti sekolah ni....adik Im tolong ambik gambar dan edit sikit...tk dik Im.....dan terima kasih   juga kpd yg menempahnya.....

Friday, December 7, 2012

pink lagi.......cupcakes doorgift





Tempahan tambahan dari Teluk Intan......sebelum ni dah buatkan 500 biji sebagai doorgift..minta tambah lagi untuk kawan-kawan yang tak dapat pada majlis tempoh hari. Tk dari SAG

pink purple....cup cakes






Gabungan warna yang cantik.....kredit untuk dik Im yang ambik gambar...tk dik Im,

pink purple.....hantaran



Masih kek yang sama.....tk dari SAG

purple pink....sedulang


Tempahan dari Pn. Zakiah...tk dari SAG

Si baldu merah.........red velvet 3 tingkat

Assalammualaikum.....lama tak update blog...hari tu ada masalah....tapi bila masalah dah selesai SAG sebok pulak ..hal pejabat ..dan bawa anak-anak ni berjalan sempena cuti sekolah.....hari ni ada free sikit ..rasa semuanya nak dimasukkan sekali....

Hari tu berkesempatan buat kek red velvet....3 tingkat sekali....alhamdullah...cantik kejadiannya..rasa pun sedap.

ni tumpang bergambar kat rumah pengantin....cantik hiasan pelamin dan meja keknya....terima kasih kepada Mahathir dan Nasya..dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai dari SelagiAdaGula.

Wednesday, November 28, 2012

majlis 18.11.2012

Assalammualaikum semua.....jumpa lagi....hampir putus asa tak boleh upload gambar dan tak boleh bercerita kat SAG...tapi alhamdulillah dan tk sbb ada blogger yang baik hati kongsi pengalaman dan cara untuk selesaikan masaalah...dan tk juga kat dik Im yg rajin tolong mak....tolong ada benda ni...... kek ni untuk majlis 18.11.2012 yg lepas....punya la letih 17 hb tu... tapi masih sempat buatkan kek tiga tingkat ni....sebenarnya 17 hb tu kita buat kenduri kesyukuran ...cukur rambut cucu.....dan kek siap jam tiga pagi 18.11.2012.....bunga pun bunga beli je...tak sempat buat bunga sendiri

Majlis berlangsung kat Angsoka Hotel Teluk Intan....tak sempat nak letak apa-apa hiasan atas meja tu...kosong je,,,,mmg tak boleh fikir dah nak letak apa.....Selamat Pengantin Baru Azlan dan Myra dari SAG.

Monday, November 26, 2012

panik sekejap......

Assalammualaikum semua....memang panik sekejap bila blog SAG tak boleh masuk entry baru...penuh katanya....dan puas juga anak bujang ni google nak tolong buat cam mana...jumpa satu cara...tapi susah pulak..complicated sangat...tu yang terdiam sekejap...tapi hari ni ...dengan tak sengaja jumpa blog qaseyhoney.blogspot.com...........dalam satu group masak-masak.....ada tutorial yang sangat lengkap 'bila picasa album penuh'.......terus telepon anak bujang ni...dan dengan rajinnye pulak terus buat....dan menjadi...terima kasih Dik Im dan terima kasih QH.....
ini cucu saya

Thursday, November 15, 2012

cupcakes 500........door gift


Assalammualaikum semua.......lega sangat bila 500 biji cup cakes ni dah siap....rehat sekejap....sementara nak sambung lagi untuk esok ...dua set kek kawin pulak. Tk semua.

Saturday, November 3, 2012

hijau pucuk pisang...........cantik



Assalammualaikum........satu lagi entry tertunggak.....yang ni juga lama dah dibuat.....tarikh yang akan diingat dan perlu dingat....dapat disiapkan dalam keadaan yang penuh debar....dan alhamdulillah dapat dihantar pada yang memesan pada hari yang diminta....dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Adha......dan pesanan seterusnya untuk 27 hb 10 terpaksa diberi pada Linda yang sudi nak tolong buatkan .Tk pada Linda, dan insyaallah pesanan-pesanan selepas ini dapat dipenuhi seperti biasa.....jadual tempahan penuh menanti hingga 27.12.....Tk semua kerana mencari SAG.

nutty creamy cupcakes.....sedapnya bau kacang



Assalammualaikum semua.....apa khabar...maaf ye..lama tak meng update blog....cup cakes ni gambarnya diambik 22 hb yang lepas...hari ni baru berkesempatan nak tayang kat sini....keknya kek biasa je...tapi krimnya....kita buatkan krim yg ditambah dengan creamy peanut butter...mmg sedap. Tk dari SAG.