Saturday, December 15, 2012

Durian crepe/pancake. Cantik dan sedap.







Assalammualaikum....hari ni anak sulung singgah bersama keluarga mertuanya..balik dari bercuti di P.Pinang, nak minum petang je katanya. SAG buatkan mee goreng udang..mmg faberetnya sejak dulu..desertnya SAG buatkan durian crepe ni..ada juga red velvet adunan lebih dari buat cupcake hari tu. SAG rasa semua orang pun dah pandai buat DC ni...cuma SAG tertinggal keretapi baru hr ni nak mencuba.. Alhamdulillah ...walaupun pertama kali mencuba tapi hasilnya tak mengecewakan. resepinya diolah dari dapur Citarasawan...tk ye. SAG gunakan bahan-bahan yang ada kat dapur je...yg tak de tu tak jadi masaalah. Ok..kita semak resepi: (didoublekan dr resepi asal)

Bahan-bahannya
  • 60 gm tepung super soft
  • 60 gm tepung castad
  • 40 gm tepung jagung
  • 40 gmtepung ubi
  • 1 biji telur
  • sikit garam
  • 200 ml santan pekat (kotak)
  • 200 ml air 
  • 1 sudu besar mentega cair  
Cara-caranya
  1. campurkan semua bahan di atas, guna garpu saja..dah rata tapis...lihat kepekatanya..kalau pekat tambah air lagi.
  2. Panaskan kuali (non-stick pan)...dan boleh le melenggang adunan macam buat ketayap tu. Buat sampai habis.
  3. Sementara tunggu kulit ni sejuk ..putar whipping cream anggaran 1 cawan..sehingga kental.
  4. Sediakan juga isi durian.dah boleh mula membungkus..Bahagian licin di luar...letakkan sesudu besar whipping cream..isi durian dan tutup semula dengan cream tadi, dan bungkus kemas-kemas. Buat sampai habis. itu sahaja. SUPER EASY! Hasilnya mmg cantik dan sedap. 
Tambahan: Setelah dibuat 2 kali cubaan, teksturnya lebih lembut bila ditambah 40gm tepung sagu dan sebiji lagi kuning telur. 
Selamat mencuba dari SAG dan terima kasih kepada Citarasawan Tk kasih juga kat Dik Im....tolong ambik gambar...cantikkk..                                                                                                                                                 
Catatan: kalau dibuat setengah dari adunan di atas kita boleh dapat 12 atau 13 kulit crepe durian ni.

3 comments:

  1. kenapa ada ayat 'dicatat oleh'? haha

    ReplyDelete
  2. kelmarin ada terbaca blog masak-masak ni....katanya kalu nak kulitnya lebih lembut, tambahkan lagi kuning telur
    ...wallahualam. SAG belum cuba lagi. Tapi kalau ikutkan resepi asal dari Citarasawan sukatan yang SAG letak ni perlukan 6 biji telur!!

    ReplyDelete