Wednesday, April 30, 2014

Kek Bola ....Happy Birthday Razin

Assalamualaikum...salam Hari Pekerja.cuti hari ni......baru sempat nak upload gambar kek bola yg dibuat pada 26 hb. yang lepas. Kek bola ni kali kedua dibuat..yang pertama dulu untuk cucu..dan bila dah dua kali buat ni dah nampak  bertambah elok sikit..dan lebih yakin kalau lah ada sape-sape nak minta buatkan lagi kek cam ni....adoii berangan le pulak..

Untuk cucu hari tu...bawa kek yg belum didecorate ke Shah Alam dan disiapkan di sana dalam keadaan barang yang serba tak ada...tapi yg ni disiapkan di rumah...itu ini semua depan mata....

Masih nampak juga tak sempurna di sana sini..tak pelah kalau ada yg ketiga kalinya mungkin lebih baik...keknya atas permintaan SAG buatkan kek perisa pandan dan oren untuk padang dan untuk bola kek oren walnut....Tk Pn. Saniah dan Selamat Hari Lahir untuk anakanda tercintanya Razin. Kata Pn. Saniah keknya cantik dan semua orang pun kata sedap...tk sekali lagi.

Sunday, April 27, 2014

Tauhu Telur FB......Senang Dibuat Sedap Dimakan.

Assalamualaikum......rancangan hujung minggu ni semua tak menjadi, macam tulah kita merancang tapi segalanya Allah jua yang menentukan...dan kena percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...dan akhirnya bagi mengisi kekosongan hujung minggu ni maka jadilah Tauhu Telur yang dah lama tertangguh nak buat....terima kasih Saniah yang tolong taipkan resepi dari fb dan edarkan pada kawan-kawan....senang je buatnya dan yg pasti mesti jadi ..Gambar tu setengah dr resepi yg diberi ..cumanya maggi kiub  tu guna 1/4 bahagian je..

Selepas dikukus dan disejukkan, keluarkan dr loyang ..teksturnya lembut tapi boleh dipotong cantik. Masa ni pun baunya dah sedap.

Bila dah dipotong ..celup dalam telur dan digoreng dalam minyak banyak.

Hasilnya memang sedap...Terima kasih pada penyumbang resepi terawal.
Ada juga yang minta salin resepi lagi..
bahan;
2 keping tauhu
1 bungkus tauhu telur
2 biji telur
1/4 bahagian kiub pati ayam maggi
sikit garam
1/2 sudu teh lada sulah/ tadi tak de..jadi tukar pada serbuk lada hitam
isi ayam/udang (sy guna isi udang dalam segenggam )
----semua bahan ni diblender (kejap je dah hancur semuanya)

Tuangkan dalam mangkuk..campurkan daun sop dan daun bawang yg dihiris halus, cili merah juga dipotong kecik campur semua.
Kukus dalam loyang 6 inci bulat yg disapu sikit minyak selama 15 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum  dipotong.
Bila nak goreng..pukul sebiji telur..celupkan tauhu tadi dan goreng...sedap makan ngan cili sos...
Selamat mencuba.

Monday, April 21, 2014

Cup Cake........ Minum Petang

Assalamualaikum...selamat petang semua....rasa lega petang ni...kerja dah siap, majlis kat sekolah pun dah selesai..kek pun tak de nak buat...sementara tunggu maghrib..mengadap lap top ni dulu...nak cerita ....kat sekolah tadi, tiba-tiba dapat wassapps dari Dik Lia kata dia kat UTP ada kerja...nak singgah rumah katanya nak makan...lapar ..terus teringat nak buat apa ye..masa suntuk sangat..tanya lagi berapa orang...ada dua lagi kawan pejabatnya ikut sama sebab depa satu kereta...cepat-cepat siapkan kerja sekolah..pukul tiga lebih dah minta izin nak balik..

Dalam perjalanan balik..yang teringat hanya bihun goreng...singgah pulak Econ Save cari bahan..alhamdulillah semua bahan ada..dan sebelum Dik Lia dan kawannya sampai siap dah bihun sekuali..

Rasa macam tak lengkap pulak minum petang tak de juadah yang manis...cepat-cepat je capai apa yg ada ..buatkan sikit cup cake ni...tak payah tengok buku resepi..teringat ada walnut...ambil segenggam  di ketuk-ketuk biar pecah-pecah, ada pulak oren sunquick sebiji  ..mix fruits sikit..coklat rice..semua nak letak..laju betul menyiapkan kek kecik ni..dah siap...sedapnya makan panas-panas..tinggalkan 2 biji ni je kat rumah ..yang lain buat bekal kat Dik Lia dan kawan-kawan nya...
Bila ada yang tanya apa resepinya ..memang susah nak cerita..sebab kita buat ikut suka je..cumanya nak bagi tau..
1. timbang berat telur yg dah dibuang kulitnya...contoh kek kecik ni guna 3 biji telur - berat 168 gm
2. jadi, butter, gula dan tepung mesti berat yang sama dengan berat telur tadi...maksudnya
    168 gm butter
    168 gm gula caster
    168 gm tepung kek , ayak dengan 1 sudu teh baking powder
Caranya;
    Macam biasa...butter dan gula putar hingga putih
    Campur telur sikit-sikit, putar laju
     masukkan tepung. Gaul rata, perahkan limau sunquick sebelah je..masukkan walnut, mix fruits
    adunan ni tadi nampak macam pekat lagi..so kita tambahkan lagi sesudu besar susu cair
    masukkan adunan dalam paper cup 3/4 bahagian - taburkan coklat rice..
    bolehlah terus dibakar...ikut oven masing-masing .
    Bahan-bahan lain..walnut, mix fruits kalau ada parutan kulit limau masukkan sekali..gaul rata.
catatan;
Kalau nak banyak..tambah telurnya  ....dan ikut kaeadah yg dinyatakan.
Bole faham ke ni...kalau ada masaalah...boleh tanya.
 


Friday, April 18, 2014

Apam Nasi......Memang Mudah

Assalamualaikum..selamat pagi semua..lama tak bersiaran dah nak lupa masukkan gambar dari tab ke lap top tua ni..maklum orang lama...bangun pagi tadi..dah dihidangkan dengan gambar-gambar apam nasi kat fb..teringin le pulak nak buat...teringat juga malam tadi tak makan nasi...(Anis hantar mee goreng)..dah tentu nasinya ada...jenguk juga kat dapur ...yis juga ada...alhamdulillah menjadilah apam senang ni...kuih-kuih macam ni sampingan je...untuk bonda... kita keluar juga belikan roti canai kuah dhall ...

Sebenarnya ini kali keempat dah buat apam nasi ni...dan setiap kali buat tak pernah jadi sama..tapi yg kali ni ada juga macam kali pertama mencuba dulu...kali kedua mencuba sebenarnya lagi cantik..merekah je...mungkin diperap lama, kali ketiga terus tak naik...sebab terlebih lama perap...bukan sengaja perap lama..tapi masa tu lepas dibancuh ke pasar pulak...dan yang ni sangat jadi...teksturnya lembut gebu je..rasanya kurang manis  sbb berhajat nak cicah ngan sambal tumis...sedap tau..tapi macam biasa sedap juga dimakan bersama kelapa parut yang digaul garam.

Kepada anak-anak dan adik=adik yang nak cuba apam nasi ni, mak cik Siti taipkan sekali lgi resepinya (telah ada dalam post terdahulu)..resepi ni pun ambik dari Kongsi Resepi lama dulu...terima kasih sekali lagi pada yang menyumbang resepi terawal..moga Allah beri ganjaran pahala padanya. ok kita semak bahannya...
Bahan;
2 cawan nasi
3 cawan air
(blend hingga halus dan tapis)

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras cap bunga teratai
13/4 cawan (kalau nak manis cukupkan 2 cawan)
1 paket yis (mauripan)
-ayak kedua-dua tepung.

Cara:
1. Masukkan tepung yg diayak, gula dan yis dalam mangkuk
2. tuangkan nasi yg diblend tadi
3. gaul rata dan diblend sekali lagi
4. tunagkan semula dalam mangkuk agak besar (bertutup), perap dalam 30 hingga 40 minit
5. sementara tu boleh sapu sikit minyak/shortening pada acuan merah kecik , atau boleh juga kukus guna pelengat je.
6. Panaskan air kukusan..kukus 10 minit.
Catatan.
boleh juga letak warna-warna pilihan masing-masing....selamat mencuba.