Sunday, April 27, 2014

Tauhu Telur FB......Senang Dibuat Sedap Dimakan.

Assalamualaikum......rancangan hujung minggu ni semua tak menjadi, macam tulah kita merancang tapi segalanya Allah jua yang menentukan...dan kena percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...dan akhirnya bagi mengisi kekosongan hujung minggu ni maka jadilah Tauhu Telur yang dah lama tertangguh nak buat....terima kasih Saniah yang tolong taipkan resepi dari fb dan edarkan pada kawan-kawan....senang je buatnya dan yg pasti mesti jadi ..Gambar tu setengah dr resepi yg diberi ..cumanya maggi kiub  tu guna 1/4 bahagian je..

Selepas dikukus dan disejukkan, keluarkan dr loyang ..teksturnya lembut tapi boleh dipotong cantik. Masa ni pun baunya dah sedap.

Bila dah dipotong ..celup dalam telur dan digoreng dalam minyak banyak.

Hasilnya memang sedap...Terima kasih pada penyumbang resepi terawal.
Ada juga yang minta salin resepi lagi..
bahan;
2 keping tauhu
1 bungkus tauhu telur
2 biji telur
1/4 bahagian kiub pati ayam maggi
sikit garam
1/2 sudu teh lada sulah/ tadi tak de..jadi tukar pada serbuk lada hitam
isi ayam/udang (sy guna isi udang dalam segenggam )
----semua bahan ni diblender (kejap je dah hancur semuanya)

Tuangkan dalam mangkuk..campurkan daun sop dan daun bawang yg dihiris halus, cili merah juga dipotong kecik campur semua.
Kukus dalam loyang 6 inci bulat yg disapu sikit minyak selama 15 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum  dipotong.
Bila nak goreng..pukul sebiji telur..celupkan tauhu tadi dan goreng...sedap makan ngan cili sos...
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment