Kepada anak-anak dan adik=adik yang nak cuba apam nasi ni, mak cik Siti taipkan sekali lgi resepinya (telah ada dalam post terdahulu)..resepi ni pun ambik dari Kongsi Resepi lama dulu...terima kasih sekali lagi pada yang menyumbang resepi terawal..moga Allah beri ganjaran pahala padanya. ok kita semak bahannya... Bahan; 2 cawan nasi 3 cawan air (blend hingga halus dan tapis)
1 cawan tepung gandum 3 cawan tepung beras cap bunga teratai 13/4 cawan (kalau nak manis cukupkan 2 cawan) 1 paket yis (mauripan) -ayak kedua-dua tepung.
Cara: 1. Masukkan tepung yg diayak, gula dan yis dalam mangkuk 2. tuangkan nasi yg diblend tadi 3. gaul rata dan diblend sekali lagi 4. tunagkan semula dalam mangkuk agak besar (bertutup), perap dalam 30 hingga 40 minit 5. sementara tu boleh sapu sikit minyak/shortening pada acuan merah kecik , atau boleh juga kukus guna pelengat je. 6. Panaskan air kukusan..kukus 10 minit. Catatan. boleh juga letak warna-warna pilihan masing-masing....selamat mencuba.
|
No comments:
Post a Comment