Thursday, July 24, 2014

R26: Sagu Pandan Gula Melaka



R25: Sagu Merah...



R24: Talam Sagu Kelapa




R24: Bubur Sagu Delima

Assalamualaikum.....baru ada kelapangan nak update SAG..ni juadah berbuka R24...seperti biasa buat yg paling ringkas dan tinggalkan untuk bonda dan bibik di rumah, kita ada majlis khatam quran dan berbuka di sekolah...bukan tak nak beli..tapi memang tak de masa...dr berpusing-pusing cari parking...cari gerai lebih baik cepat-cepat balik rumah ..kita boleh sediakan juadah sendiri..yang penting kena la ada stok kat rumah...sagu sekali beli sekilo..kelapa beli 5 biji..simpan...  sbb benda-benda ni tak basi pun simpan lama..bila masa nak guna ...ambil je

Bubur Sagu Delima....nama pun dah sedap...makan lagi sedap....buat pun senang..dan sekejap dah siap...mungkin cepat siap sebab kita buat sikit ja sebenarnya...cukup makan tiga orang...dan benda-benda ni pun bukan nak makan sampai kenyang..hanya sekadar pemanis mulut selepas makan nasi.

Sampai di sekolah dah ada kawan-kawan tanya  ...puan kuih apa tu cantikk, bubur apa tu nampak sedap..alhamdulillah ramai je kawan-kawan yg mengikuti album ramadhan 1435 kita di fb...ok kita lihat cara nak buat..
Bahan;
Macam biasa tak de sukatan khusus, kita perlu sagu mata ikan 1 cawan kecik pun cukup kalau nak buat sikit.
Rendam 5-10 minit...lepas tu toskan betul-betul
bila dah cukup tosnya..gaul denga air panas...titikkan pewarna ros/merah sampai boleh dikepal atau boleh dibuat macam guli, buat hingga habis.
Masak air dan rebus guli-guli sagu ni - bila dah tukar jadi jernih ngkat dan toskan juga
Sementara ut buat kuahnya...
Santan sederhana pekat
garam sikit
gula ikut sesuai masing-masing
daun pandan simpul.
Masak semua bahan kuah---kacau hingga kuah mendidih sekejap..dan masukkan guli-guli sagu tadi...
Boleh diangkat...dihidangkan sejuk atau panas.

Monday, July 21, 2014

R23: Bubur Som-Som Lemak.....Manis Gula Kabung

Assalamualaikum......R23, masih tak jemu buat juadah berbuka..walaupun berkejar-kejar balik ke rumah dari pejabat. Hari ni panas sangat ..bertambah panas pulak hati dengan kerenah anak-anak sekolah...mana tidaknya tadi sebelum balik..singgah ke surau sekolah jengok-jengok persiapan untuk majlis esok...nampak sekumpulan anak-anak ni solat,,mula-mula puji juga...tapi akhirnya nak marah bila ada pelajar yang mengadu kasut yg diletak di hadapan surau hilang sebelah....tolong cari..celah pasu..dalam longkang..dalam tong sampah tak jumpa...dah suruh pelajar ni naik ke pejabat ambil sliper sembahyang kat bilik....dalam perjalanan ke tempat parking pandang lagi surau tu..dan terpandang sebelah kasut tadi rupa-rupa dilempar atas bumbung.....hai..mana tak menjerit dibuatnya...baru lepas solat lepas tu buat hal pulak...telepon pekerja pulak minta uruskan ambik kasut tu...tak larat tunggu lagi...cikgu minta diri nak balik...

Memang panas....perjalanan setengah jam rasa macam berjam-jam..lamanya nak sampai rumah....dalam masa tu sempat berangan kalau dapat makan dessert yang sejuk...lembut  manis-manis  sedapnya...tapi malas pulak nak singgah beli barang...cuma fikir apa ada kat rumah yang boleh dijadikan juadah berbuka...boleh pulak teringat kat bubur som-som ni...semua bahan ada...sampai di rumah walaupun badan separuh longlai..cepat-cepat urus diri..dan terus ke dapur...Alhamdulillah tak sampai setengah jam siap.

Cantikknya..nampak gebu lembut licin je...(puji sendiri...)..rasanya pun ermmm sedap sangat ..makan pulak sejuk-sejuk sikit.memang hilang dahaga ..lupa semua peristiwa kat sekolah tadi...ok..mari kita buat sendiri..tak payah cari kat bazar ramadhan..konfem puas hati.
Bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
---ayak dalam bekas
1/2 biji kelapa parut---jadikan 31/2 cawan santan
dengan santan ni tadi blend pula 2 helai daun pandan (kalau nak kan bau pandan dan warna sikit hijau}
1/2 sudu teh garam
Cara;
Tuangkan santan, garam ke dalam bekas tepung, kacau rata dan tapis dalam periuk
Kacau selalu atas api sederhana - hingga masak, berkilat..
Bila dah masak masukkan dalam acuan atau dalam loyang pun tak pe.--sejukkan.
Bahan untuk air gula---gula kabung (tak suka gula merah - nanti warnanya lebih gelap}, sikit gula putih--ikut kesesuaian masing-masing, sehelai daun pandan...masak hingga gula larut dan biar pekat sikit.
Bila nak makan..tuangkan air gula ni. Dapppnye...Cuba la..tak susah.

Sunday, July 20, 2014

R22: Onde-Onde Labu Kuning/ Buah Melaka Labu Kuning

Assalamualaikum....alhamdullillah, semalam banyak kerja dapat disiapkan, semua biskut-biskut tempahan beres semua. Dan sempat lagi siapkan biskut raya mama...memang setiap tahun mama akan datang ke rumah buat sama-sama..kerja jadi lebih cepat...dan bila dah buat biskut raya ni..kuih-kuih berbuka kena cari yang paling senang nak buat...apa lagi kalau bukan buah melaka...cumanya yang jadi warna kuning ni sebab ditambah sikit labu kuning yg direbus dan dilenyek halus..

Dan dah pasti ..orang pertama yg akan komen ialah Dik Lia...eee sedap ke tu...nak juga yg warna hijau...kita cuma bagi keyakinan..kuih ni tak de beza dari segi rasa....dari segi tekstur pun tak ada beza ...cuma warna saja...sedap macam biasa..dan tentulah tak de bau harum pandan je..

Kepada yang ingin mencuba.....cuma tambah sedikit labu kuning yg direbus dan dilenyek halus dalam adunan tepung pulut ..digaul dengan air bercampur sikit garam...masukkan air sikit-sikit...sebab labu itu sendiri dan lembut,  Cara masaknya sama seperti buat buah melaka...bulat-bulatkan..leperkan sikit, masukkan gula kabung yg dipotong kecik, dan direbus...bila dah timbul semua..dah masaklah..angkat..toskan dan gaul dengan kelapa parut putih dan kalau boleh kelapa yang sedikit muda,,..Selamat Mencuba.

Saturday, July 19, 2014

R21: Abuk-Abuk Sagu Mata Ikan

Assalamualaikum....dah 21 Ramadhan, masih ada ke sesiapa yg buat juadah berbuka sendiri...atau masing-masing sibuk buat biskut raya.....bagi kita sibuk macam mana pun masih nak juga buat juadah berbuka sendiri....tu yang cari juadah yang mudah nak dibuat..dan kuih-kuih melayu asli ni masih jadi pilihan...bahannya sikit..senang nak cari dan yg penting mudah dan rasanya memang sedap...tak percaya nanti cuba buat.

Kalau perasan...kelmarin kuih berasaskan sagu..hari ni pun sagu juga..itu perkara biasa..kalau ubi..berderet kuih guna ubi...kalau tepung pulut pun macam tu..berderetlah kuih atau bubur dari tepung pulut. Ni sebab kalau beli bahan tu selalunya tak boleh beli sikit...semuanya dalam paket, jadi kena ambil satu paket...kadang-kadang tu satu paket satu kilo..puas nak habiskan..kalau tak diguna nanti rosak pulak bahan yg dah dibeli....

Ok lah...ni kuih abuk-abuk, adik Lia kata 'apa lagi kuih pelik mak petang ni'...bukan pelik tapi budak-budak sekarang tak berpeluang nak merasa kuih lama ni...nak beli pun dah tak de orang jual....emak-emak pun kalau semua anak berkumpul jarang buat juadah macam ni...selalu buat makanan kegemaran yg berat-berat je....kuihnya pulak ..karipap..popia..bun..piza..yg lama-lama semua dah tinggal....membebel la pulak...
kuih ni sekali lagi tak de sukatan khusus...campur-campur je...cuma nak kena ikut aturan sikit;
Bahan:
150 gm.Sagu biji
rendam...10 minit, tuang dalam tapis dan lalukan air paip...toskan (angah kata biar betul-betul kering) lebih kurang 1/2 jam
30 gm kelapa parut putih muda lebih baik
garam halus
----gaul rata semua bahan ni
gula kabung yg diracik halus
daun pisang yg dilayur
Cara:
Daun pisang dibuat kelongsong, masukkan sesudu besar sagu, letakkan gula kabung dan ditutup semula dengan sagu tadi
kemaskan kelongsong sagu ni...buat sampai habis..susun dalam pengukus dan kukus dalam 10 minit.
Selamat mencuba.




Friday, July 18, 2014

R20: Asam Gumpal...Kuih Turun Temurun

Assalamualaikum...salam Ramadhan 20..terasa cepat betol puasa tahun ni...agaknya kerja banyak..sampai tak terasa masa berlalu..sampai minggu terakhir sebelum raya pun ada je program..apa pun kena tempuh dan syukur kita masih diberikan kesihatan yg baik ...juadah apa pulak tu ye..saja suka cari juadah-juadah lama yg dah dilupakan ni..tu la dia asam gumpal...tapi tak de asam digunakan..masih kuih manis dan sesuai untuk berbuka.  

Juga juadah yang sangat senang nak disediakan....bahan pun tak banyak dan yg penting sedap ..manis dan lemak masin. Sesuai la dengan selera kita...tak tau asal nya dari mana...ada yang kata dari Kelantan...ada kata dari Terengganu..dan bolehlah kita kata juadah dari pantai timur.

Dah tak larat nak menaip...tapi tak pe lah kita bg seringkas mungkin.
Bahan inti;
Kacang hijau rebus..sampai kembang dan kering..masukkan gula dan sikit tepung jagung -supaya boleh dibulatkan.
(tak de sukatan tertentu..ikut banyak mana nak buat)..bulatkan dan ketepikan dulu.
Bahan kuah:
Santan sederhana pekat, letak sikit garam, sikit tepung jagung -untuk pekatkan sikit kuahnya.
ada yang suka letakan halba, bawang merah hiris,dan halia. Kita tak letak pun
Masak bahan santan, daun pandan  dan ketepikan dulu
Untuk kulitnya:
Sagu biji -ikut suka nak banyak mana
Sagu basuh dalam tapis..lalukan air paip..
toskan - biar betul-betul kering dalam 1/2 jam
Masukkan dalam bekas adunan, gaul dengan air panas hingga boleh dikepal..air tak banyak ye..letak air sikit-sikit.
bila boleh dikepal, masukkan inti kacang tadi..tutupkan inti ..bulatkan..leperkan sikit...buat sampai habis.
Sementara tu jerang air..bila mendidih masukkan sagu yg telah dikepal tadi dan rebus hingga jadi warna jernih, angkat dan masukkan dalam adunan santan.
Itu saja..rasa nya lemak masin..kenyal sagu dan rasa kacang manis intinya. Tapi kita dah derhaka sikit tadi....disebabkan intinya tak berapa manis, masa makan tu kita tuang sikit air gula kabung..sedap juga.
Selamat Mencuba.

R19: Pengat Pisang Kosong

Assalamualaikum....pengat pisang ulangan...hari tu dah buat pengat pisang..tapi ada letak durian 3 atau 4 ulas..sedap..tapi keenakan pisangnya kurang terasa sbb ditutup rasa durian......kelmarin buat lagi...tu yg kata Pengat Pisang Kosong..tak letak apa-apa..

Apa pun rezeki berbuka semua enak belaka....dan alhamdulillah sehingga Ramadhan 19 ni belum lagi ke PARAM, dan seboleh-bolehnya nak elak dari ke sana...bukan tak nak menyokong rakan-rakan yg menjual tapi kita mmg suka masak sendiri....walaupun satu ikan satu sayur dan satu kuih..itu dah sangat memadai...cukup masak yg mudah-mudah dan menepati selera..

R18: Dadar Gulung...Kelapa Manis Gula Kabung

Salam Ramadhan 18...lambat masukkan entry ni, tak de buat apa-apa yg special pun, cuma petang tu buat pemanis yang segera..sekarang ni selalu balik lewat..ada je kerja yg nak dibereskan..sampai rumah buat je apa-apa yg mudah ..janji bonda ada kuih manis masa berbuka..bonda tak banyak ragam  kalau tanya pun tak pernah request nak apa-apa..

Kenapa kata segera..sbb buatnya mudah....tepung, air pandan dan sikit garam dan minyak masak masuk je dalam blender dan tekan tak sampai seminit dah siap....intinya...memang awal puasa dah sedia banyak-banyak ..simpan dalam peti ais, nak guna ambik dan panaskan sekejap, kerja-kerja mendadar pun tak sukar mana..

Alhamdulillah sebelum berbuka siap...berselera makan panas-panas, dan biasanya kita tak suka ais..dan tentu sekali airnya teh O nipis kurang manis.

Tuesday, July 15, 2014

R:17 Butir Nangka Pantai Timur

Assalamualaikum...hari ni 17 Ramadhan..cuti sempena Nuzul Al-Quran..sebenarnya merancang nak buat macam-macam..tapi tak tau kenapa, mood hilang, apa pun tak jadi..tapi untuk berbuka ni jadi juga butir nangka kuih tradisi pantai timur...

Masih menggunakan tepung pulut...santan dan gula..cuma nak menambah aroma  nangka , kita tambah nangka dua tiga ulas yg dipotong kecik.

Kalau letak gambar je tak letak resepi nanti ada pulak yg mareeee tapi seriously..kuih-kuih macam ni mmg tak de sukatan khusus dan nak buatnya juga sangat mudah..Kita letak bahan-bahannya ye...
Bahan;
Tepung pulut - ikut banyak mana nak buat
Air daun pandan - kalau tak de letak je pewarna hijau apple
garam sikit - masukkan dalam air daun pandan
----gaul tepung dan air pandan ni sampai tak melekat dijari,
bulat-bulatkan dan dilonjongkan sikit ---untuk bezakan dengan bubur candil
dalam masa yg sama jerang air dalam periuk dan rebus tepung ni ..bila dah timbul angkat dan toskan.
3 ulas nangka masak..potong kecik --yg ni pun jika ada dan jika suka
Untuk kuahnya;
Santan sederhana pekat - ikut kesesuaian
gula ikut suka nak manis mana
sikit gula kabung untuk bg warna
daun pandan sehelai disimpul
----jerang santan ni , masukkan nangka..masak sampai mendidih, dan masukkan biji nangka pulut tadi,
kena selalu kacau ..jangan bagi naik minyak. Sejukkan..sedia untuk dirasa.
  ,

R16: Pengat Pisang Durian




Sunday, July 13, 2014

R15: Roti Jala Kuah Durian

Assalamualaikum....Ramadhan 15 hari Ahad..memang masa tulah nak buat semua perkara...nak siapkan sikit biskut tempahan kawan-kawan dan ke pasar nak penuhkan stok peti ais....disebabkan terjumpa acuan buat kuih jala ni...tu yg jadi...dan pernah bagi tau...apa pun kuih yg jadi ...jarang sekali dirancang kejadiannya....sebenarnya berbuka petang tu nak buat pengat pisang je...sbb nak bw ke rumah mama...cari pisang abu sampai ke Super Kinta..memang ada tapi tak sesuai lagi nak buat pengat..

Balik dari Super Kinta pergi pulak Mydin...ada je barang yg tak cukup....kat sana jumpa acuan roti jala ni...RM3.00 je, bersemangat sungguh nak menjala...

Kak Ngah nak resepi....susah hati betul kalau orang nak resepi kalau kuih-kuih macam ni...sbb kita buat petang tu nak cepat...tak sempat nak sukat tepung...air...minyak  dan garamnya...Petang tu mmg kalut..buat kuih pun agak-agak je..
Cuma nak bagi tau...tepung , air, sikit minyak masak dan sikit garam diblend biar tekstur tepung jadi halus..tepung  ni tak cair sangat ..dan tak pekat sangat..tambah sikit warna kuning lemon...boleh dah mula menjala...
Makannya boleh ngan apa saja..disebabkan ada durian..kita buat roti jala kuah durian..sedap juga makan ngan kari daging atau kari ayam...

Friday, July 11, 2014

R13; Bubur Jagung Sagu Mata Ikan

Assalamualaikum.......juga untuk ramadhan 13..sebenar nya suka masak, , lagi la suka kalau ada orang nak makan. Dan selalunya buat tak banyak pun...bubur ni guna 2 tongkol jagung je....sekali makan kami 3 orang dah habis...

Bubur ni kesukaan kak ngah ..., kak ngah dah buat awal lagi...tak pe lah mak tayang kemuadian...tak de lah ter[ngin kan, dan kak ngah pun dah pandai buat bubur jagung.....Kadang-kadang nak masak tu bukan merancang beria-beria..ikut apa barang yg nampak kat pasar...masa tu lah memikir nak buat juadah apa berbuka nanti.....
ok lah..dah tak larat nak menaip lagi.

R13: Kuih Cara Seri Kaya

Assalamualaikum......Ramadhan 13...cepatnya masa berlalu, baru tersadar diri apa pun tak buat lagi...bahan tak beli lagi, petang lepas pejabat..kuatkan semangat pergi kedai barang kek...beli apa-apa yang patut...nasib baik semua barang ada..tak susah nak cari pun ..kedai lengang...agaknya semua bakers dah beli awal lagi..bukan banyak order pun ...tapi banyak ke sikit barang kena beli juga.....

Sambil tolak troli beli barang..kaki ni sampai juga kat semua bahagian kedai tu...nampak pulak acuan ni tersusun cantik kat rak ...akhirnya ambil satu masuk dalam troli..dan terfikir.... balik nanti nak buat kuih cara guna acuan ni...
Tu yang jadi kuih cara berbuka petang tu....pasal inti tu....dah lama pernah terbaca mmg ada yg letak kaya, ..kita pun nak cuba juga. Kebetulan kaya gardenia ada dalam peti ais.

Tak rugi cuba sesuatu yg baru ni..memang sedap..boleh la cuba lain kali, tapi kita buat juga satu sarang yg letak gula... takut pulak bonda tak boleh terima kuih cara seri kaya ni...tapi bonda tak banyak cakap...makan je...kalau macam tu sedap la kannn...kepada yg nak mencuba...silakan.
Resepi dah pernah letak kat SAG ....macam biasa adunannya...cuma gula tu digantikan dengan kaya  gardenia je.

Thursday, July 10, 2014

R12: Bubur Candil Pandan.....Harum bau pandannya...

Assalamualaikum....kena juga buat sesuatu untuk berbuka ...apa pun tak pe...tapi kena ada juga yg manis..yg paling mudah...bubur ni la..uli sikit tepung pulut...kebetulan hari tu beli 1 kg..tak de paket kecil, Tuang je santan kotak...atau susu segar dicampur gula..dah siap...

Masa nak buat pun tak lama...rasanya sedap...kenyal-kenyal pulut yang beraroma pandan..sesuai untuk orang-orang yang balik kerja lewat dan nak masak sendiri macam kita ni...

Kita kata senang, tapi pagi tadi ada juga datang bertanya...'puan ...cam mana buat tu ..nampak sedap'..ok lah kita berikan cara nak buat ye..tapi lepas ni kena buat pulak...cubalah resepi orang-orang lama ni...agak--agaknya ada ke jual kat bazar ramadhan...
Bahan;
Tepung pulut...ikut banyak mana nak buat
Air daun pandan, campur sikit garam
---gaul rata, buat bulat-bulat kecil sampai habis..rebus macam buat buah melaka tu..dah timbul angkat dan toskan..

Kuahnya;
Santan pekat...jangan pekat sangat
Susu segar pun boleh   -- tapi kelmarin kita guna santan, disebabkan tak berapa nak pekat, kita tambah susu segar sikit
Gula...ikut kesesuaian masing-masing
---didihkan campuran santan dan gula ni...sambil kacau selalu..jgn pecah  minyak
---dah mendidih angkat dan masukkan bahan pulut tadi...kacau rata.
Selamat mencuba.