Dah tak larat nak menaip...tapi tak pe lah kita bg seringkas mungkin. Bahan inti; Kacang hijau rebus..sampai kembang dan kering..masukkan gula dan sikit tepung jagung -supaya boleh dibulatkan. (tak de sukatan tertentu..ikut banyak mana nak buat)..bulatkan dan ketepikan dulu. Bahan kuah: Santan sederhana pekat, letak sikit garam, sikit tepung jagung -untuk pekatkan sikit kuahnya. ada yang suka letakan halba, bawang merah hiris,dan halia. Kita tak letak pun Masak bahan santan, daun pandan dan ketepikan dulu Untuk kulitnya: Sagu biji -ikut suka nak banyak mana Sagu basuh dalam tapis..lalukan air paip.. toskan - biar betul-betul kering dalam 1/2 jam Masukkan dalam bekas adunan, gaul dengan air panas hingga boleh dikepal..air tak banyak ye..letak air sikit-sikit. bila boleh dikepal, masukkan inti kacang tadi..tutupkan inti ..bulatkan..leperkan sikit...buat sampai habis. Sementara tu jerang air..bila mendidih masukkan sagu yg telah dikepal tadi dan rebus hingga jadi warna jernih, angkat dan masukkan dalam adunan santan. Itu saja..rasa nya lemak masin..kenyal sagu dan rasa kacang manis intinya. Tapi kita dah derhaka sikit tadi....disebabkan intinya tak berapa manis, masa makan tu kita tuang sikit air gula kabung..sedap juga. Selamat Mencuba.
|
No comments:
Post a Comment