Cantikknya..nampak gebu lembut licin je...(puji sendiri...)..rasanya pun ermmm sedap sangat ..makan pulak sejuk-sejuk sikit.memang hilang dahaga ..lupa semua peristiwa kat sekolah tadi...ok..mari kita buat sendiri..tak payah cari kat bazar ramadhan..konfem puas hati. Bahan: 1 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung jagung ---ayak dalam bekas 1/2 biji kelapa parut---jadikan 31/2 cawan santan dengan santan ni tadi blend pula 2 helai daun pandan (kalau nak kan bau pandan dan warna sikit hijau} 1/2 sudu teh garam Cara; Tuangkan santan, garam ke dalam bekas tepung, kacau rata dan tapis dalam periuk Kacau selalu atas api sederhana - hingga masak, berkilat.. Bila dah masak masukkan dalam acuan atau dalam loyang pun tak pe.--sejukkan. Bahan untuk air gula---gula kabung (tak suka gula merah - nanti warnanya lebih gelap}, sikit gula putih--ikut kesesuaian masing-masing, sehelai daun pandan...masak hingga gula larut dan biar pekat sikit. Bila nak makan..tuangkan air gula ni. Dapppnye...Cuba la..tak susah.
|
No comments:
Post a Comment