|
Assalammualaikum......ulang tayang je walaupun baru disiapakan..biskut dahan berhias. Biskutnya sedap ada campuran oat dan badam yang dikisar, didecorate dengan royal icing dan bunga kecik gumpaste. Puan Zubaidah tanya...bunga buat sendiri? Ye.. semua buat sendiri...dan anaknya laju je makan yang lebih...yang tak muat nak masukkan dalam kotak tu...dan komen spontannya...sedappp. Terima kasih puan. |
|
Ni satu lagi biskut hantaran ulang tayang, tulip. Bukan tak de biskut hantaran yg lain, tapi bila dua-dua biskut ni dimuatkan dalam blog SAG, memang orang akan tertarik pada biskut ni je. Nanti kalau ada masa (bila tak tau) SAg akan cuba buat biskut yang lain pulak. |
Dalam kesempatan menayang biskut tempahan terakhir 2012 ni, SAG nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang pernah menempah/mengorder dr SAG. Kerana anda semua SAG berjaya menghidupkan blog ni dengan biskut dan pelbagai rupa kek hantaran atau kek perkahwinan yg pelbagai di sini.. Tak ketinggalan juga SAG nak mohon maaf jika ada yang terasa ada kekurangan atau jika sekiranya SAG tak dapat memenuhi kehendak anda..tapi kalau itu yg berlaku biasanya SAG akan cuba juga buat yang terbaik untuk semua. Dari segi harga...SAG sentiasa beri harga yang sangat berpatutan, boleh bincang lagi dan selalunya harga dari SAG adalah harga yang paling rendah di sekitar tempat kediaman SAG ni. Sekali lagi terima kasih semua yang mengikuti blog SAG dan menyokong SAG, Selamat Tahun Baru 2013, semuga kita semua lebih sukses dan dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seterusnya di samping banyakkan beramal untuk bekalan di tempat yang satu lagi. Jumpa lagi..............
No comments:
Post a Comment