Wednesday, February 13, 2013

tujuh tingkat dan tujuh pesanan mak...

Assalammualaikum semua.....sangat puas hati dapat menyiapkan kek tujuh tingkat buat perkahwinan anakanda ketiga ni, mesra dipanggil dik Hier, memang seboleh mungkin semuanya hendak disiapkan oleh maknya ni...dari buat hantaran untuk merisik dulu (2012) hinggalah buatkan hantaran pertunangan dan seterusnya buat kek hantaran dan kek perkahwinan ini.

Sebenarnya dik Hier minta buatkan kek bentuk topsy turvy...tapi kesuntukan masa tak boleh nak buat...sbb kalau nak buat kek yg bentuk-bentuk lain ni kena ambik masa sikit nak memikirnya, walau pun dah berulang kali tengok kat you tube,  masih kurang yakin juga. Tapi apa pun alhamdulillah kek tujuh tingkat ni juga dah memadai. 


Kalau dilihat tajuk bg post ni....tujuh tingkat dan tujuh pesanan mak...sebenarnya kebetulan saja....Dik Hier dalam blognya Cucunenekkebayan menyatakan rasa hatinya yg gundah menjelang tujuh hari lagi bergelar suami (pd tarikh itu), setelah tujuh tahun mengenali Nana (gadis pilihannya) yang sama-sama belajar kat Universiti Malaya, dan maknya saja-saja beri tujuh pesanan dalam ruangan komen kat blog tu tujuan nak usik-usik je....tapi bila buatkan keknya , jadi pulak tujuh tingkat. Walaupun keknya tak sama saiznya....bukan pulak bermakna pesanan-pesanan yang tujuh ni tak sama beratnya...semuanya sama saja...Mak turunkan sekali lagi tujuh pesanan tu di blog SAG untuk semua yang sudi baca

  • Fahami dan hargai hati wanitanya
  • Minta dan hormati pandangannya
  • beri perhatian padanya
  • bertanya masaalahnya dan cuba selesaikan bersama-sama
  • jadi juga pendengar setianya
  • puji kecantikanya dan anggunnya dan puji juga masakannya
  • sentiasa tawarkan juga bantuan padanya.         

2 comments: