Assalammualaikum semua....jumpa lagi. Dah selesai menghantar hantaran dan akad nikah juga resepsi perkahwinan anak baru berani nak letak kat blog maknya Selagi Ada Gula ni. Ni satu daripada hantaran hasil tangan SAG untuk anak lelaki SAG yang dah berlangsung pada 1.2.13 dan 2.2.13 kelmarin. Dik Hier (dah kawin pun masih panggil dik Hier lagi) sebenarnya nak yang simple je. Rasanya ni pun dah simple, ikut tema tapi cincin tu terpaksa juga letak atas kek sebab tak nak tambah dulang hantaran, dah janji pihak laki-laki bawa tujuh berbalas sembilan. Kek nya macam biasa kek buah SAG . Bunga ros tu..tak sempat juga nak buat macam yg dah belajar kat Chef Shahril dulu..jadi juga ros SAG...tak pe lah janji cantik dipandang ..dan tentu sekali sedap dirasa. Dah tiga anak-anak SAG ke jinjang pelamin dan alhamdulillah semua hantaran dan kek perkahwinan sentuhan maknya...tunggu dua lagi...yang sorang ni mungkin tak lama juga dan sorang lagi mungkin lambat lagi....kepada anak-anak mak dan anak-anak menantu juga keluarga harap suka terima hantaran sentuhan mak...dan doakan mak sihat, dipanjangkan usia ...nanti mak boleh buatkan hantaran lagi..... |
No comments:
Post a Comment