dah bakar.... |
Sedih la pulak bila ingat suasana ni... setahun sekali je keadaan macam ni.....ok, tak boleh melalut panjang,
kita bicara pasal biskut ni.....tat ni macam dah wajib ada masa raya.....anak-anak pun dah mula suka makan,
kalau dulu tak pandang pun tat ni.....buatnya tak susah...inti pun beli je...cuma nak sabar sikit bila nak bujurkan intinya......masih tak jumpa alat nak bantu...buat cara manual lagi....
Bahan;
2 biji butter
3 biji kuning telur
100 gm gula icing
1 sk vanila
Semua ni dipukul kembang/gebu
kemudian masukkan
750 gm tepung rose
50 gm tepung jagung
yang telah diayak.
uli sampai boleh dibentuk, adunan lembut je....tutup adunan dengan tuala lembab bersih semasa membentuk tat ni - untuk elakkan adunan keras,
tekan panjang lebih kurang 2.5 inci, letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan dan gulung.
Sebelum dibakar, sapukan kuning telur. Bakar dengan api sederhana, ikut kesesuaian oven masing-masing.
Maaf lah ye...tak pandai nak mengajar kat blog ni, tapi kalau dah biasa buat biskut mesti boleh ikut, cuma susah sikit bagi yang baru nak belajar..
Selamat mencuba.
TRIMA KASIH UNTUK RESEPI HALALKAN RESEPI NI UTK SAYA MULAKAN PERNIAGAAAAN BISKUT KECIL2LAN...TQ
ReplyDeleteTQ 4 SHEERING RESEPI MINTA IZIN HALAL KAN RESEPI INI UTK SAYA MULAKAN BISNES SEKUK TAT TQ
ReplyDeletesilakan....semuga kita sama-sama berkongsi pahala.
ReplyDeletemcm sedap je seratus berapa rm?
ReplyDelete