|
Assalamualaikum .....rasanya semua orang pun tahu kek ni..kek coklat lapis cheese. Kek yang sangat senang nak disediakan dan rasanya pun sedap...teksture lembut..sesuai untuk semua..lebih-lebih lagi penggemar kek coklat, dan bila digabungkan dengan cheese memang sangat serasi rasanya. SAG buat untuk kali kedua..dan dibawa untuk minum pagi masa mesyuarat MPCK Perak pagi Selasa kelmarin.., bukan untuk promosi, tapi untuk dirasa bersama sbb ramai kalangan rakan-rakan yg tahu kita ni sll buat kek dan tayang gambar kek...ada kalangan rakan juga sll bertanya bila nak dapat rasa...tu la..bila ada ksempatan SAG buatkan.....
|
|
Untuk kek yg dibuat kali kedua ni SAG tambah setengah bahagian lagi untuk kek coklatnya..biar nampak tinggi sikit..Tin acuannya masih sama 8"x 8" x 3 "..Ok kita semak resepinya; bahan dan cara 11/2 cawan tepung gandum 4 1/2 sudu besar serbuk koko 1 1/2 sudu teh soda bicabonat 3/4 sudu teh baking powder ---ayak dan ketepikan dulu
3/4 cawan air masak suam 3/4 cawan susu cair/segar 3/4 cawan minyak jagung ----masukkan dalam mangkuk stainless steel kacau atas api dengan whisk sampai rata/bercampur rata saja, tak perlu panas sangat pun, dan ketepikan
3 biji telur B 1 1/2 cawan gula castor 1 sudu teh vanila ----putar hingga betul-betul kembang
Bila dah betul kembang, masukkan adunan tepung selangseli dengan campuran susu, minyak dan air tadi Bahagi 2 adunan ni sama banyak alaskan tin..masukkan separuh adunan tadi dan kukus 25 minit Bila dah masak...masukkan adunan cheese Adunan cheese 250 gm krim cheese 60 gm gula icing 1 biji telur 1 sudu besar air masak 1 sudu besar tepung gandum ----putar adunan ni hingga kembang.
|
kukus lagi adunan ini 20 minit
Bila cheese dah masak tuangkan lagi lebihan kek coklat tadi..kukus lagi 25 atau 30 minit.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment