Wednesday, November 5, 2014

Muffin Blueberry....senang ..cepat dan sedap.

Assalamualaikum.....malam ni terasa lapang sangat.....tapi hati terasa juga, tersentuh juga bila berita buli pelajar junior asrama dipaparkan kat fb..sedih sangat....nasib baik juga ada h/phone agaknya...banyak pihak tau sebenarnya ada cerita tak baik berlaku di tempat sepatutnya anak-anak kita belajar ...menuntut ilmu...tak mau komen banyak .cukup setakat tu

Mari kita cerita pasal muffin ni...sedap sangat.... makan satu boleh kenyang...buatnya pun tak susah..nampak mmg macam keras di atasnyanya..tapi bila dibuka cup muffin tu....lembut je...merekahnya pun cantik....malam-malam macam ni makan sebiji dan minum secawan teh O boleh lena tidur sampai pagi....

Tak de rancang pun nak buat muffin....cumanya tadi mencari resepi Cucur Jawa...sbb kelmarin pergi pasar malam ada makcik ni jual...beli tiga biji seringgit...rasa sedap juga..tu yg teringin nak buat...saja nak cuba-cuba...tapi terjumpa pula resepi muffin yg senang ni...bahan pulak semua ada...cepat je bangun dan ke dapur...sukat-sukat bahan...campur-campur...dah jadi...kalau ada pulak yg berminat nak cuba sya kongsi kan resepinya...tapi sebelum tu terima kasih pada penyumbang resepi ...minta maaf bebanyak tak catat pulak dari mana sumbernya.
Bahan dan cara;
2 cwn tepung gandum  (tadi guna tepung ros)
2 st baking powder
1/4 st garam halus
-----semua ni diayak..masukkan dalam satu mangkuk

65 gm telur (tanpa kulit- 1 biji lebih sikit, sbb dalam resepi guna 1 biji telur besar...tak de kat dapur jadi timbang je )
----pukul sikit...guna garpu je
1 cwn susu full cream
3/4 cwn gula castor
1/2 st vanila
----gaul rata dengan telur tadi dan campurkan minyak
1/2 cwn minyak jagung

Tuangkan bahan cecair ni dalam tepung..gaul rata, dan bolehlah disudukan dalan cup muffin.
setengah adunan...masukkan blueberry..dan tutup semula dengan adunan tadi ,,,3/4 bahagian je
boleh dah dibakar...15 hingga 20 minit.
Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment