Assalammualaikum semua...ni cubaan kedua buat muffin...tak mengecewakan...senang sangat buatnya....anak-anak dara kecik-kecik tu pun boleh buat kalau mahu. Resepinya SAG ambik dr majallah SAJI April 2012. Terima kasih kepada penyumbang resepi, izinkan SAG share kat blog ni...sbb ramai kawan-kawan yang nak kan resepinya.. Yang ni rasanya tak perlu dikurang tambah bahan atau sukatannya...semua ok pada SAG dan juga pada anak yang jadi tukang rasa kat rumah ni, selebihnya rezeki kawan-kawan pejabat.
Bahan A 150 gm tepung gandum (rosa) 30 gm serbok koko 1 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bicabonat - semua bahan ni ayak dan ketepikan B 50 gm coklat masakan 200 gm susu segar - dua bahan ni disatukan , panaska kejap untuk larutkan coklat
C 110 gm mentega - dicairkan
D 100 gm gula perang (SAG guna gula caster) 1 biji telur B 1/2 sudu teh vanila
E 100 gm coklat chip - setengah masuk dalam adunan dan setengah lagi untuk hiasan badam - untuk hiasan
CARA 1. kacau rata bahan D 2. campurkan bahan C, diikuti bahan B dan bahan A 3. campurkan sebahagian coklat chip 4. kaup balikkan hingga rata dan sebati 5. masukkan dalam acuan, taburkan hiasannya dan boleh la dibakar.
selamat mencuba.....wahh...letihnya nak taip banyak ni....
|
No comments:
Post a Comment