Rasanya dah banyak kali buat agar-agar merah ni...tapi dik Im tak pernah jemu...dan nak mudahkan untuk dirujuk SAG letakkan sekali lagi cara nak buatnya;
Bahan :
- 1 sudu besar agar-agar serbuk (sudu metrik)
- 170 gm gula kasar (150 - 180 gm)
- 1200 ml air
- pewarna merah perisa ros
- sehelai daun pandan - disimpul
Cara :
- campurkan agar-agar dengan gula
- masukkan air, daun pandan, pewarna dan dimasak hingga mendidih
- biar lama sikit ...angkat dan masukkan dalam acuan, dan sejukkan.
Bila nak menghidang...masukkan dalam bekas..tuangkan sikit susu cair (carnation) dan letakkan beberapa biji ceri merah. Catatan: nak bagi cepat sejuk, terlebih dahulu sejukkan acuan dalam freezer.
|
No comments:
Post a Comment