Mana tidaknya.....masa depa kecik dulu...kalau buat biskut ni semua nak menolong....riuh satu dapur..dan hasilnya pun pelbagai saiz ada kecik ada besar....ada bulat ada lonjong...masa tu buat kerja pun asal siap sudah...itu semua tinggal kenangan...dan sekarang tiga dari lima anak ni dah berkeluarga...harapnya bila mak letak resepi kat blog ni boleh buat rujukan dan panduan untuk buat sendiri pulak satu masa nanti..resepinya mudah dan penyediaannya pun mudah sangat..
Bahan;
180 gm tepung naik sendiri
65 gm tepung gandum
170 gm butter
120 gm gula caster
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanila
hiasan:
gula aising dan sikit putih telur jadikan aising untuk pelekat nya
coklat rice
ceri merah secukupnya
Cara
1. pukul butter, gula, kuning telur dan vanila sampai kembang.
2. campurkan kedua-dua tepung yang dah diayak - kalau lembut sangat boleh tambah tepung sikit
(adunan ni tak lembut sangat dan tidak keras sangat)
3. bulat-bulatkan letak dalam papercup saiz kecik dan bakar - bila masak kembang sikit...jadi jangan bulat besar sangat.
4. Sejukkan...dah sejuk..sapu dengan gula aising tadi..letak ceri merah (potong 4) dan tabur dengan coklat rice.
Catatan.
Ini sarang semut cara SAG..yang dah dibuat lama dulu...dan bila nak buat raya tahun ni terpaksa selongkar almari dapur cari buku resepi tahun 80 an dulu...bertulisan tangan...ada resepi yang disalin dengan pensel dah kelabu tulisannya ...memang penuh dengan kenangan. |
No comments:
Post a Comment