Zaman menatap majalah ni juga selalu keluar gambar-gambar kek fondant.yang cantik-cantik..memamg teringin sangat nak buat, selalu tercari-cari siapa pulak nak ajar...dan pernah pada awalnya ikuti kelas yang dianjurkan oleh Chef Faizal Ng..kalau tak silap bayarannya RM300.00 buat kat hotel juga...tapi tak puas hati...hasilnya tak macam dalam majalah tu...dan jadi kegilaan masa ni potong gambar-gambar kek fondant ni dan kumpulkan dalam satu fail clear holder...ada masa je tengok dan dalam hati kata sapelah nak ajar.....sampai pernah telefon nama-nama chef dalam majalah tu...tapi macam mana pulak nak pergi...semuanya kat KL..akhirnya semua tu tersimpan je.....sampai hari ni ada lagi tersimpan potongan gambar kek fondant ni....Tapi nak dijadikan permulaan...pada satu hari beli Majallah Saji...ada cerita pasal Cikgu Yun buat kek fondant...hari yang sama terus telefon dan buat pertemuan....seronoknya rasa hati...Tuhan je yang tahu Cikgu Yun sudi nak ajar dan rumahnya pun di Ipoh juga masa tu...tak tanya lagi bayaran...rupanya kena bayar RM1200.00..terdiam kejap..tapi nak belajar punya pasal..kumpul duit ...belajar juga...sampai sekarang....SAG masih teruskan buat kek dan bunga gula ni dengan macam-macam penambahbaikan...dan kali terakhir belajar bersugar craft ni dengan Chef Shahril di KL. Tu la..bila berkemas bekas-bekas acuan ni...banyaknya alat...yang dari zaman mula-mula berminat dengan tepung, mentega, gula sampai hari ini banyak dah perubahannya...dek kerana minat yg masih ada..apa juga acuan baru yang keluar masih berminat lagi nak beli..tak tau sampai bila..... Hari ni, dengan kecanggihan teknologi..mudahnya nak belajar, mudah juga nak memasarkan hasil, dan masak, buat kek, buat biskut dah boleh dijadikan pendapatan yg lumayan..yg penting rajin. Sambil-sambil berkemas hari tu terdetik juga di hati...siapalah yg nak menyambung dan nak menggunakan semua alatan yg ada tu..harap-harapnya anak-anak dan menantu perempuan mak ada-adakan lah masa untuk mencuba semua ni...seronok masak ni...lebih-lebih lagi buat kek...mendeco kek...dan dinikmati oleh suami, anak-anak, kaum keluarga dan sahabat taulan. |
No comments:
Post a Comment