Thursday, May 29, 2014

Selamat Hari Guru 2014 - Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.

Assalamualaikum....16 hb Mei setiap tahun.. semua dah sedia maklum adalah Hari Guru..sama macam hari yang lain Hari Buruh...Hari Ibu...Hari Jururawat dan macam-macam lagi...sekadar satu hari untuk menghargai dan meraikan jasa guru...buruh..ibu dan sebagainya...tapi sebenarnya walaupun siapa kita..sekecil mana jasa atau sumbangan kita ...kita telah pun dihargai..diucapkan terima kasih...cuma tidak diraikan sahaja setiap hari...Terima kasih kepada semua..terutama ibu bapa yang sudi dan ikhlas untuk meraikan hari istimewa ini...mengucapkan terima kasih kepada kami warga pendidik..ini kepada mereka yg sedar peranan kami guru dalam mengajar dan mendidik anak-anak bangsa.....mengajar kepada anak bangsa bukan sekadar menjadi terpelajar...tapi yang lebih penting menjadikan anak-anak ini anak yang terdidik. Macam selalu juga..sebagai pemimpin sekolah yg boleh buat kek sendiri ni....kita buat kek untuk meraikan diri sendiri dan rakan-rakan guru.....sekolah ada dua sesi jadi kena buat dua biji ..baru adil kan...

Majlis dah selesai lama dah...hari ni baru kelapangan nak bercerita  sikit....kek sebesar meja murid ni..tak tau lah berapa kg...tapi jumlah telur 36 biji tepung hampir 2 kg..butter cream lagi...tapi memang berat lah...kawan-kawan tanya berapa kg...mmg tak pernah timbang..berapa harga..pun mmg tak pernah letak harga pada kek ni...kalau ada yg nak sponsor tu kita ambil harga barang je....itulah kita  suka buat kek...suka je nak meriahkan hari kita...

Ini kek sesi pagi....gambar pertama kat atas tu...itu kek untuk sesi petang...saiznya setengah dari kek sesi pagi ni...Harap semua cikgu-cikgu saya yang nak rasa kek pengetua dah rasa...tahun ni buat kek sponge empat rasa...pandan...vanila..coklat dan perasa oren...dilapis tengahnya dengan peanut butter cream......tahun 2013 saiz yang sama..tapi kek red velvet cream cheese..Dari pengetua..Selamat Hari Guru sekali lagi...moga kita sama-sama dapat membangun potensi anak-anak di SMKRS...supaya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat., amiinn.

No comments:

Post a Comment